demokasi93.blogspot.com
KUALA LUMPUR - Cadangan untuk mengadakan 'pakatan senyap' antara UMNO dan Pas oleh sesetengah pihak dalam isu-isu yang melibatkan agama Islam dan Melayu ditolak oleh pemimpin Pas.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, 'pakatan senyap' antara parti tersebut dengan UMNO tidak perlu kerana Pas sudah mempunyai pakatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, isu ini juga boleh menimbulkan suasana perkauman kerana UMNO harus menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.
“Pakatan kita membabitkan orang-orang Melayu, Cina dan India, jadi kita tidak perlu buat pakatan atas sentimen senyap-senyap tetapi ia melibatkan sentimen perkauman,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Katanya, perbuatan seperti ini seolah-olah menggambarkan politik di negara ini kembali mundur ke belakang.
Mahfuz turut menegaskan parti-parti politik di Malaysia harus mencari satu formula bagaimana untuk menempatkan diri dalam suasana berbilang kaum.
“Walaupun hati kecil kita kadang-kadang terasa terancam, tetapi kita harus mencari jalan untuk menempatkan diri kita dalam suasana majmuk negara ini,” katanya.
'Pakatan senyap' ini mula diperkatakan apabila Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis artikel bertajuk ‘untungnya bersatu dalam senyap’ dalam blognya.
Memetik dari artikel tersebut, Ridhuan menyeru agar UMNO dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoalkan.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
1 ulasan:
tak perlu berpakat, cuma perlu senada bila isu-isu melibatkan kesucian Islam dan kepentingan bangsa melayu diancam dan diganggu
Catat Ulasan