Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Bala bebas keluar masuk negara ini: Tian Chua
KUALA LUMPUR - Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz bahawa kedudukan P Balasubramaniam tidak dapat dikesan untuk dipanggil memberi keterangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tidak boleh diterima. Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, penyiasat persendirian itu dikesan sudah tiga kali kembali ke negara ini selepas ‘hilang’ tahun lalu. Katanya, dalam jawapan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri yang diterimanya Isnin lalu, jelas tertulis kerajaan hanya mengetahui kedudukan Balasubramaniam di Bangkok, Thailand, dan tidak mengetahui kedudukannya selepas menghilangkan diri. “Nazri menjelaskan siasatan sudah selesai seperti yang beliau cakap dalam Dewan Rakyat, tetapi beliau menjelaskan tidak dapat mengambil tindakan lanjut kerana tidak dapat mengambil kenyataan Balasubramaniam yang hilang hingga kini. “Jawapan seperti ini langsung tidak masuk akal kerana kedudukan terakhir Balasubramaniam yang diketahui kerajaan bukannya di Bangkok tetapi Kathmandu, Nepal,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam. Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu, turut menjelaskan pergerakan Balasubramaniam diketahui kerajaan dan 'kehilangannya' tahun lalu penuh dengan tanda tanya. “Bagaimana pasport Balasubramaniam dan seluruh keluarganya berjaya disiapkan dalam sehari sahaja dan selepas itu beliau hilang. “Selain itu, kedutaan kita di negara yang dilawati Balasubramaniam sedar perkara ini. Jadi alasan tidak dapat mengesan kedudukan Balasubramaniam amat tidak boleh dipercayai,” katanya. Balasubramaniam adalah pesara polis yang bekerja sebagai penyiasat persendirian dan diupah penganalisis politik, Abdul Razak Baginda untuk mengesan pergerakan Altantuya di Kuala Lumpur. Balasubramaniam menghilangkan diri sejak 3 Julai 2008 selepas menarik balik surat sumpah yang cuba mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang menjadi perhatian seluruh dunia. Pada November tahun lalu, ketika Datuk Seri Syed Hamid Albar masih menjadi Menteri Dalam Negeri menyatakan Balasubramaniam seorang yang bebas dan terpulang kepadanya untuk kembali ke negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan