demokrasi93.blogspot.com
KOTA BHARU - Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin semasa mengadakan ceramah di sebuah rumah rakannya kelmarin adalah tidak wajar dan dipersoalkan rakyat.
Bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Muhammad Daud Iraqi berkata, ketokohan Dr Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini telah dihargai dan adalah perkara mustahil untuk beliau melakukan ajaran di luar konteks ajaran Islam.
“Kalau dikatakan tidak bertauliah, saya juga tidak mempunyai tauliah untuk berceramah di Selangor. Saya rasa lebih ramai lagi ulama dan penceramah yang perlu ditangkap oleh Jais selepas ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penahanan Dr Asri oleh Jais pada malam kelmarin kerana dikatakan memberi kuliah tanpa kebenaran selain didakwa mengamalkan fahaman Wahabi kepada pengikutnya.
Muhammad berkata, beliau percaya terdapat motif lain yang tidak diketahui umum di sebalik penangkapan tokoh agama negara itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan Dr Asri mengamalkan ajaran Wahabi, Muhammad berkata, ajaran tersebut tidak salah untuk digunakan di negara ini.
“Jangan hanya pandai sebut, saya mahu orang yang mengatakan ajaran Wahabi itu salah, berhujah dahulu apa yang dimaksudkan dengan ajaran tersebut. Jangan cepat melatah dan menimbulkan keraguan kepada rakyat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhamad berkata, adalah tidak salah bagi orang bukan Islam untuk membaca al-Quran sebagaimana yang dijelaskan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik semasa berucap di Ipoh kelmarin.
Menurutnya, Saidina Umar sebelum memeluk Islam juga membaca al-Quran sehingga beliau tertarik seterusnya memeluk agama ini.
“Tidak salah bagi sesiapa pun membacanya, tetapi ia harus dibaca dengan betul dan tertib. Jika salah kita orang yang Islam harus membetulkannya,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan