Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 17 November 2009

Sudah sampai masa rombak SPR: Mahfuz

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dirombak bagi memastikan institusi itu rasional dan mengikut Perlembagaan yang diperuntukkan dalam negara, kata Naib Presiden :Pas, Datuk Mahfuz Omar.


Menurutnya, sudah sampai SPR dirombak apabila mahkamah sendiri sebagai badan perundangan yang mengisytiharkan sesetengah tindakannya suruhanjaya itu tidak rasional.

:“Kedudukan SPR bukan sahaja harus dirombak pada ‘orangnya’ tapi juga strukturnya agar dilihat tidak dikuasai oleh kuasai eksekutif yang menjadi penyebab badan itu tidak rasional,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, SPR haruslah diletakkan dalam satu jawatankuasa khas di bawah Parlimen untuk memastikan sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat oleh badan itu rasional atau tidak.

Tiada ulasan: