Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 12 November 2009

Balasubramaniam Muncul Kembali




Kenapa Bala bersembunyi ????

Seorang pegawai kanan polis, dua ahli perniagaan adik beradik dan seorang ahli keluarga Perdana Menteri terbabit mengugut dan menyogok penyiasat perasendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik perakuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu yang mati dibom.

Dengan menggunakan pelbagai taktik gertakan dan khidmat pasukan perisik tentera, Bala bukan sahaja diugut supaya membuat perakuan bersumpah kedua memansuhkan perakuan bersumpah pertamanya tetapi terpaksa menyembunyikan diri di luar negara.

Pendedahan ini dibuat oleh Bala sendiri di hadapan tiga peguam kanan baru-baru ini kerana tidak mahu terus menjadi “pelarian”. Transkrip pendedahan ini diperolehi Free Malaysia Today.

Bala yang diambil berkhidmat oleh rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda dijanjikan bayaranRM4 hingga RM5 juta untuk menarik balik perakuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008 yang mendedahkan hubungan Najib dengan wanita Mongolia yang dibunuh pada Oktober 2006 itu.

Beliau diarahkan supaya jangan pulang ke Malaysia sehingga selepas Najib ditabalkan menjadi perdana menteri pada April tahun ini.

Bagaimanapun setelah 15 bulan menjadi pelarian, Balasubramaniam memutuskan untuk “mendapatkan kehidupan normalnya kembali” dengan mendedahkan apa yang sebenarnya terjadi pada diri beliau dan keluarga selama ini.

Free Malaysia Today diberitahu bahawa selepas sidang media untuk mengumumkan kandungan perakuan bersumpah pertamanya di pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, pada 3 Julai 2008 Balasubramaniam bersama seorang pegawai polis berpangkat ASP bernama Suresh pergi ke Cheras.

Dalam perjalanan mereka mendapat panggilan daripada Dinesh Jaikishan seorang ahli perniagaan yang karib dengan mereka yang memberitahu abangnya, Deepak, mahu berjumpa.

Pertemuan diatur di sebuah kedai Bah Kut Teh di Rawang. Dinesh dan Deepak hadir.

Sebelum tiba ke kedai berkenaan, isteri Bala menelefon memberitahu ada sebuah kereta merah di hadapan rumah mereka. Bala menasihatkan isterinya mengunci pintu pagar dan jangan berbuat apa-apa sehingga beliau menelefonnya kembali.

Deepak, pemilik syarikat Carpet Raya di Kuala Lumpur menawarkan RM4 juta dan kemudian RM5 juta supaya Bala menarik balik perakuan bersumpahnya.

Deepak juga memberitahu Bala bahawa orang dalam kereta merah di hadapan rumahnya itu adalah anggota perisik tentera. Beliau kemudian mengarahkan Dinesh dan ASP Suresh membawa Bala pusat membeli belah Curve di Damansara untuk bertemu seorang “Datuk”

Menurut Bala beliau mengenali isteri datuk berkenaan sebagai bekas pengacara program Nona TV3 yang ketika itu mengandung. Beliau kemudian dapat memastikan bahawa datuk berkenaan ialah Nazim, adik Najib.

Dalam transkrip wawancara itu Bala menegaskan bahawa Datuk Nazim mengugut jika beliau (Bala) sayangkan keluarganya, beliau patut ikut arahan Deepak.

Bala bertegas tidak akan meninggalkan Malaysia tanpa keluarganya bersama. Persetujuan dicapai supaya Balasubramaniam membawa keluarganya meninggalkan Malaysia.

Pada 4 Julai 2008, Bala ditemani seorang peguam bernama Arunambalan yang belum pernah dikenalinya menemui media di Prince Hotel untuk membentangkan perakuan bersumpah keduanya yang memansuhkan perakuan pertama.

Sementara itu seorang pembantu Deepak mengiringi keluarga Bala untuk mendapatkan pasport mereka di pejabat Imigresen.

Bala dan keluarganya kemudian dibawa dengan van ke Singapura sebelum terbang ke Bangkok. Dari situ mereka ke Katmandu sebelum berlindung di India.

Usaha untuk menghubungi Nazim dan Deepak tidak berhasil.


Klik di sini untuk butir perakuan bersumpah pertama

Klik di sini untuk butir perakuan bersumpah kedua

Klik di sini untuk perbicaraan kes pembunuhan Altantuya


Free Malaysia Today


artikel - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/


Tiada ulasan: