Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 14 November 2009

Rakyat tetap sokong Tok Guru -Salahuddin Ayub

demokrasi93.blogspot.com

SHAH ALAM – :Keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan terhakis walaupun kebelakangan ini beliau dihujani pelbagai tohmahan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Nik Abdul Aziz tetap disegani dan dihormati oleh rakyat.

Menurutnya, dua isu hangat iaitu berhubung tajaan haji dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, adalah isu kecil yang ditangani dengan baik oleh Nik Abdul Aziz.

“Isu berhubung tajaan haji menjadi mainan media, sehinggakan beliau (Nik Abdul Aziz) membuat keputusan membatalkan hasratnya itu.

“Keputusan itu sedikit sebanyak menggambarkan sikap sebenar Menteri Besar Kelantan itu yang bersedia menerima pandangan, kritikan dan nasihat daripada semua pihak.

“Memang jika diukur dari sudut kecewa, ternyata Tok Guru kecewa kerana beliau rindu untuk beribadat di sana, tetapi apa nak buat, demi memenuhi kehendak semua pihak yang tidak putus-putus menghangatkan isu ini, (Nik Abdul Aziz) membatalkan hasrat tersebut,” katanya ketika dihubungi: Sinar Harian: semalam.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pas Kubang Kerian berkata, kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nik Abdul Aziz di taja, disambut baik oleh Mursyidul Am Pas berkenaan.

“Kalau pemimpin lain, sudah tentu takut dan sogok macam-macam pada SPRM tetapi tidak pada beliau, inilah menyebabkan imej dan kredibiliti Nik Abdul Aziz terus bersih,” katanya.

Beliau juga berkata, apa yang berlaku pada Nik Abdul Aziz adalah perkara biasa yang berlaku pada mana-mana pemimpin di dunia ini.

“Ini adalah cabaran dan ujian buat Tok Guru, saya yakin dan percaya dengan apa yang ada pada Tok Guru ini, beliau mampu mengendalikan semuanya dengan baik,” :katanya.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi08L3OLkw6_T5L-t3-E8rUcRLU9tFlxTyxCDOHtb-eliAfsFT40v0FLbNqd1z42Y3C_fKiQDS9Luk3mReMF2kl5avBGwBeAN0jbuRmFMNGYqTu3Cd7lXy-A7IkYis6JYR79KwHFYxzQKPg/s192/894422102l.jpg

Tiada ulasan: