Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 18 November 2009

Hanya 1 tahfiz sepanjang 52 tahun UMNO perintah

posted by paeh
SHAH ALAM – Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Melayu, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa UMNO hanya menubuhkan sebuah Tahfiz sepanjang 52 tahun pemerintahannya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, UMNO hanya membangunkan sebuah Pusat Pengajian Al-Quran (Tahfiz) yang hanya mempunyai 50 pelajar pada dua tahun terakhir pemerintahannya.

“Sepanjang 52 tahun pemerintahannya itu, UMNO hanya membina sebuah Tahfiz di Jugra dengan mempunyai 50 pelajar sahaja.

“Bayangkan selama 52 tahun hanya satu Tahfiz manakala pelajarnya pula seramai 50 orang sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut oleh ADUN Dusun Tua, Ismail Sani berhubung peruntukan Kerajaan Negeri kepada institusi Tahfiz, dalam Sidang Dewan Negeri (DUN), semalam.

Hassan Ali menjelaskan bahawa tiada sebarang peruntukan diterima oleh institusi Tahfiz daripada Kerajaan Negeri tetapi terdapat bantuan kepada pelajar di institusi yang berdaftar.

“Tahfiz ini tidak menerima sebarang peruntukan tetapi terdapat bantuan sebanyak RM150 seorang bagi setiap sebulan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Bantuan ini diberikan kepada sebahagian besar pelajar di institut Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya.

Selain itu katanya, setakat ini jumlah keseluruhan bilangan Tahfiz di Selangor adalah sebanyak 76 iaitu 43 daripadanya telah membuat pendaftaran di Jais manakala selebihnya masih belum mendaftar.

“Di Petaling sahaja terdapat 16 Tahfiz iaitu enam daripadanya telah pun berdaftar.

“Manakala hanya terdapat tiga Tahfiz di Sepang manakala di Hulu Selangor terdapat enam Tahfiz,” katanya.

Tiada ulasan: