DPP PAS PERAK tubuh tabung RM1, bantu Pafa
IPOH – Tabung bantuan RM1 dilancarkan Dewan Pemuda Pas Perak untuk membantu Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang terpaksa menanggung hutang lapuk sekali gus menyingkirkan pasukan Perak dalam kancah Liga Malaysia tahun depan.
Naib Ketua, Salman Salleh berkata, tabung ini dilancarkan hasil perbincangan dan usaha sama dengan Presiden Pafa, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mencari dana demi pembangunan bola sepak Perak tanpa sebarang sentimen politik.
Menurutnya, Dewan Pemuda sedar bahawa berjuta peminat bola sepak yang berada merindui sentuhan pasukan bola sepak Perak atau pasukan Seladang ini yang pernah menempa sejarah membanggakan.
“Namun, apabila beberapa syarat tambahan baru dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diperkenalkan menyebabkan pasukan Perak mungkin tiada dapat beraksi dalam Liga Malaysia musim baru ini.
“Bagaimanapun atas semangat kesukanan dan tanggungjawab untuk mengelakkan sukan bola sepak negeri terkubur, maka usaha sebegini digerakkan bagi menyelesaikan segala masalah yang membelenggu persatuan,” katanya semasa sidang media Pelancaran Tabung RM1 pasukan Bola Sepak Perak, di Pejabat Pafa, di sini, semalam.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss pula menyatakan rasa kecewa kerana persatuan terpaksa bergantung pada diri sendiri sedangkan Kerajaan Negeri tidak tampil menghulurkan sumbangan.
Katanya, sebab itulah Dewan Pemuda berusaha membantu persatuan dengan melancarkan tabung untuk mengutip sumbangan di samping mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan untuk membantu mengisi kantung persatuan.
“Kempen ini akan digerakkan di seluruh Parlimen negeri dan sumbangan berkenaan terus kepada Pafa bagi melunaskan kekangan kewangan.
“Cuma apa dikesalkan adalah tindakan dan kenyataanZambry yang telah menjadikan sukan sebagai pentas permainan politik serta memaksa seolah-olah Pafa perlu diserahkan kepada beliau,” katanya.
Raja Ahmad berkata, atas semangat kesukanan, kami juga mengalu-alukan Pemuda UMNO untuk sama-sama menyelesaikan permasalahan ini bersama dan meletakkan masa depan bola sepak pasukan Perak melebihi kepentingan politik.
“Sebagai contoh semasa Datuk Mahiyuddin Abdullah menerajui Pafa, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada masa itu Menteri Besar membantu persatuan menyalurkan peruntukkan sebanyak RM550,000 ribu mengira fahaman politik.
“Kenapa negeri-negeri yang jelas berlainan fahaman politik, mereka masih boleh duduk berbincang bersatu di bawah semangat kesukanan, begitu jugalah sepatutnya diamalkan oleh Zambry dan Exco serta pemimpin politik lain,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan