Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Belum tiba masa saya jadi Pengerusi Pakatan Rakyat
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk melantik beliau sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat masih belum tiba masanya. Beliau berkata, lebih baik perkara tersebut dibiarkan dahulu sebelum keputusan berhubungnya. “Tak sampai masa lagi. Biar periuk menggelegak dahulu. Lama-lama dia kering, boleh makan nasilah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Sabtu lalu, akhbar melaporkan cadangan Zahid melantik Nik Abdul Aziz sebagai ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat, sekiranya parti gabungan itu mahu terus diterima rakyat. Zahid dilaporkan berkata, pelantikan Nik Abdul Aziz itu seumpama pelantikan Mahatma Gandhi sebagai pemimpin spirituil kepada Parti Kongres India dahulu. Beliau bagaimanapun dilaporkan berkata, usaha melantik Nik Abdul Aziz itu memerlukan pengorbanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan