Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 28 Disember 2010

Zambry jual Hotel Casuarina !!



oleh Khalil Samad

Politik negara semakin berserabut dan kelam kabut.

Ingatkan majikan yang suka mendera amah itu perkara biasa.....tapi pulak menteri rogol amah.....ini lagi luar biasa kerana duit banyak, projek banyak pergi le ` merangkak ` kat Haadyai ke, kat Bangkok ke itu yang dekat....macam - macam ada.....kat Kuala Lumpur pun berselerak.....apa punya ` barang ` da.


Rakyat mengarukan kepala masing – masing apabila mendapat tahu Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin umNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail dilantik Pengerusi Felda yang baru.
Beliau pernah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan.
Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden umNO pada pemilihan September tahun 2004.
Pemilihan ini menggambarkan DS Najib seolah-olah tidak nampak di kalangan ahli umNO seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja.
Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan DSNajib sahaja yang tahu…..hebat sangat ke orang ini….tubuhnya kecil tapi akal rasuahnya besar…..mungkinkah si Isa Samad ini pembekal ` tongkat ali ` untuk Najib kot….sebarang kebarangkalian boleh berlaku.

Perlantikan ini menggambarkan inilah watak sebenar DS Najib dalam hal memerangi rasuah…..rasuah di MULUT tapi TANGAN dikotori rasuah…..kalau rupa itu senang aje nak basmi pembuangan bayi lantik dikalangan ` ibu ayam ` atau ` bapa ayam ` sebagai
Lebih berserabut teman terbaca blog kawan teman sisibukit.blogspot.com mengenai penjualan Hotel Casuarina di Ipoh itu…..macam – macam hal umNO ini…..lepas satu – satu menabur baja duit.
Dulunya Hotel Casuarina ,kepunyaan kerajaan negeri Perak.Menurut DS Nizar Hotel Casuarina dijual Zambry Kadir hanya RM 40 juta kepada kroni mereka.
Sementara itu menurut DS Nizar lagi ,sewaktu Pakatan Rakyat memerintah , Hotel Casuarina (kini Impiana Hotel) ini cuba dibeli, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat tidak mahu menjualnya.

Sebaik sahaja DS Zambry MB mahkamah mendapat kerajaan secara Kudeta, Zambry menjual hotel tersebut dengan murah, hanya RM40 juta.
Inilah dikatakan pendapatan luar biasa bagi Kerajaan Bn , menjual khazanah dan harta negeri.
Maka tak hairanlah jugalah kenapa kawasan peranginan Teluk Rubiah dari zon pelancungan bertukar status kepada zon industry dan dijualkan kepada saudagar Brazil untuk dijadikan kilang besi…..tahniah umNO kami menyanjung kamu.....rakyat di dahulukan, pencapaian rasuah diutamakan.

Perak Care dilancar secara rasminya

Oleh : safarizal saleh

25 Disember 2010 (TAIPING) - Usaha bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan bertemakan kebajikan, badan amal 'Perak Care' ditubuhkan baru-baru ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Haji Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras yang penuh meriah. Turut di lancarkan adalah laman web rasmi Perak Care bagi memudahkan mereka-meraka yang prihatin menyalurkan sumbangan.

Salman yang juga Pengerusi Perak Care berharap badan amal seumpama ini dapat membantu mana-mana pihak yang amat memerlukan tidak mengira sesiapa pun. Beliau juga berharap pihak-pihak yang ingin menyumbang agar dapat terus menyalurkannya dalam bentuk kewangan.

"Perak Care adalah medan yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi menyalurkan bantuan, semua pihak boleh melayari laman web kami bagi melihat lebih dekat apa yang kami lakukan" Salman menyatakan semasa majlis pelancaran tersebut.

Haji Azmi di dalam ucapannya berharap Perak Care sebagai satu pentas bagi golongan muda bagi menabur bakti kepada masyarakat. Biar orang muda sebagai contoh atau tauladan yang baik kepada masyarakat kata Haji Azmi.



Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi menyampaikan ucapan permulaan


Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin


Wakil Pemuda PAS Batu Gajah yang diketuai oleh Sdr Rosdy


Pemuda Batu Gajah




Pihak ILHAM menunjukkan keputusan kaji selidik





Cikgu Azmi memberikan ceramah seterusnya merasmikan NGO Perak Care




Ustaz Abdullah Adam menyampaikan modus operandi


Ustaz Zawawi menyampaikan cenderamata kepada perasmi yakni Presiden TERAS, Cikgu Azmi

Ijtimak PAS Kawasan Batu Gajah

PAS Kawasan Batu Gajah tlah mengadakan Ijtimak kawasan pada hari Rabu lepas. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar. Pelbagai ilmu tlah disampaikan oleh Ustaz.

Semoga PAS Kawasan Batu Gajah akan lebih mantap dan bekerja dalam jemaah.


Haji Ismail bersama Ustaz Abu Bakar




Amaran daripada si Rais

Ini adalah AMARAN dari Rais Yatim, sila baca..

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata beliau kecewa melihat artis wanita yang berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010 yang lalu.. dan mengarahkan TV3 supaya menilai semula agar ianya tidak berulang pada anugerah akan datang

He..he..he.. dia warning artis yang pakai seksi la.. berjaga-jagalah wahai artis sekelian..

Rais tegur artis berpakaian seksi
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.


"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.

Isnin, 27 Disember 2010

UMNO tinggal nyawa-nyawa ikan

oleh Khalil Samad



Model Baru Politik(MBP) yang diperkenalkan DS Najib adalah untuk meneruskan jangka hayat umNO….lantas kita tertarik kata-kata DS Nizar umNO ibarat mereka nazak yang tiada harapan untuk sembuh .

UmNO ibarat orang yang sedang sakit teruk dan nazak…. menurut doktor tidak ada harapan untuk sembuh dan tinggal dua tiga bulan untuk hidup….dan dinasihatkan oleh doktor tadi supaya mengembirakan hati pesakit ini supaya ia dapat pergi dengan tenang menghadap tuhanNya.

Dalam entri yang lalu, teman menulis bahawa umNO dan Bn berada didalam situasi seperti ` die hard ` yang bermaksud seperti seekor kerbau yang baru disembelih meronta – ronta untuk melepaskan dirinya untuk bangkit dan terus hidup.

Demi untuk hidup kerbau ini cuba bangkit dan jatuh dan jika dapat bangkit pun kerbau ini terus melanggar apa sahaja termasuk pokok, hutan, reban ayam, lubang apa sahaja yang ada dihadapannya tapi terus terkulai akhirnya mati.

UmnNO juga diumpamakan seperti seorang yang terlentang sakit yang hampir sampai ajal,jadi doktor mencadangkan makan apa sahaja yang sehingga tempoh di panggil Tuhan….lalu mereka makan apa sahaja sehingga kalah PRU 13 nanti.

Jadi untuk terus hidup maka umNO akan mengagihkan kekayaan negara dan negeri kepada kroni .Mereka bidak harta khazanah negeri sesama sendiri ….termasuk kepada keluarga sendiri sepertimana berlaku di Negeri Perak sekarang ini.

Bahkata DS Nizar bahawa umNO tahu mereka hendak kalah dan tidak menjadi kerajaan . Justeru itu kekayaan negeri dan negara perlu diratah sampai habis. Mereka faraid sesama anggota umNO dan Bn.

Maka sudah sampai masanya PAS dan Pakatan Rakyat menggantikan tempat yang diduduki umNO selama ini.

"Isunya PAS mesti mengantikan umNO kerana berapa sebab. Antaranya umNO telah diberi ruang masa yang cukup luas, lebih 50 tahun tetapi mereka masih lagi tidak menunjukkan satu komitmen untuk memastikan rakyat Malaysia bersatu padu.

"Kita tengok atas kepentingan politik mereka tergamak memainkan isu perkauman sehingga menyebabkan hubungan antara kaum yang dibina 50 tahun ini semakin hari semakin meruncing dan ia sengaja diwujudkan oleh umNO semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka.

Teman teringat juga kata – kata bekas Presiden PAS, Ustaz Yusuf Rawa, 30 tahun lalu pernah menyebut, "hangpa (kamu semua) tengoklah satu hari nanti umNO akan merangkak dekati PAS"….yang menerangkan perkataan 'merangkak' itu bukan kerana mahu bersatu dengan PAS tetapi kerana parti tersebut sudah hlang kuasa.

0 comments:

Post a Comment

Pages 541234 »
Sila klik pada tajuk untuk baca lagi....

Monday, December 27, 2010

UMNO NYAWA - NYAWA IKAN



Model Baru Politik(MBP) yang diperkenalkan DS Najib adalah untuk meneruskan jangka hayat umNO….lantas kita tertarik kata-kata DS Nizar umNO ibarat mereka nazak yang tiada harapan untuk sembuh .

UmNO ibarat orang yang sedang sakit teruk dan nazak…. menurut doktor tidak ada harapan untuk sembuh dan tinggal dua tiga bulan untuk hidup….dan dinasihatkan oleh doktor tadi supaya mengembirakan hati pesakit ini supaya ia dapat pergi dengan tenang menghadap tuhanNya.

Dalam entri yang lalu, teman menulis bahawa umNO dan Bn berada didalam situasi seperti ` die hard ` yang bermaksud seperti seekor kerbau yang baru disembelih meronta – ronta untuk melepaskan dirinya untuk bangkit dan terus hidup.

Demi untuk hidup kerbau ini cuba bangkit dan jatuh dan jika dapat bangkit pun kerbau ini terus melanggar apa sahaja termasuk pokok, hutan, reban ayam, lubang apa sahaja yang ada dihadapannya tapi terus terkulai akhirnya mati.

UmnNO juga diumpamakan seperti seorang yang terlentang sakit yang hampir sampai ajal,jadi doktor mencadangkan makan apa sahaja yang sehingga tempoh di panggil Tuhan….lalu mereka makan apa sahaja sehingga kalah PRU 13 nanti.

Jadi untuk terus hidup maka umNO akan mengagihkan kekayaan negara dan negeri kepada kroni .Mereka bidak harta khazanah negeri sesama sendiri ….termasuk kepada keluarga sendiri sepertimana berlaku di Negeri Perak sekarang ini.

Bahkata DS Nizar bahawa umNO tahu mereka hendak kalah dan tidak menjadi kerajaan . Justeru itu kekayaan negeri dan negara perlu diratah sampai habis. Mereka faraid sesama anggota umNO dan Bn.

Maka sudah sampai masanya PAS dan Pakatan Rakyat menggantikan tempat yang diduduki umNO selama ini.

"Isunya PAS mesti mengantikan umNO kerana berapa sebab. Antaranya umNO telah diberi ruang masa yang cukup luas, lebih 50 tahun tetapi mereka masih lagi tidak menunjukkan satu komitmen untuk memastikan rakyat Malaysia bersatu padu.

"Kita tengok atas kepentingan politik mereka tergamak memainkan isu perkauman sehingga menyebabkan hubungan antara kaum yang dibina 50 tahun ini semakin hari semakin meruncing dan ia sengaja diwujudkan oleh umNO semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka.

Teman teringat juga kata – kata bekas Presiden PAS, Ustaz Yusuf Rawa, 30 tahun lalu pernah menyebut, "hangpa (kamu semua) tengoklah satu hari nanti umNO akan merangkak dekati PAS"….yang menerangkan perkataan 'merangkak' itu bukan kerana mahu bersatu dengan PAS tetapi kerana parti tersebut sudah hlang kuasa.

Ahad, 26 Disember 2010

Amaran untuk skuad Malaysia!!!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1357.snc4/162983_1502642093778_1466004126_31071375_2031608_n.jpg

SUMBANGAN PERALATAN MENULIS & BEG SEKOLAH OLEH DPPK BATU GAJAH



Dppk Batu Gajah dengan usahasama Perak CARE hari ini telah melawat beberapa buah kampong disekitar Batu Gajah didalam proram sumbangan peralatan menulis dan beg-beg sekolah kepada anak-anak keluarga yang kurang berkemampuan. Alhamdulillah seramai 15 orang adik-adik yang telah dikenalpasti telah menerima sendiri daripada Penyelia DUN Sg Rapat Ust Radzi Zainun yang ditemani oleh Naib Ketua Pemuda Pas Perak saudara Salman Saleh, YDP Pas Kawasan dan KP Dppk Batu Gajah serta beberapa AJK Pemuda dan Kawasan yang turut bersama didalam sesi ini.

Semoga sedikit sumbangan ikhlas ini akan menjadi pencetus dan pembakar semangat adik-adik untuk lebih berusaha dan berjaya didalam pelajaran mereka dimasa hadapan. Ketua Pemuda Dppk Batu Gajah saudara Ammar Rosdy, ketika ditemui menyatakan kesyukuran kerana usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan dapat dilakukan hari ini dan mudah-mudahan ianya dapat dikekalkan dimasa-masa akan datang. Matlamat kami adalah jelas, golongan yang lemah dan perlu dibantu wajar dibela dan perlu diberi perhatian. Tidak ada satu pun peralatan dan beg sekolah yang dibekalkan hari ini, diletakkan tanda atau logo parti kerana bagi kami anak-anak ini tidak harus disogok dan diracuni pemikiran mereka dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan parti kerana apabila mereka dewasa, anak-anak ini akan lebih mengetahui siapa yang jujur dan siapa yang ikhlas didalam pemberian kepada mereka dan keluarga. Kami ikhlas dalam pemberian ini, biarlah parti UMNO sahaja yang meletakkan logo UMNO Barisan Nasional serta 1 Malaysia di beg sekolah seperti yang berlaku di Malim Nawar baru-baru ini.

Saya yakin adik-adik berserta keluarga mereka akan tahu dan ingat siapa yang memberi sumbangan tersebut tanpa perlu diletakkan logo parti terbabit. UMNO dilihat semakin terdesak sehingga sanggup mencetak dan meletakkan logo parti mereka di beg sekolah yang dibekalkan kepada anak-anak sekolah di kawasan Malim Nawar. Anak-anak perlu bebas daripada cengkaman dan pengaruh parti politik. Biarlah mereka membesar dalam suasana alam persekolahan yang tidak dicampuri serta dicemari dengan apa-apa jua yang berkaitan dengan politik.


Menurut Ketua Pemuda Dppk Batu Gajah saudara Ammar Rosdy, Pemuda Pas Batu Gajah jelas dalam konsep dan tujuan sumbangan ini, anak-anak ini perlu dijaga dan dipelihara agar minda dan kecerdasan ilmu persekolahan mereka dapat dipupuk sebaik mungkin mudah-mudahan hasrat melihat anak-anak yang berilmu terhasil dan berjaya. Menurutnya, tiada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu,tiada perilaku yang menguntungkan daripada adab, tiada teman yang lebih bagus daripada akal dan tiada benda yang lebih dekat daripada maut. Jesteru, kekayaan yang paling tinggi adalah akal dan kemiskinan yang paling besar adalah menjadi dungu dan bodoh, ketika mengakhiri pertemuan pada hari tersebut.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUVxx9IFtiYEOSTqmOAW_0M0XSfV9zw_XFU-3Z5OZnpX05DceHQe0RTcDzk39vzwTR4ClCjmzrqgCZ8UcN2wKrpIXO_ecoAAJnewNA04KdH17ACrfOxv6UwOpP9cdxw8At0MbJw05M6Nlc/s200/rosdy+menulis.jpg

Ammar Rosdy
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda Pas,
Kawasan Batu Gajah Perak.

Perak Care bersama DPPK Batu Gajah membantu golongan miskin



PAS Batu Gajah dan Dewan Pemuda bersama-sama dengan NGO yang baru ditubuhkan Perak Care menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada pelajar-pelajar miskin dibeberapa kampung dalam DUN Sg Rapat bagi mengurangkan bebanan ibu bapa pelajar tersebut.
Ini adalah program pertama NGO ini selepas ditubuhkan secara Rasmi semalam.

Harapan kepada anak-anak yang menerima pemberian tersebut supaya terus belajar agar mendapat keputusan yang memuaskan. Bagi ibubapa yang mana anak-anak mereka menerima sumbangan ini, diharap sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan dalam penyedian anak-anak tuan/puan diawal persekolan ini.



pengurusi PerakCare


Haji Ismail Arifin


mengurangkan beban rakyat.

Ustaz Radzi mendengar masalah Rakyat




dari rakyat untuk rakyat






terlalu daif. Kenapalah YB Hamidah tidak mengambil inisiatif membantu




Ketua Dewan Pemuda PAS Batu Gajah, Sdr Rosdy menyampaikan bantuan.

Calon Pas Tenang: saya bukan orangnya


Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Mazlan Aliman berkata, parti itu akan memilih anak tempatan sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang akan diadakan akhir bulan depan.

Oleh itu, Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor meminta pihak supaya menghentikan spekulasi bahawa beliau akan dipilih untuk memikul cabaran itu.

“Ingin saya tegaskan bahawa keutamaan kita adalah anak tempatan dan kita tidak kekurangan anak tempatan di Labis.

“Seperti biasa kita akan terima senarai nama dari peringkat cawangan untuk diangkat kepada negeri kemudian dibawa ke pusat untuk dimuktamadkan,” katanya.

Tambah Mazlan, mengenai soal calon adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk membuat keputusan muktamad.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) berkata walaupun DUN Tenang mempunyai kawasan Felda tidak semestinya beliau akan terpilih kerana masih ramai calon anak tempatan yang berwibawa di kawasan itu.

“Saya asal Batu Pahat, saya bukan anak tempatan, kita punyai ramai anak tempatan yang berwibawa di sana (Labis).

“Tidak semestinya apabila ada Felda, saya akan terpilih. Kita ada anak tempatan yang lebih berwibawa.

“Jadi mengenai soal calon kita serah kepada pusat sahaja untuk buat keputusan. Yang lain-lain saya tidak mahu komen,” katanya.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa Mazlan akan terpilih menjadi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat yang akan menentang calon Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas. TMi

Khamis, 23 Disember 2010

Tuntutan melampau: PR Pahang lapor SPRM

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, Pakatan Rakyat Negeri Pahang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Pahang yang dikeluarkan baru-baru ini, di mana didapati terlalu banyak item-item tuntutan yang tidak munasabah kerana harga yang terlalu tinggi berbanding di pasaran.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal yang mewakili Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyerahkan laporan memohon diadakan siasatan segera itu kepada Penolong pengarah SPRM Pahang Cawangan Temerloh Abdul Malik Mohd Yusof.

Turut mengiringi ialah Penasihat Undang-undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha Penerangan PAS Pahang Hashim Abdullah, Timbalan Ketua Cabang PKR Temerloh Abdul Kadir Abdul Manap serta kira-kira 30 orang penyokong.

Roslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Pahang dalam sidang medianya selepas itu berkata, Abdul Malik telah berjanji untuk membawa laporan tersebut ke atas untuk disiasat.

“Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.

“Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Dan banyak lagi item lain,” jelasnya.

Roslan juga dalam laporannya menggesa SPRM menyiasat bagaimana kerajaan negeri membuat syarat perjanjian pinjaman yang tidak menjamin kepentingan kerajaan melalui terma perjanjian pinjaman kepada syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti Aspa dan PKNP.

“Kelemahan ini telah mendapat teguran keras Ketua Audit Negara. Bayangkan tidak ada syarat yang melindungi kepentingan kerajaan negeri sedangkan itu amanah rakyat. Bagi kami, apa yang berlaku merupakan kelemahan pengurusan mega yang boleh menjerumuskan kerajaan negeri kepada suatu keadaan yang terdedah kepada penyelewengan dan kebankrapan,” tambahnya.

Roslan juga turut membangkit bahawa betapa perlunya SPRM bertindak demi memulihara persepsi umum terhadap agensi tersebut.

Katanya, sebelum ini banyak laporan telah dibuat tetapi hasil siasatannya tidak kedengaran termasuk isu penyelewengan balak oleh bekas Menteri Besar Pahang Tun Khalil Yaakub yang telah dilaporkan oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman 10 tahun lalu.

Rabu, 22 Disember 2010

PAS bidas Najib

17 Muharam 1432H
Oleh : Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap Perdana Menteri serta Timbalannya yang mendakwa 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata janji Pakatan bukannya kosong malah sudah menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara.

"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.

"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.

"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat yakin berkemampuan melaksanakan janji 100 hari Pakatan memerintah negara kerana ianya telah dibuat melalui kajian terperinci melibatkan tenaga pakar pelbagai bidang.

Keyakinan itu juga jelasnya berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang akan dilakukan dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan BN.

Perkara tersebut tegasnya telah berjaya dibuktikan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak ketika Pakatan memerintah negeri itu.

"Di Kedah, ketelusan pengurusan kewangan negeri menyebabkan hasil balak meningkat daripada RM7 juta zaman BN kepada RM35 juta dibawah pemerintahan Pakatan.

"Di Pulau Pinang, bajet negeri berlebih sebanyak RM77 juta pada tahun 2009 dan RM88 juta pada tahun 2008 dalam keadaan negeri dibawah BN difisit teruk dalam perbelanjaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ujarnya lagi, rakyat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini hanya melibatkan perubahan polisi yang selama ini hanya menguntungkan BN sahaja dan memangsakan rakyat.

"Antaranya usaha kita untuk menghapus Felda Plantation bagi melibatkan peneroka dikalangan generasi kedua Felda memang sesuatu yang mampu dilakukan. Selagi Umno BN memerintah, ianya memang tidak boleh dilaksanakan.

"Rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan kepada Pakatan, kerana mereka tetap diberi hak untuk mengubah kerajaan dimasa akan datang, sekiranya janji Pakatan tidak ditunaikan," katanya.

Harakahdaily/-

UMNO cuak !!

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya sikap terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung isu negara Islam akan menjadi cabaran kepada Umno-BN yang asyik menyerang gabungan tiga parti itu.

Oleh yang demikian, Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang diambil Karpal itu membuktikan kerjasama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR amat sesuai dalam konteks masyarat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Terima kasih atas pendirian terbaru Tuan Karpal Singh. Ia suatu petanda apa yang PAS perjuangkan selama ini banyak membawa kebaikan untuk semua kaum.

“Sikap terbaru Karpal itu juga membuktikan politik kerjasama melalui Pakatan Rakyat amat sesuai dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Ia satu cabaran kepada Umno yang memang menolak asas-asas Islam dipakai dalam politik. Dari segi politik ia sudah mematikan serangan Umno terhadap PAS. Mungkin MCA pula boleh mempersoalkan, sejauh mana pendirian Umno dalam isu pemerintahan Islam,” kata Menteri Besar Kelantan (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Tambah Nik Aziz, parti Islam itu bersedia untuk berbincang mengenai isu negara Islam dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja.

“Memang bersedia untuk berbincang atas isu negara Islam kerana bagi PAS sentiasa mengamalkan prinsip terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja,” kata Nik Aziz.

Nik Aziz juga berkata sama ada PAS ataupun sakretariat Pakatan Rakyat boleh menguruskan sesi perbincangan yang diharapkan oleh Karpal.

“Kalau boleh perbicangan itu nanti boleh dilibatkan sama ahli akademik atau pakar-pakar perundangan bagi memahami secara spesifik isu-isu berkaitan pemerintahan dan keadilan Islam.

“Dengan kenyataan Karpal itu, ia sudah menjawab semua keraguan yang timbul sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mahu isu negara Islam yang dibawa PAS selama ini dan dilihat menjadi ‘halangan’ kepada Pakatan Rakyat terus bergerak ke depan, diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” katanya.

Dalam ucapannya, Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz , (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdul Hadi (Awang),” kata beliau.

Sementera itu, Hadi ketika dihubungi semalam pula berkata bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal untuk menyelesaikan isu negara Islam.

Tambah Nik Aziz, walaupun negara Islam tidak disebut secara spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sebenarnya ia secara rasmi sudah disebut dalam Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Walaupun dalam Perlembagaan (Persekutuan) tidak disebut secara spesifik “negara Islam” sebenarnya Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab.

“Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam.

“Saya syorkan pakailah tafsir Perlembagaan yang positif, tidak pesimis tentang Islam. Kerana agama persekutuan dalam maksud agama bagi negara, bukan sekadar rasmi malah agama perundangan.

“Maka sewajarnya dalam Perlembagaan itu dijelaskan maksud agama ialah ‘ad-din’, iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bukan kepercayaan semata-mata. Bila dimaksudkan sebagai ad-din, ia sudah meletakkan Islam sebagai akidah yang mantap tak boleh dicampur aduk,” katanya.

Oleh kerana itu, katanya, Islam sebagai sistem hidup yang harus dipakai sama dalam urusan politik pemerintahan.

Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam.

Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.

Selasa, 21 Disember 2010

Kem Remaja Intelek Siri 2 mendapat sambutan menggalakkan



Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah bersama Nisa' Kawasan Batu Gajah telah mengadakan Kem Remaja Intelek pada 17, 18 dan 19 Disember lalu. Kem ini adalah siri kedua lanjutan pada daripada tahun lalu. Oleh kerana mendapat sambutan pada tahun lalu dan permintaan ramai, kem ini diadakan sekali lagi pada tahun ini.

Program diadakan di Pusat Rekreasi Papan. Program ini disertai seramai 40 orang peserta dari sekitar Batu Gajah. Pelbagai program diadakan seperti kuliah umum daripada Ustaz- ustaz yang berwibawa, kembara jihad, debat, muhasabah diri dan sebagainya.

Alhamdulillah, program ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Rata- rata perserta sungguh gembira dan ingin menyertainyya lagi pada siri yang akan datang.


sessi pendaftaran



para fasilitator




sunnah


qiamullaill


para peserta







pelbagai aktiviti dijalankan




bapak borek anak rintik




debat Viva Palestin


Muhasabah diri


makan dalam talam..






Sdr Rosdy memberi ucapan penutup




ukhwah mahabbah