demokrasi93.blogspot.com
SHAH ALAM - Persetujuan merombak sukatan program Biro Tata Negara (BTN) setelah menghadapi tentangan hebat dari Pakatan Rakyat (PR) membuktikan kerajaan Barisan Nasional mengakui kelemahan dalam pentadbirannya.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Loke Siew Fook berkata, BTN adalah salah satu daripada projek kerajaan yang gagal dan membazirkan wang rakyat termasuklah program Perkhemahan 1Malaysia yang meragut tiga nyawa pelajar sekolah di Perak Oktober lalu.
Bagaimanapun, menurutnya, DAP tidak yakin dengan keikhlasan kerajaan merombak sukatan BTN yang dilihat dilakukan kerana terdesak setelah kandungannya dibongkar oleh PR.
“Kalau kerajaan mansuhkan program BTN itu, kita alu-alukan, tapi sekarang ia masih dikekalkan sebaliknya hanya sukatan sahaja dirombak.
“Mengapa kerajaan tidak memansuhkan program BTN sedangkan kelemahannya telah diakui. Adakah ianya akan dikekalkan sebagai alat propaganda BN,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran menggesa kerajaan mengumumkan kandungan sukatan program BTN yang baru kepada umum supaya unsur ‘ajaran sesat’ yang memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia dapat dikesan.
“Selain itu, kerajaan juga harus berani membuat perubahan termasuk membenarkan perjalanan kursus itu direkod bagi menjamin ketelusannya yang tiada unsur perkauman di mana sebelum ianya dilarang,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan