IPOH – Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) setelah menerima pandangan Pas Pusat adalah tepat.
Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, keputusan berkenaan dilihat sebagai jalan terbaik dan bukti integriti yang tinggi kerana menerima pandangan Pas Pusat dengan mengetepikan kepentingan keluarga dan cirinya demi perjuangan Islam dan parti.
Menurutnya, sikap keterbukaan Nik Aziz dalam menyelesaikan masalah ini perlu dicontohi oleh semua pemimpin Pas Pusat dan negeri bahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga seharusnya mengambil pendirian yang sama dalam menyelesaikan masalah.
“Kalau beginilah cara dan pendekatan yang menjadi amalan dan pegangan kepada semua pemimpin politik, tidak mustahil masalah remeh-temeh mahupun besar dapat diselesaikan secara terhormat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan