28 Februari 2013- Pengkalan Pegoh
UMNO Kawasan Gopeng sekali lagi melanggar etika kerana menggunakan Dewan
serba Guna Pengkalan Pegoh sebagai Bilik Gerakan mereka di sini.
Menurut makluman penduduk tempatan, papan tanda Bilik Gerakan BN yang
dipasang di dinding Dewan Serba Guna menyerlahkan sikap UMNO yang suka
melanggar etika kemasyarakatan. Malah perpaduan yang cuba dipupuk
melalui aktiviti di Dewan berkenaan hancur apabila UMNO memasukkna unsur
kepartian.
Saudara Anuar Ibrahim wakil penduduk Pengkalan Pegoh mengatakan hipokrit
UMNO terserlah apabila kerap mengatakan PAS memecah belah perukunan
penduduk tempatan melalui agenda politik dan aktiviti masjid sebaliknya
UMNO lah parti pemecah belah.
"UMNO parti haprak dan miskin. bangunan perhubungan negeri sahaja
gah! Di peringkat cawangan dan UPU markaz dan bilik pun tiada. Inikah
parti yang dikatakan berduit dan memerintah sekian lama? PAS miskin dan
dicela apabila mengutip dana di ceramah-ceramah sebaliknya mampu pula
memiliki markaz dan bilik gerakan sendiri tanpa pelru menjadi parasit
seperti UMNO cawangan" ulas Anuar sebagai penutup bicara.
PAS Kawasan Gopeng akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat
mengenai salahguna Dewan Orang Ramai seluruh kawasan Gopeng.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat