Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 14 November 2009

Biar PR buat keputusan - TG Hadi

demokrasi93.blogspot.com

KUALA NERUS – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan sepenuhnya kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) untuk menimbang cadangan melantik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi PR.

Katanya, beliau tidak berhak membuat kenyataan bagi mewakili pemimpin tertinggi PR berkenaan cadangan yang dikemukakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

“Terserah kepada PR kerana perkara itu baru cadangan dan saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka (PR) semua. Malah saya sendiri belum lagi tengok (surat khabar) dan terlalu awal untuk saya membuat keputusan kerana saya kena tanya Nik Aziz (Datuk) dan Zaid (Datuk) sendiri, alasan mereka berhubung cadangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Pas Kawasan Kuala Nerus di pekarangan Sekolah Darul Taqwa, Pekan Batu Enam, di sini, semalam.

Menurutnya, keputusan membawa cadangan berkenaan pada peringkat mesyuarat juga terserah kepada semua parti dalam PR bagi mengambil sebarang tindakan lanjut.

Zaid melalui kenyataan dalam blognya turut menyifatkan pelantikan Menteri Besar Kelantan itu akan menjadi seperti pelantikan Mahatma Ghandi sebagai spritual kepada Parti Kongres India dahulu.

Menurut Zaid, usaha melantik Nik Abdul Aziz memerlukan pengorbanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, Zaid turut meluahkan rasa kecewanya terhadap perancangan parti pembangkang yang dilihat tidak jelas, sama ada mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai Kerajaan Pusat ataupun tidak.

Tiada ulasan: