Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
MUKRIZ MAHATHIR CALON BN KOTA SIPUTEH ??
bicara NOBISHA Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi Speaker DUN Kedah. Kalau ikutkan keputusan itu, SPR dikehendaki mengadakan pilihanraya kecil N3 Kota Siputeh.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi juga membenarkan penyandang sekarang Dato' Abu Hassan Sharif (BN) membuat permohonan formal bagi menangguhkan hukuman pada Jumaat ini. Selain itu, Abu Hassan juga mempunyai satu lagi pilihan iaitu membuat rayuan.Pada pandangan saya, Abu Hassan akan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada bagi mempertahankan kerusi tersebut. Itu adalah sesuatu yang dibenarkan dan biarlah proses itu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.Bagaimanapun, sekiranya pada akhir proses tersebut Mahkamah masih memihak kepada Speaker DUN Kedah, maka SPR tidak ada pilihan melainkan melaksanakan pilihanraya itu.Beberapa orang sahabat menghantar SMS bertanyakan mengenai calon yang sesuai. Ada juga Ketua Cawangan UMNO di DUN Kota Siputeh yang menelefon saya meminta pendapat.Saya katakan -- dari segi strateginya -- calon yang paling sesuai ialah Dato' Mukhriz Mahathir.Ya, dia ialah Ahli Parlimen Jerlun (DUN Kota Siputeh terletak dalam Parlimen Jerlun; satu lagi ialah DUN Ayer Hitam yang kini dipegang oleh PAS) . Di Bukit Gantang dulu, Dato' Seri Nizar Jamaluddin adalah merupakan ADUN yang kemudian bertanding kerusi Parlimen.Lagi pun, ramai Ahli Parlimen yang juga menjadi ADUN. Tidak ada masalah. Oleh itu, saya tidak melihat apakah masalahnya untuk Mukhriz juga berbuat begitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan