Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
UPSR: Kelantan catat keputusan cemerlang
KOTA BHARU - Kelantan mencatat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dengan 69.03 peratus merangkumi 25,369 calon dan ia meningkat sebanyak 2.25 peratus atau seramai 529 calon berbanding tahun lalu. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata, seramai 37,557 calon tahun lalu mengambil ujian itu di mana 66.78 peratus (24,840 calon) telah lulus. “Seramai 37,025 mendaf-tar untuk menduduki UPSR 2009 berbanding tahun lalu seramai 37,557 calon. “Bagi bilangan calon yang menduduki UPSR, seramai 36,752 calon berbanding dengan tahun lalu seramai 37,199 calon dengan 66 calon istimewa mengambil UPSR tahun ini,” katanya pada majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2009 Peringkat Kelantan. Beliau berkata, dari segi peratus kelulusan, gred purata negeri, peratus kecemerlangan calon yang mendapat 5A dan 7A dan prestasi beberapa mata pelajaran juga turut meningkat. Menurutnya, pencapaian gred purata negeri (GPN) adalah yang tertinggi bagi tempoh enam tahun iaitu 2.25 berbanding 2.32 tahun lalu, iaitu meningkat sebanyak 0.07 peratus dan ia mengatasi gred purata kebangsaan. Katanya, calon yang mendapat 5A dan 7A meningkat sebanyak 1,015 orang kepada 5,259 orang atau 14.31 peratus berbanding 4,244 orang tahun lalu atau 11.41 peratus, juga mencatat peratus kecemerlangan tertinggi dalam tempoh enam tahun. Sementara itu, Ghazali juga turut mengulas mengenai kerugian yang ditanggung oleh JPN akibat banjir. Katanya, setakat ini pihaknya telah membuat tafsiran secara kasar dan menganggarkan kerosakan yang dialami terutama kerusi dan meja di sekolah sebanyak RM600,00. “Laporan mengenai kerosakan telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tindakan lanjut. “Pihak JPN Kelantan menjangkakan semua kerosakan yang dialami oleh sekolah-sekolah terlibat ditangani sebelum sesi persekolahan 2010,” katanya selepas Pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009, di jabatan berkenaan di sini, semalam. Beliau berkata, kerosakan akibat banjir tersebut dialami di Tumpat seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, SK Simpangan dan SK Telok Jering. Selain Tumpat, katanya, beberapa sekolah di daerah Pasir Mas yang terlibat dengan banjir seperti SK Rantau Panjang, SMK Rantau Panjang dan SK Tok Deh, namun jumlah kerosakan mengalami sedikit berkurangan. Katanya, pihaknya mengharapkan pada hari pertama persekolahan sesi pengajian 2010 Januari tahun hadapan, kerugian semasa banjir dapat diatasi, sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar di negeri ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan