Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 11 November 2009

PKR selesai masalah secara terbuka


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, sesuatu yang unik dalam parti itu ialah kaedah menyelesaikan masalah atau perselisihan faham dalam kalangan ahli secara terbuka.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, parti itu tidak berselindung sekiranya mengalami masalah dalaman seperti mana yang berlaku antara Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Katanya, walaupun nampak berat tetapi konflik dua pemimpin itu dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

“Kalau ada masalah kita akan duduk bersama berbincang tentang masalah tersebut dan isu mengatakan kita kini telah berpecah belah tidak benar. Dalam isu zulkifli kita perlu memberi peluang kepada Zulkifli untuk mempertahankan hak beliau, itulah cara kita,” katanya.

Beliau berkata, setiap ahli parti diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat peribadi mengenai isu dalaman parti termasuk memberi pandangan kepada pemimpin tertinggi parti.:

“Saya bersetuju bahawa teguran yang dibuat oleh Zulkifli itu adalah untuk kebaikan parti dan bukannya untuk kepentingan peribadi, itu satu peringatan yang penting untuk pimpinan parti” katanya.

Menurutnya, amaran PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli PKR supaya keluar dari parti dan menyertai UMNO ditujukan kepada orang yang tindak tanduk tidak selaras dengan dasar parti, tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

Tiada ulasan: