Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 25 Jun 2013

Isnin, 24 Jun 2013

Amal Ijtimaie- Baiki bumbung lagi di Ara Payung


Percaya dengan kerja istioqamah dalam isu kebajikan, PAS Batu Gajah mengambil langkah pro-aktif untuk terus membantu rakyat yang memerlukan walaupun dengan dana yang terhad. 
Kali ini rumah En Ismail Bin Bakar no 23 Kampung Ara Payung Tambahan 2 yang mana atapnya telah rosak teruk dan berlubang telah menerima bantuan gotong royong daripada PAS kawasan.
PAS Kawasan Batu Gajah bersama anak kepada En Ismail telah mengeluarkan belanja sebanyak RM 3000 untuk membaik pulih  atap rumah pada penghujung bulan 5 dan kini telah siap.
Semoga usaha ini menjadi amal jariah bagi para petugas dan menambahkan keyakinan terhadap Parti islam yang bersifat Hizbullah sejati.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg  Rapat



Khamis, 20 Jun 2013

Bawa Misi Kebajikan Rakyat ke Sidang DUN; Agenda Besar Radzi Zainon

Bawa Misi Kebajikan Rakyat ke Sidang DUN; Agenda  Besar Radzi Zainon

Sememangnya YB Radzi Zainon yang cukup akrab dengan rakyat melalui panggilan Ustaz Radzi ini kekal diingatan rakyat melalui agenda kebajikan berterusan yang beliau lakukan selama ini.

Malah stamina besar yang beliau peruntukkan untuk meneliti permasalahan asasi rakyat ini juga menggerunkan pesaing beliau daripada kalangan pimpinan UMNO Gopeng mahupun pihak bekas ADUN iaitu Datuk Hamidah Osman.



Semasa ditemuramah, YB Radzi menyatakan dalam siri sidang yang akan datang beliau akan terus mengotakan janji kepada rakyat untuk membawa isu kebajikan dan keperluan rakyat terutama kawasan DUN yang diwakilinya.

Selain itu untuk memastikan pencapaian KPI beliau menangani isu rakyat, beliau akan bersama-sama pihak ADUN Pakatan Rakyat lain bertindak memantau polisi dan agenda kerajaan negeri BN agar cocok dengan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat.
Beliau yang cukup serius serta cakna dengan isu tanah dan penyelewengan juga akan terus menjadikan sidang DUN sebagai medium terbaik untuk menjalankan tugas check and balance kepada polisi pentadbiran kerajaan BN Perak.

“Mana-mana kerajaan dan forum kepimpinan negara dunia memerlukan pembangkang atau suara alternatif agar sesuatu keputusan itu dilaksanakan secara adil dan tepat. Kerajaan yang menafikan suara pembangkang atau menjadikan pembangkang sebagai YB kelas kedua atau mendiskriminasikan rakyat di kawasan pembangkang adalah tidakan anti undang-undang manusia yang sihat. Politik perlu matang dan politik kita adalah untuk menjamin keamanan dan kesentosaan negeri melalui pengagihan kekayaan yang adil serta penumpuan kepelruan rakyat melebihi aspek picisan yang membazir”, jelas beliau semasa temubual berkaitan misi dan visi beliau kali ini.

Beliau juga memandang serius hal persidangan DUN yang hanya dijadikan medium stamping order (pengesahan arahan) semata-mata tanpa perbahasan yang sihat. Sidang yang terlalu pendek kadangkala sehingga hanya separuh hari cukup tidak logik dan hanya sesuai untuk negeri kecil seperti Perlis misalannya.

Ruang selama 3 hingga 7 hari adalah optimum untuk perbahasan adil semua ADUN Perak seramai 59 itu berucap bagi mewakili rakyat masing-masing.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Rabu, 19 Jun 2013

Bersama Mazlan Aliman!


Ceramah motivasi bersama AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman pada 21 Jun 2013 (esok) di Pejabat PAS Batu Gajah, selepas solat Maghrib. Semua dijemput hadir! Hebahkan!

Khamis, 13 Jun 2013

Bersama Bekas tahan ISA di Batu Gajah esok!


Liqa Fikri bersama Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria yang pernah ditahan ISA!


Isnin, 10 Jun 2013

Radzi Zainon 'giant killer' ghuyubkan Kak Midah!


(Radzi [kiri sekali] sangat disenangi masyarakat Tionghua)

IPOH: Biarpun sebelum ini tidak pernah dikenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Radzi Zainon tiba-tiba menjadi buah mulut masyarakat di Perak.

Kejayaan beliau menumpaskan calon ‘kontroversi’ BN iaitu Datuk Hamidah Osman di Dun Sungai Rapat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu menjadi puncanya.

Kejayaan menumbangkan Hamidah yang juga ‘wanita besi’ bagi BN di Perak memberi kekuatan kepada Radzi yang kini dianggap sebagai ‘giant killer’ di sana.

Malah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin beranggapan, kekalahan Hamidah di Dun Sungai Rapat memberi sedikit sinar kegembiraan tatkala Pakatan Rakyat gagal mengembalikan kemenangan di Perak.


Ikuti laporan penuh mengenai beliau dalam Harakah Jumaat ini)

Warisan Kak Midah kepada YB Radzi Zainon!


Dalam siri kempen  YB Radzi Zainon sebelum ini, beliau kerap menekankan kesan dan akibat pembangunan tidak lestari di sekitar Pengkala Pegoh terhadap peniaga melayu dan bumiputera.
Kesan ini bukan sekadar kesan jangka pendek yang mampu diselesaikan melalui tawaran kepada peniaga kecil membuka kiosk atau menumpang di sekitar Hypermarket yang ada, ia juga memberi kesan jangka panjang yang bakal menghambat terus kaum melayu yang bergelar peniaga sederhana dan kecil keluar daripada kawasan bisnes PengkalanPegoh.
Selain hypermarket, pusat hiburan yang dibuka berleluasan di sini juga merosakkan sosial masyarakat khususnya umat Islam.
" Kesan hypermarket dan kesan perniagaan monopoli cukup kuat dan ia telah terbukti membenamkan ribuan peniaga bumiputera seluruh negara. Malah isu ini bukan isu baru malah ia hangat diperkata oleh gerakan kepenggunaan dan hakpeniaga kecil seluruh dunia", jelas Radzi berkenaan isu ini.
Kini YB Radzi yang berjaya menyingkirkan penyandang ADUN Sungai Rapat UMNO masih belum berjaya mengubah landskap bisnes yang telah direstui oleh kerajaan BN sebelum ini kerana dua faktor, pertama ia telah berlaku dan kedua PAS ditakdirkan masih menjadipembangkang di negeri Perak. Dengan hanya memiliki kerusi DUN tanpa kuada Exco dan sebagainya adalah sukar untuk YB Radzi memulihkan kerosakan yang ada.
Apa yang mampu dilakukan oleh ADUN baru ini adalah mendidik masyarakat terutama peniaga melayu dan bumiputera Islam, betapa ancaman ekonomi tidak mapan sebegini, ancaman globalisasi dan campurtangan Amerika dalam penentuan corak atur perniagaan di negara ini adalah petaka besar yang bakal menghakis sisa 'hak' peribumi yang sebenarnya dibiarkan 'karat' oleh pemerintah BN saban tahun.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Ucapan penghargaan Adun Sungai Rapat