Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara gading
PEKAN BATU ENAM – Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang bapa, Mohd Omar, 70, selain melihat kesemua anak yang dikasihi berjaya dalam bidang ma-sing-masing. Mohd Omar merupakan penerima anugerah Keluarga Mithali sempena sambutan Jubli Emas Pas Kawasan Kuala Nerus yang diadakan di Sekolah Darul Taqwa, baru-baru ini. Bapa kepada 12 cahaya mata itu berkata, dia memberi penekanan pendidikan kepada anak-anaknya kerana menyedari akan kepentingan ilmu pengetahuan jika mahu mendapat lebih peluang dalam segala perkara. “Sejak dari kecil lagi mereka (anak-anak) telah dilatih untuk sentiasa memberi tumpuan kepada pendidikan, termasuk ilmu agama. “Sebagai bapa saya inginkan yang terbaik kepada anak-anak walaupun sesusah mana sekalipun, saya akan pastikan semua keperluan mereka dipenuhi agar tumpuan pembelajaran tidak terganggu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis peng-anugerahan berkenaan. Menurutnya, hampir kesemua anaknya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi dan masing-masing menyandang jawatan tinggi dalam bidang yang dipelajari. “Meskipun kebanyakan mereka sudah mempunyai keluarga sendiri, tetapi saya sentiasa ingatkan mereka agar jangan lupa asal-usul dan sentiasa berpegang teguh pada agama,” kata peng-usaha kayu yang berasal dari Teluk Pasu ini. Mohd Omar berkata, isterinya, Misbah Musa, 59, turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak, terutama ketika berada di rumah bagi memastikan pembelajaran mereka sentiasa dipantau. Menurutnya, dia bersyukur menerima anugerah tersebut, tetapi lebih bangga kerana penghargaan itu disampaikan Presiden Pas, Da-tuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan