demokrasi93.blogspot.com
TELUK INTAN - Keputusan untuk meneruskan penswastaan pengurusan sisa pepejal oleh Kerajaan Negeri begitu mengecewakan rakyat yang kebanyakannya menyokong Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Kelab Penyokong Pas Negeri Perak, S Surianarayanan berkata, keputusan itu tidak langsung menggambarkan 1Malaysia.
Menurutnya, semasa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah, Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menangguhkan penswastaan itu kerana menyedari ia membebankan rakyat.:
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kebanyakan pekerja yang terjejas adalah dalam kalangan orang UMNO dan MIC sendiri.
“Inilah penganiayaan pemimpin UMNO kepada penyokongnya yang selama ini begitu patuh kepada ketua mereka tetapi diperlakukan sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, penswastaan itu dilihat sebagai satu peluang untuk menghidupkan kembali kegiatan ah long yang selama ini diperangi habis-habisan oleh pihak kerajaan.:
:“Apabila perkara ini diteruskan, pekerja tidak akan mendapat jaminan pekerjaan untuk kekal bersama majikan barunya kerana mereka boleh dibuang bila-bila masa.
”Bagi pekerja yang telah membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, kenderaan dan sebagainya, kesukaran pasti berlaku apabila diberhentikan,” katanya.:
Disebabkan perkara itu, katanya, pekerja yang tiada pilihan terpaksa meminjam ah long bagi melangsaikan hutang bank mereka dan usaha kerajaan untuk membasmi kegiatan itu pasti tidak berjaya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan