demokrasi93.blogspot.com
IPOH – Isu bai’ah yang didakwa berlaku dalam kalangan ahli Pas nyata telah menarik minat pelbagai pihak khususnya apabila ia didakwa menjadi faktor kepada keruntuhan sebuah rumah tangga menerusi lafaz bai’ah berkenaan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, (JAIPk), Dato’ Sheikh Mohd Noor Mansur Al Hafiz berkata, perkara berkenaan belum dapat dipastikan kesahihannya biarpun ianya diakui wujud.
Menurutnya, bai’ah atau perjanjian pada kebiasaannya hanyalah satu lafaz atau perakuan seseorang bagi membuktikan dirinya akan memberikan sepenuh taat setia kepada sesuatu pertubuhan atau perkumpulan yang dianggotainya.
“Apa yang saya tahu, apabila sesuatu bai’ah dibuat, ianya sekadar satu perjanjian yang dibuat oleh seseorang menjadi ahli kepada mana-mana pertubuhan atau perkumpulan tertentu.
“Dalam kes bai’ah dalam kalangan ahli Pas ini, ianya dilihat sebagai satu keyakinan terhadap perjuangan parti selain menggambarkan perasaan cinta kepada parti menyamai dengan perasaan cinta terhadap keluarga (isteri).
“Bagaimanapun, sepanjang pengetahuan saya, perkara ini (bai’ah) ada berlaku namun saya sendiri tidak dapat memastikan apakah kandungan sebenar yang terkandung pada bai’ah berkenaan.
“Biarpun ada yang tampil membuat pengakuan berhubung isu bai’ah berkenaan, namun ianya belum cukup bagi mengatakan bahawa semua ahli Pas terlibat dengan bai’ah ini, mungkin hanya sebahagian sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
Sheikh Mohd Noor berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu bai’ah dalam kalangan ahli Pas yang kini sedang hangat diperkatakan di media massa selain menjadi tajuk perbualan hangat dalam kalangan masyarakat hari ini.
Hadir sama Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah, Kazim Elias Al Hafiz.
Sementara itu, Kazim berkata, bai’ah berkenaan adalah hampir sama dengan lafaz taklik yang dilafazkan ketika akad nikah.
Katanya, lafaz taklik pada asasnya adalah bagi menjaga kebajikan isteri atau secara umumnya, menjaga kebajikan kaum wanita agar tidak dizalimi suami, tetapi bai’ah adalah satu lafaz ikrar bahawa sekiranya pelafaz melanggar perjanjian yang dilafazkannya, dia bakal menanggung akibat daripada lafaznya itu.
“Bagaimanapun, apa jua lafaz yang dilafazkan perlu dirujuk terhadap maslahahnya terlebih dahulu,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan