Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 2 November 2009

Kemelut Politik Punca Ketiadaan Pelabur Di Perak:Ammar Rushdi

demokrasi93.blogspot.com

posted by CHOT

BATU GAJAH -Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Batu Gajah mendakwa Umno dan Barisan Nasional(BN) cuba mengalihkan perhatian umum berkenaan masalah dalaman yang wujud antara pati komponen parti terbabit.

Sebaliknya DPPK Batu Gajah menyatakan BN cuba mensensasikan berita mengenai wujudnya perpecahan dalam PAS hingga menyebabkan parti itu menjadi semakin parah.

l_888efad15cf443c2bd15d3a5d1970346[1]da

Ketua DPPK Batu Gajah,Ammar Rushdi (GAMBAR) berkata,BN cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap bajet yang baru dibentangkan dan masalah dalam parti itu sendiri.

Menurutnya,dia amat kecewa dengan penjelasan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zamry Abd. Kader dalam temu bual rancangan hujah berhubung soalan daripada hos rancangan mengenai ketiadaan pelabur di perak.

“Walaupun pihak BN mengatakan kononnya ramai pelabur yang akan datang melabur namun umum terutamanya pihak industri di sekitar Batu Gajah umpamanya sedia maklum ketiadaan pelabur disebabkan masalah kerajaan dan kemelut politik di Perak sejak peralihan kuasa.

“Proses peralihan secara tidak demokrasi sebenarnya menyebabkan pelabur tidak yakin dan beralih ke negeri lain kerana mereka menganggap Perak yang tidak sesuai untuk dilabur akibat pergolakan politik yang tiada penghujungnya ketika ini”,katanya kepada Sinar Harian

Menurutnya, pihaknya juga mendakwa kegagalan barisan exco negeri menarik pelabur luar ini juga secara jelas menunjukkan kelemahan kepimpinaan sedia ada.

“Mereka gagal dalam meyakinkan pelabur luar untuk melabur di Perak yang seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Kami amat bimbang akan perkara ini memandangkan bilangan belia menganggur akan semakin bertambah dan besar kemungkinan akan menyebabkan masalah sosial semakin meningkat”,katanya.

Ammar berkata, pihaknya meragui dan timbul ketidakadilan kerana bajet yang dibentangkan Zamry tanpa penghujahan pembahasan ulasan daripada ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN).

“Bagaimanakah pihak kerajaan negeri melalui menteri besar boleh membentangkan belanjawan bajet 2010 negeri tanpa kehadiran ADUN dari Pakatan Rakyat(PR) dan bajet hanya dibentangkan selama 20 minit sahaja”,ujarnya.

“Apakah mereka dengan sengaja tidak membenarkan ADUN dari PR hadir ketika pembentangan bajet dijalankan?Secara jelas mereka sengaja mencabuli sistem demokrasi berparlimen malah terang-terangan melaksanakan sistem kuku besi”,katanya.

Pihaknya berharap,merayu dan memohon perkenan ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak untuk mengambil tindakan sewajarnya dan menghentikan semua yang berlaku ini sebelum perkara lebih buruk terjadi.

“Kita amat berharap Tuanku akan melakukan sesuatu kerana baginda yang diketahui ialah seorang yang mempunyai pengetahuan luas dalam perkara berkaitan undang-undang.

“Kami melihat tidak ada alternatif lain dalam menyelesaikan masalah ini hanya dengan mengembalikan semula hak rakyat dalam memilih kerajaan yang akan dibuat melalui pilihan raya dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak secepat yang mungkin”,katanya.

Tiada ulasan: