Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
DAP desak Ketua Pengarah SPRM letak jawatan
KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan perlu meletak jawatan apabila Malaysia jatuh ke kedudukan terburuk sejak 15 tahun lalu dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International.Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mempersoalkan tidak ada sesiapa dalam kerajaan berani bersuara mengenai hasil perancangan lima tahun dalam Pelan Integriti Nasional (2004-2008) yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membanteras rasuah.“Ahmad Said perlu meletak jawatan kerana kedudukan Malaysia tahun lalu adalah di tempat 47 tetapi kini menjunam ke tempat 56. Ini kejatuhan terburuk, berbanding pencapaian terbaik pada 1995 apabila Malaysia menduduki tangga 23.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan