Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 10 November 2009

Ade ke orang teringin nak taja Najib tunai haji. kalau ada pun mesti Najib tolak.. haha

demokrasi93.blogspot.com


K
OTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau bersedia menerima tawaran untuk mengerjakan haji daripada sesiapa sahaja asalkan tidak menyalahi perlembagaan Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mursyidul Am Pas berkata, sebelum ini pun dia jarang ke Makkah dengan belanja sendiri memandangkan ada sahaja individu yang ingin membawanya ke Tanah Suci.

“Orang nak bawa saya pergi Makkah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Makkah ni jarang belanja saya sendiri. Orang tolong bayar. Semua orang berebut (nak bawa ke Makkah).

“Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi tapi nak ambil berkat. Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, sudah bertahun-tahun beliau diminta oleh orang-orang tertentu untuk pergi ke Makkah.

“Bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu untuk pergi ke Makkah. Tahun ini dua orang nak hantar ke Makkah,” katanya.

Beliau berkata demikian kita diminta mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji tahun ini ditaja oleh individu tertentu.

Menurut dakwaan itu, Nik Abdul Aziz ditaja menunaikan haji dengan tiket ‘VVIP’ yang harganya mencecah RM65,000 seorang.

Ketika ditanya, adakah ia akan menimbulkan rasuah, Nik Abdul Aziz berkata, tidak timbul soal rasuah.

“Tidak timbul rasuah. Biar tentu dulu, kalau tentu rasuah saya tolak. Biar tentu rasuah benda apa (atas apa). Dia nak bawa. Dia nak bayar tambang.

“Alasan dia nak bawa saya, saya tidak tahu. Tahun depan pun ada lagi yang nak bawa,” katanya.

Tiada ulasan: