SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail meletak jawatan berikutan kegagalannya menjalankan tugas selaku penasihat undang-undang utama kerajaan dengan baik sehingga menjejaskan imej negara.
Gesaan itu berikutan keputusan Semakan Kehakiman terhadap Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh dan kes saman yang dikemukakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang tidak menyebelahi kedua-dua badan bebas yang diwakili Jabatan Peguam Negara itu.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, keputusan itu jelas menunjukkan bagaimana Peguam Negara selaku penasihat undang-undang utama kepada kerajaan telah gagal menjalankan tugas dengan baik dalam memberikan nasihat perundangan yang tepat dan selaras dengan kehendak undang-undang yang sebenar hingga memalukan dan menjejaskan imej kerajaan.
“Peguam Negara gagal menjalankan tugas dengan baik hingga mendatangkan kerugian kepada kerajaan yang kosnya turut ditanggung rakyat, maka DPPP merasakan wajar secara moralnya Peguam Negara meletakkan jawatan serta-merta.
“Meskipun jawatan Peguam Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, namun jawatan tersebut tetap merupakan ‘public office’ yang mesti mempunyai akauntabiliti moral terhadap rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan