Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 7 November 2009

Pas bukti jimat wang Kerajaan Negeri

demokrasi93.blogspot.com
KUALA NERANG - Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria memuji prestasi pemerintahan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi tahun pertama apabila meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 mengiktiraf dasar jimat cermat kerajaan di bawah pimpinan Pas.

Menurutnya, laporan Ketua Audit Negara adalah satu mekanisme kerajaan untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan Kerajaan Negeri menggambarkan kedudukan yang benar atau sebaliknya.

Mohd Nasir berkata, ia juga memberikan pendapat terhadap rekod perakaunan mengenainya diselenggarakan mengikut peraturan atau tidak.

“Yang lebih penting ialah ia adalah cara kerajaan untuk mengawal dan mengenal pasti ketirisan atau rasuah yang berlaku. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam pengurusan harta rakyat dalam laporan bagi kementerian yang dikesan pada 2008.

“Secara umum kedudukan kewangan Kedah memuaskan. Namun perlu diingat Azizan dan pegawainya mewarisi legasi hutang zaman sebelumnya berjumlah RM2 bilion. Kerajaan Pas juga terpaksa berdepan dan memikul kesilapan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Selain itu, katanya, ketika mahu memegang jawatan Ahli Parlimen, beliau dapati Padang Terap berada dalam keadaan yang bahaya dan berlaku ketidakseimbangan ekosistem sehingga berlakunya banjir serta air sungai keruh.

“Pemimpin terdahulu meluluskan balak tanpa kawalan. Balak ditebang sehingga hampir ke gigi empangan Muda Pedu yang membekalkan air ke seluruh Kedah.

“Yang paling malang ialah balak diluluskan di tempat lain, tempat lain pula yang ditebang. Sehektar balak milik rakyat yang untungnya mungkin mencecah puluhan ribu tetapi hanya RM1,000 sahaja premiumnya kembali kepada kerajaan,” katanya.

Mohd Nasir berkata, Azizan telah memahami permainan ‘politik balak’ ini. Duit yang sepatutnya sampai kepada rakyat ‘hilang’ atau tiris di tengah dan dengan penuh keberanian mengubah senario ini.

“Azizan membuka tender balak. Tender terbuka melonjakkan pendapatan Kerajaan Negeri. Paling menarik ialah peningkatan hasil hutan ini meningkat 205.5 peratus berbanding sebelumnya.

“Pendapatan negeri bagi 2007 hanyalah berjumlah RM9.21 juta melonjak menjadi RM28.14 juta. Bagi sebuah negeri seperti Kedah, ia adalah satu jumlah yang amat besar yang boleh digunakan bagi manfaat rakyat.

Beliau yakin pengurusan hutan yang baik, bermula dengan polisi yang penuh rasa tanggungjawab, ia mengundang keberkatan,” katanya yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah.

Tiada ulasan: