Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 17 November 2009

Faktor rakan jadi ‘lelaki lembut’



KOTA BHARU - Sebanyak 99 peratus faktor mempengaruhi rakan sebaya lelaki yang berkeinginan menjadi wanita atau ‘lelaki lembut’ di Kelantan.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Omar, berkata, ramai lelaki di negeri ini cenderung menjadi lelaki lembut.

“Masalah ini membimbangkan kerana pada peringkat awal Kerajaan Negeri mula-mula memerintah Kelantan, saya ingat ‘pondan’ tidak ada lagi.

“Sekarang ini pula, timbul lelaki lembut yang kebanyakan boleh ditemui di tempat awam tempat remaja berkumpul seperti di gelanggang boling. Cuma tempat bermain snooker saya belum pantau lagi. Saya ingat akan pantau ke tempat snooker pula,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Penggubalan Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan, di Perdana Resort, di sini, semalam.

Beliau berkata, ia membimbangkan dengan keadaan kaum lelaki yang semakin berkurangan dan personaliti lelaki yang bermisai dan berjanggut tetapi mempunyai gaya lembut seperti wanita.

Menurutnya, jika lelaki itu lembut sahaja tidak salah, tetapi masalah tersebut menjadi kesalahan besar seolah-olah terjadi pada zaman Nabi Luth jika kaum berkenaan cenderung kepada lelaki.

“Bagi mengurangkan kebimbangan ini, pihak kami memberi nasihat kepada keluarga terutama ibu bapa mereka supaya mengawasi anak-anak mereka,” katanya.

Tiada ulasan: