Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 18 Disember 2009

Muhammad Afiq perlu bantuan - Mempunyai dua pundi kencing, zakar beralih tempat

demokrasi93.blogspot.com


MUHAMMAD AFIQ yang dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna di Kangar memerlukan bantuan untuk menjalani pembedahan September tahun depan.


KANGAR - Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan menderita sejak lahir apabila memiliki pundi kencing dua jantina menyebabkan kedudukan buah zakarnya 'beralih' ke celah paha sehingga terpaksa bergantung kepada pek najis untuk membuang air kecil dan besar.

Muhammad Afiq Iqbal Nor Majdi, dari Kampung Baru, Jalan Kilang Ais di sini, sejak dilahirkan juga telah menjalani 10 pembedahan bagi memperbetulkan keadaan dirinya itu tetapi masih belum menunjukkan perubahan yang baik.

Selain itu, dia turut mengalami kerosakan buah pinggang dan masalah tulang pinggul kerana kaedah membuang air kecil dan besar yang tidak betul.

Berikutan itu, dia kini hanya bergantung kepada ubat antibiotik dan rawatan rutin rawatan setiap sebulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Menurut ibunya, Melor Hussien, 27, anaknya menghadapi pelbagai masalah kesihatan apabila dilahirkan dalam keadaan usus yang terkeluar dari perut bermula di pusat sehingga hampir ke bahagian kemaluan.

"Sejak itu, Muhammad Afiq terpaksa dibedah untuk memasukkan usus perutnya semula namun terdapat pula masalah dia mempunyai pundi kencing dua jantina dan buah zakar yang tidak pada kedudukan biasa.

"Malah doktor juga menghadapi kesukaran mengenal pasti jantina Muhammad Afiq sehinggalah setelah 47 hari dilahirkan dan selepas ujian darah barulah dia disahkan lelaki," katanya kepada pemberita semalam.

Melor berkata, dia dan suami, Nor Majdi Amran, 25, kini tertekan kerana diberitahu kes tersebut jarang berlaku di negara ini menyebabkan sukar dirujuk kepada doktor pakar tempatan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, boleh berikan no ac bank? tk