Senarai Blog Saya
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar - Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam bertempat d...8 tahun yang lalu
JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....
Isnin, 27 Jun 2011
Hamidah pilih 'Bulu'
Komputer riba 1 Malaysia ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia diberikan kepada yang layak dan bukan atas kepentingan politik. Tetapi amat mendukacitakan. Adun Sungai Rapat, YB Hamidah Osman hanya memberikan komputer riba 1 Malaysia ini kepada pelajar yang berada di kawasannya iaitu DUN Sungai Rapat.
Ia bukan dipilih dengan sebab kelayakan seperti miskin ataupun cemerlang tetapi digunakan untuk kepentingan peribadinya. Ramai pelajar yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat sedangkan yang berpendapatan tinggi memperolehinya. Bayangkanlah, anak kepada seorang keluarga antara tekaya di Batu Gajah pun mendapat komputer riba tersebut.
Sepatutnya, komputer riba itu diberikan kepada yang layak, bukannya untuk kepentingan politik. Ini peruntukan untuk pelajar yang layak. bukan peruntukan untuk DUN kawasannya. Keprihatinan beliau amatlah dihargai, namun beliau perlulah adil dan tidak ada kepentingan lain. Kita tidak akan marah pemberian YB jika benar-benar diberikan kepada orang yang layak. Allah SWT berfirman: “Apabila kamu memutuskan perkara di antara manusia, maka hendaklah engkau memutuskannya dengan adil...” (Surah al-Nisa'/4: 58). wallahualam..
Ahad, 26 Jun 2011
Setiausaha dan Puteri UMNO yang berkhalwat digugurkan
Gambar: Yusmawati kelihatan sedang meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Jitra, di Kedah, pada 22 Jun lalu di atas dakwaan berkhalwat, manakala Mohd Jasmi (gambar sisipan) turut didakwa dengan pertuduhan sama. -- Foto THE STAR
Pengerusi Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, surat berkaitan pengguguran jawatan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 24 Jun lalu.
“Kes ini merupakan kes yang pertama di Kedah dan saya yakin mereka telah pun menerima surat pengguguran jawatan itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Isnin lalu, Yusmawati dan Jasmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu.
Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.
Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.
Menurut Ahmad Bashah, ekoran perkembangan itu, Naib Ketua Puteri Umno Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi dilantik memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan peringkat parti diadakan kelak.
Kata beliau, pelantikan berkenaan selaras dengan Fasal 12.8 Peraturan Pergerakan Puteri Umno.
Tambah beliau, bagi jawatan pengganti Jasmi pula akan diputuskan oleh Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif.
Sabtu, 25 Jun 2011
300 peguam sertai himpunan Bersih 2.0
SHAH ALAM, 25 Jun: Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.
Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.
Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.
“Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen,” tegasnya.
Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.
Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.
Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini.
Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7.
Turut serta adalah Setiausaha PAS Selangor, Peguam Mohd Khairuddin Othman, Timbalan YDP PAS Shah Alam, Haji Azli Yusof, Ketua Pemuda kawasan, Mohd Hilmi Radzuan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Shah Alam, Jefri Zain.
Menurut Musafri, ketika beliau keluar sebaik selesai mesyuarat persiapan menganjurkan sukaneka di cawangan mereka, empat anggota polis berpakaian awam menahannya.
Mengikut Musafri Azmi, 27, beliau mengakui tidak biasa dengan tindakan polis cawangan khas (SB), terus menahan sebaik mengenal pasti terdapat lapan unit baju Bersih di tangannya.
Bendahari Pemuda Padang Jawa Petaling sambil berseloroh berkata kepada pihak polis ketika disoal siasat, tidak berbaloi beliau ditahan dari 11.30 malam hingga 210 pagi hanya kerana hendak menjual lapan helai baju yang hanya untung RM3.
Seriusnya, beliau sempat berhujah dengan anggota polis tentang sahnya Himpunan Bersih kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Lalu, jelasnya, mereka meminta beliau menghuraikan pula apa definisi demokkrasi dan menyatakan apa itu Bersih serta tuntutan lapan perkara.
Lebih dari itu, ujarnya, soalan pihak polis lebih terarah kepada siapa pengedar baju dan penggerak Bersih.
Sementara itu, Peguam Khairuddin mendesak pihak polis agar bertindak mengikut undang-undang sedia ada kerana jika betul tindakan mereka, baharu rakyat dapat menerimanya dengan baik.
“Malang bila kita minta di bawah undang-undang mana pemuda kita ditahan, mereka tidak dapat menjelaskannya dengan baik dan terperinci.
“Kerana itu, saya juga menyeru rakyat agar hadir beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 9 Julai kerana pihak polis tidak mempunyai hak untuk menahan sesiapa pun kerana himpunan kita aman,” tegasnya.
Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan polis tidak boleh membuat penghakiman awal berhubung himpunan itu dan jika dilakukan juga, jelas mereka menentang undang-undang.
Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan negara .
Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.
"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang UIAM itu.
Sebelum itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah di Uptown Shah Alam ketika menanti makanan sampai, minta kad pengenalan, digari dan dibawa ke IPD sama.
Beliau menyerahkan kepada Peguam Latheefa Koya yang turut hadir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menahan beliau kerana memakai baju Bersih tanpa sebarang alasan kukuh.
Pihak polis mengawal jalan masuk ke Uptown sejak jam 7 malam hingga jam 4 pagi kerana ada iklan di facebook menyatakan satu majlis Pra Bersih akan dilancarkan di situ.
Kawasan pentas yang selalunya diadakan program karaoke dan juga ceramah agama sebulan sekali itu ditalimerahkan oleh pihak keselamatan. IBH
Jumaat, 24 Jun 2011
GAMBAR sekitar demonstrasi Boikot Utusan di Masjid Negeri Ipoh
Lebih 200 orang berhimpun di perkarangan Masjid Negeri Ipoh selepas solat Jumaat mendesak Utusan memohon maaf atas karikatur yang disiarkan dalam Utusan yang menghina Islam. Demonstrasi itu dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak. Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar, Ketua Penerangan Dewan Ulama' Ustaz Norazli Musa dan beberapa badan bukan kerajaan seperti ABIM sera Dewan Himpunan Penyokong PAS..
Demonstrasi itu diganggu oleh pihak Polis. Namun berjalan dengan lancar. Sebelum bersurai, Pesuruhjaya PAS Perak bersama-sama yang lain membakar akhbar Utusan Malaysia tanda kekesalan terhadap Utusan yang menghina Islam.
Khamis, 23 Jun 2011
Demo seluruh negara bantah Utusan esok
"KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.
Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.
"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.
"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.
Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.
Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.”
"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya. -HrkhRabu, 22 Jun 2011
Selasa, 21 Jun 2011
Perkosa dan Beruk Jalanan Pemuda Umngok bertelagah
KUALA LUMPUR, 21 Jun – Sayap pemuda Perkasa mengecam saranan Khairy Jamaluddin agar presiden pertubuhan membela hak Melayu Datuk Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman Ahad lalu.
Sebaliknya tegas Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, tindakan sama sepatutnya dikenakan terhadap Khairy, Ketua Pemuda Umno kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.
Selain itu, tambah Irwan Fahmi, beliau bersetuju dengan pandangan Ibrahim yang mengatakan “apa sahaja boleh berlaku” pada 9 Julai kerana penganjur himpunan Bersih 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak boleh menjamin keamanan pada hari itu.
Selain Bersih, turut mengadakan perhimpunan Perkasa dan juga Pemuda Umno.
“Jika Khairy menyarankan agar presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya beliau juga perlu disiasat di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan Bersih 2.0.
“Khairy bukan hakim atau ketua polis negara yang perlu mengajar polis dan pihak berkuasa kerana mereka tahu kerja mereka. Sama ada presiden Perkasa perlu disiasat oleh polis kerana dikatakan menghasut terserah kepada polis.
“Kenyataan presiden Perkasa ‘pada 9 Julai apa boleh berlaku’ itu juga ada kebenarannya kerana himpunan Bersih 2.0 juga tidak boleh menjamin tiada huru-hara yang berlaku,” kata Irwan Fahmi dalam satu kenyataan.
Beliau juga menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas pada majlis pelancaran perhimpunan anti-Bersih pada Ahad lalu telah diputarbelitkan wartawan The Malaysian Insider.
“Kenyataan presiden Perkasa telah diputar belit dengan memberi makna berlainan dari apa yang dimaksudkan, wartawan Cina mana nak faham Melayu,” katanya.
Pada pelancaran itu, Ibrahim melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”
Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.
Semalam Khairy berkata kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu.
Justeru beliau menggesa agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.
“Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan,” kata Khairy.
Justeru tegas Irwan Fahmi, beliau mahu melihat berapa ramai ahli Pemuda Umno yang mampu dikumpulkan Khairy pada 9 Julai nanti.
“Khairy sepatutnya menjadi hero Melayu kerana Umno mempertahankan Melayu, parti yang memperjuangkan Melayu... sepatutnya isu Melayu Khairy perlu tampil ke hadapan, ini baru hero Melayu yang mempertahankan Melayu.
“Pemuda MCA pun tak hormat pada Khairy yang merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), sebab itu Pemuda MCA menolak untuk turut serta pada 9 Julai. Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda BN, Khairy perlu menunjukkan ketegasan dan pendirian kerana beliau menang pilihan raya atas tiket Umno-BN,” katanya.
Tambah Irwan Fahmi, beliau menasihatkan Khary agar kembali ke landasan asal dan bukan mengambil kesempatan dalam isu-isu yang dibangkitkan.
“Wira Perkasa menyarankan supaya Khairy kembali ke landasan asal dan bukan mengambil kesempatan terhadap isu-isu semasa, saya dan kempimpinan Wira Perkasa berdiri teguh di belakang presiden Perkasa dan akan mempertahankan presiden walaupun apa yang berlaku kerana asas perjuangan adalah perjuangan orang Melayu.
“Mungkin Khairy terlupa asas perjuangan partinya,” katanya.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih.
Isnin, 20 Jun 2011
Ibrahim Ali Katak vs Khairy Beruk Jalanan
Khairy: Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu
Kenyataan bersifat ‘rasis’ dibuat Datuk Ibrahim Ali khususnya terhadap kaum Cina ketika satu majlis anti-Bersih 2.0 semalam tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini.
“Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu.
“Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini,” kata Khairy kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.
“Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Ibrahim dan Perkasa yang diwakilinya semalam.
“Dengan keengganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, Umno bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu.
“Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”
Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.
“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. -TMI
Tiada Alasan Untuk Tidak Siasat Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR 20 JUN: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengarahkan pihak berkuasa menyiasat kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan 1948 bersabit ugutan kepada kaum Cina menjelang perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai nanti.
"Tidak ada lagi perkara yang lebih jelas untuk menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan," kata Khairy kepada media di lobi parlimen hari ini.
Ibrahim dalam ucapannya di Kampung Baru semalam bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan.
Beliau turut memberi amaran kepada kepada masyarakat Cina supaya tidak keluar rumah atas alasan "apa sahaja boleh berlaku" pada hari tersebut.
Khairy kemudian menyifatkan kenyataan tersebut sebagai menakut-nakutkan warga Cina.
Justeru beliau mengajak rakyat untuk mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Ibrahim itu dan tindakan tegas harus dikenakan ke atas ahli parlimen itu.
"Saya menegaskan kepada masyarakat Cina bahawa pandangan ahli parlimen ini tidak mewakili suara Melayu majoriti. Kita masyarakat Melayu menghormati semua kaum," ujar beliau lagi.
Khairy berkata beliau akan tetap mengetuai perhimpunan Pemuda Umno pada 9 Julai nanti untuk menyatakan sokongan kepada SUruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun memberi jaminan tidak akan bertembung dengan penyokong Bersih.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum itu melebel Ibrahim sebagai pengecut dengan bertindak mengugut kaum Cina.
Sehubungan itu Nurul Izzah berkata masyarakat tidak perlu takut dengan ugutan tersebut. -tvsnews
Ahad, 19 Jun 2011
Kak Midah Sungai Rapat terkencing dalam seluar?
Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja.Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.
Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.
Setiausaha Negeri DAP Nga Kor Ming hari ini berkata, mengikut pengumuman EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman (gambar atas) pada 9 Jun 2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion.
Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.
Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai.
Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan.
Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain (sleeping company) yang hanya berdaftar mulai 28 Februari 2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung.
Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal berbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat "Domain",malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah
sebarang keuntungan setakat ini.
Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan. - Ddaily
Note: Kah kah kah kah.. Bila aku tengok jer berita ni aku terus search syarikat ni kat google.. aku nak tengok betul ke syarikat ni wujud.. nak melabur sampai RM5.8 billion bukan sedikit tu.. takkan la website pun tak ada jugak kan.. jawapannya image kat bawah ni...
klik pada imej di atas untuk besarkan
Note: Syarikat belacan ni memang tak ada website sendiri.. kah kah kah kah.. Woiii nak melabur sampai RM5.8 billion, website pun tak ada ke? kah kah kah kah.. macam musibat!!!!!!! kah kah kah kah.. syarikat belacan ni ada daftar kat itrademarket.com.. disitu ada tertera syarikat ini didaftarkan pada 4 may 2010. itu tarikh daftar dan itu jugalah tarikh terakhir syarikat ni di update.. kah kah kah kah.. lagi satu untuk contact syarikat ni hanya ada sorang jer.. Mr. TANG HOCK LENG.. Dia la Director dia juga CEO juga merangkap General Manager.. dan dia jugak pekerja am, kerani, cleanner, penghantar surat juga merangkap pakcik jaga.. kah kah kah kah.. patutlah profile syarikat tak update.. sibuk rupanya.. maklumlah buat kerja sorang-sorang... kah kah kah kah.. Dan akhir sekali syarikat ini pejabatnya hanya di bangunan IKS ( Kawasan Industri Ringan Dan Sederhana) kah kah kah kah.. punya banyak nak melabur sampai 5.8 billion buat pejabat kat bangunan IKS jer.. kah kah kah kah.. lawak.. memang lawak... sebuah syarikat belacan yang sangat lawak.. kah kah kah kah..
Note: pecah lagi satu lobang.. adun hamidah DNA ni punya hal.. kah kah kah kah.. syarikat yang hanya ada modal berbayar RM 100 boleh pula dapat tender atas tanah yang bernilai RM50 juta.. kah kah kah kah.. Malaysia semakin kartun.. Hancur 1 Malaysia ditadbir oleh puak-puak bodoh ni.. kah kah kah kah... Jawab midah jangan tak jawab.. jangan terkencing dalam seluar sudah.. kah kah kah kah
Sabtu, 18 Jun 2011
Tahniah PASTI Batu Gajah
Tahniah kepada Pasukan Futsal PASTI Batu Gajah kerana berjaya melangkah ke separuh akhir dan memenangi tempat ke-4 dalam kejohanan Pertandingan Futsal dan Bola Jaring PASTI Perak yang diadakan di Tambun.
Tempat Pertama: PASTI Taiping
Tempat Kedua: PASTI Tambun
Tempat Ketiga: PASTI Kuala Kangsar
Tempat Keempat: PASTI Batu Gajah
Bersih 2.0 sambut baik pendirian Pemuda Umno
KUALA LUMPUR, 18 Jun — Pengerusi badan pemantau pilihan raya bebas Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengalu-alukan pendirian Pemuda Umno yang turut memutuskan untuk mengadakan perhimpunan berkaitan pilihan raya bebas di negara pada hari yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.
Pemuda Umno mengambil keputusan itu kelmarin, tetapi tidak akan menyertai pendekatan Bersih 2.0.
Perkasa dengan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan yang sealiran dengannya membantah Himpunan Bersih 2.0.
Ambiga menyifatkan pendirian Pemuda Umno itu menunjukkan bahawa amalan demokrasi semakin berkembang di Malaysia.
“Sesuatu melegakan apabila membaca komen (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin yang sedar bahawa hak untuk berhimpun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.
Ambiga, seorang peguam berkata, beliau menyokong pendirian Khairy meskipun kedua-dua mereka berbeza pandangan.
Bekas pengerusi Majlis Peguam itu menekankan bahawa beliau menyokong kerana Khairy juga mahukan hak berhimpun secara aman dan tanpa kekerasan, dan “hak yang sama kami amalkan.”
Semalam, Khairy yang menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menerajui Pemuda Umno sejak 2009, menegaskan pihaknya tidak bimbang dengan amaran Menteri Dalam Negeri itu bahawa mereka akan berhadapan dengan risiko jika meneruskan keputusan mahu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tanpa permit polis.
Tegas Khairy, Hishammuddin boleh mengatakan apa saja yang beliau mahukan tetapi Pemuda akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan.
Khamis, 16 Jun 2011
PAS: Langkah Pemuda Umno ‘iktiraf’ Bersih, Khairy lupa diri
KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa keputusan Pemuda Umno yang turut mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan tersirat kepada agenda utama Bersih 2.0 yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan.
Semalam, Pemuda Umno mengumumkan pihaknya juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini — hari Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan.
Bagaimanapun sayap Umno itu tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.
Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno semalam.
Dalam reaksinya hari ini, Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, tindakan sayap pemuda parti saingan mereka itu sekali gus dilihat sebagai tindakan memperlekehkan ketidakmatangan organisasi Umno dan Perkasa sendiri, yang sebelum ini beria-ria membuat laporan polis kononnya mendakwa Himpunan Bersih 2.0 sebagai ancaman kepada warga Kuala Lumpur dan kestabilan negara.
“Dengan begitu banyaknya laporan polis dibuat, akhirnya Pemuda Umno membuat keputusan yang boleh dianggap seperti menjilat ludah sendiri dan menempelak organisasi Umno-Perkasa.
“Rakyat tidak lupa bagaimana ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah mengelarkan rakyat yang menyertai Himpunan Bersih sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’,” kata beliau.
Riduan berkata kini beliau sendiri mahu turun ke jalanan atas alasan mahu memperkukuhkan demokrasi dan “mungkin dia sudah sedar siapa dirinya.”
Riduan menambah, alasan beliau itu juga membuktikan bahawa “adanya kepincangan dalam sistem demokrasi negara, adanya kecacatan yang harus diperbaiki.”
“Dan, begitu banyak masalah yang belum diselesaikan hingga Pemuda Umno pun mahu berhimpun.
“Tidak kisahlah kalau mereka hanya mahu berhimpun kalangan puak-puak mereka sahaja di PWTC dan bukannya bersama rakyat,” kata beliau sambil menambah, keputusan Pemuda Umno itu menunjukkan rakyat sudah mendapat signal bahawa ia sendiri jelas tidak berpuas hati dengan sistem demokrasi yang ada.
Sehubungan itu kata Riduan, pihaknya akan mengerah semua ahli Pemuda PAS dalam dan luar negara bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 sebagai tanda solidariti bersama rakyat.
“Dewan Pemuda PAS pusat mengajak rakyat turun beramai-ramai pada 9 Julai ini untuk menyatakan bantahan kepada sistem demokrasi yang lemah dan pincang ini.
“Hanya rakyat yang mampu membuat perubahan ini,” katanya.
Pesan kepada PDRM!!
Pihak polis juga harus bertindak cemerlang dengan menyekat sebarang anasir jahat yang ingin membuat kacau bilau di hari perhimpunan berlangsung. Contohnya ialah provokasi dari pihak PERKASA yang secara sengaja ingin mencipta pertembungan. Perkara sebeginilah yang sepatutnya pihak polis ambil serius, kerana wujud ancaman dari presiden PERKASA sendiri yang memilih tarikh yang sama dengan sengaja demi pertembungan yang mungkin meletakkan Ibrahim Ali kembali ke wad ICU. Ini kerana skala nisbah 3000 : 1 adalah sangat berat sebelah. Renung-renungkanlah wahai pihak polis akan tugas sebenar sepertimana sumpah keramat diangkat ketika menjawat jawatan pegawai polis.
Ingatlah satu perkara, sebagai penulis tidaklah saya menyalahkan terus pihak polis yang menjalankan tugas. Tetapi sampai bila arahan-arahan berdarah terhadap rakyat tidak bersalah itu harus terus dilaksanakan tanpa pertimbangan agama dan hati perut?
muslimeen united
Terima kasih media kerana tolong iklankan BERSIH 2.0
“Nampaknya program Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai ini mendapat liputan yang meluas di kaca televisyen dan dada akhbar,” katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya sekalung tahniah diberikan kepada pemilik media, kerana mengiklankan program tidak berbayar.
Katanya, program Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sudah pun berjaya walaupun belum sampai masanya, kerana ia mendapat ulasan yang meluas oleh pemimpin BN.
Ini, ujarnya adalah tanda aras kejayaan rakyat yang hendak memulih sistem demokrasi di negara ini.
Menurutnya, setakat hari ini lebih daripada 400 laporan polis yang dibuat oleh Umno, cuma berlainan nama untuk menggagalkan tuntutan rakyat.
Katanya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar selaku Timbalan Ketua Polis Negara telah memberi amaran untuk membuat tangkapan awal sebagai usaha untuk menakutkan rakyat.
“Kita harapkan supaya pihak polis jangan dipandang oleh rakyat hanya untuk menjaga keselamatan Umno, bukan keselamatan negara, bertindaklah secara profesional, bukan emosional,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan kenapa demonstrasi kepala lembu di Shah Alam tidak ada gangguan.
“Setitik air pun tidak disembur kepada mereka, sedangkan ini adalah demo yang berbentuk perkauman dan penghinaan kepada agama, ia boleh terbakar negara.
“Cuba bayangkan jika demo itu dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat, sudah pasti mereka yang terlibat disumbat di dalam ISA,” ujarnya lagi . HARAKAHDAILY
Selasa, 14 Jun 2011
BERSIH bersifat rakyat, bukan POLITIK
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) adalah satu inisiatif yang ditunjangi rakyat kebanyakan dan ia bukanlah satu gerakan yang digerakkan oleh parti politik semata-mata.Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada forum ‘Ke Arah Perubahan’ di Dewan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan, Brickfields pada 12 Jun lalu.
“Bersih 2.0 merupakan satu gabungan yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kita merasakan sudah sampai masanya suara kita didengari. Bersih 2.0 adalah satu inisiatif yang digerakkan rakyat. Ia bukan digerakkan parti plitik (semata-mata),” kata Ambiga yang menyampaikan ucapannya dalam tiga bahasa iaitu Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Bersih 2.0 akan berhimpun pada 9 Julai ini untuk menuntut enam perubahan dalam sistem pilihan raya yang dijalankan sekarang. Tuntutan mereka itu meliputi penggunaan dakwat kekal, pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, tempoh minimum kempen selama 21 hari, akses kepada media yang bebas dan adil, pengukuhan institusi awam, menghentikan rasuah sewaktu pilihan raya dan juga menghentikan amalan politik kotor sewaktu berkempen.
Satu majlis pelancaran perhimpunan besar-besaran juga akan diadakan pada 19 Jun ini, kata Ambiga.
Dalam ucapan yang sama, Ambiga memberitahu jemputan untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 sudah pun dipanjangkan kepada parti-parti politik baik daripada pembangkang mahupun daripada kerajaan.
“19 Jun ini kita ada pelancaran untuk perhimpunan pada 9 Julai ini. Untuk acara ini kita telah jemput wakil daripada parti-parti politik samada mereka menyokong atau pun menentang perhimpunan ini.
“Kita sudah jemput semua orang termasuklah komponen Barisan Nasional. Kita beritahu pemimpin-pemimpin parti politik yang mereka perlu berhimpun bersama-sama rakyat (menuntut perubahan pilihan raya),” kata Ambiga.
Ambiga dalam ucapannya yang sama juga sempat mengingatkan hadirin bahawa rakyat adalah penentu sebenar siapa yang mentadbir Putrajaya dan mereka perlu menggunakan kuasa itu sebaiknya.
“Putrajaya bukan milik sesiapa melainkan rakyat. Kita yang akan tentukan siapa ke sana,” kata Ambiga.
Isnin, 13 Jun 2011
Skuad Kebajikan PAS Batu Gajah turun padang bertemu rakyat
Pelbagai rintihan rakyat diterima. Kehadiran kami diberi respon yang positif daripada masyarakat. Bantuan keperluan harian diberikan kepada golongan miskin dan memerlukan. Program kebajikan ini sentiasa berjalan dan terus berjalan.
Harus baca dan Fahami!!
Telah lebih seminggu berakhirnya muktamar PAS yang berlangsung di Taman Melewar. Seminggu lebih jugalah media2 berat sebelah UMNO memainkan pelbagai isu yang berkait dengan keputusan muktamar yang lalu. Geram dan meluat dengan isu2 yang dimanipulasikan dan dikelirukan membuatkan aku ingin berkongsi sedikit apa yang aku dapati dan fahami dari muktamar yang lalu.
Sebelum kita terus kepada isu2 yang di bangkitkan mari kita lihat perbezaan suasana muktamar PAS dengan Mesyuarat Agung UMNO. Kita tengok tempat pun cukup lah. Dengan tengok tempat berlangsungnya muktamar pun kita sudah dapat tahu perbelanjaan wang untuk menjayakan muktamar tersebut. Selidik pula UMNO di mana tempatnya. Kalau nak dibandingkan perbelanjaan dari sudut persediaan tempat ternyata PAS tewas di situ. Tapi persoalannya dari mana datangnya dana tersebut? UMNO.. Sudah pasti mereka menggunakan wang kerajaan yang mereka anggap duit kerajaan adalah duit UMNO sendiri. PAS.. hanya mampu menggunakan duit parti yang juga tempat simpanannya adalah didalam kocek ahli sendiri. Ini baru kita tengok tempat berlangsungnya program. Belum kita tengok tempat perwakilan menginap. Umno.. Perwakilan di sediakan hotel yang selesa. PAS.. Pandai2 la perwakilan sendiri. Kalau takde duit. Kat dalam kereta pun jadi la.
Mari kita tengok isu2 yang dimainkan selepas muktamar berakhir. Pertamanya persoalan perubahan pucuk pimpinan. Kalau kita tengok sebelum muktamar berlangsung media2 UMNO sibuk mencanang bahawa gandingan ulama’ antara Tn Guru Hj Hadi dan Ustaz Nasa adalah satu gandingan yang sangat mantap. Apa tanda di situ? Mereka sangat takut andai Mat Sabu pemidato yang vokal dalam isu2 negara dari memenangi jawatan Timbalan Presiden. Akhirnya apa yang ditakuti UMNO menjadi kenyataan apabila keputusan pemilihan muktamirin memihak kepada pimpinan yang diistilahkan pimpinan perang di angkat menjadi pimpinan. Bila berlaku perkara ini mereka mula mencanang tentang isu kepimpinan ulama’ disisihkan pula.
Kita kena faham bahawa hiraki kepimpinan PAS tidak sama dengan UMNO. Kalau dalam UMNO ulama’ di letak di bawah biro agama semata2. Tapi jauh berbeza di dalam PAS. Ulama’ telah di letakkan khas di tempat tersendiri. Setiap keputusan yang ingin diputuskan akan di syurakan di majlis syura yang sememangnya terdiri dari ulama’. Penegerusi Majlis Syura ataupun dikenali Mursyidul Am PAS selaku penasihat tertinggi pula adalah merupakan seorang ulama’ haraki yang di segani kawan mahupun lawan iaitu Tn Guru Nik Aziz Nik Mat. So kat sini kita boleh lihat ulama’ tetap diletakkan di hiraki tertinggi dalam pembuat keputusan2 akhir yang melibatkan pergerakan parti.
Timbul pula isu golongan professional. Ini pun aku tak faham. Dulu ketika PAS di dokongi kebanyakan dari golongan ulama’ UMNO mengatakan Gerakan Islam berbentuk parti ini adalah JUMUD kerana hanya didokongi oleh golongan berkopiah. Namun kini, Setelah fikrah PAS berkembang dari sekolah pondok ke bilik bedah, ke bengkel kereta, ke makmal sains, ke meja akauntan, ke cerun batuan, ke meja jurutera dan ke setiap ceruk minda professional masyarakat maka mereka kecoh pula tentang ulama’ di sisihkan. Memprofessionalkan ulama’ dan mengulama’kan professional. Usaha yang sangat menarik yang berjaya dilaksanakan oleh PAS. Jika dahulu Ulama’ hanya pandai mengajar kitab kuning di pondok2. Tapi kini telah berubah. Begitu banyak ulama’ yang begitu hebat dari sudut organisasi dan skill interpersonal. Golongan professional pula kini sudah mampu untuk ke hadapan memberi ceramah memetik ayat2 quran dan hadith di dalam ceramah mereka.
Seterusnya isu merubah dasar parti. Sebelum cakap banyak aku cadangkan UMNO pergi baca dulu dasar PAS dan bandingkan dengan dasar diorang. Di mana islam itu diletakkan dalam kedua dasar parti tersebut? Dari negara islam ke negara kebajikan. Isu dasar yang dimainkan oleh media UMNO. Sebelum tu kita perlu memahami tentang negara islam terlebih dahulu. Kalau diikutkan sememangnya istilah negara islam dalam islam sememangnya tidak wujud. Yang ada adalah wilayah islam ataupun Darul Islam. Dalam usaha menghalau penjajah lah yang memangkinkan munculnya istilah negara islam yang ditambah lagi dengan tercetusnya Revolusi Iran.
Jenama dan pengisian. Istilah seterusnya yang perlu kita beri perhatian. Antara kedua jenama dan pengisian ini mana yang lebih penting? Kita melihat negara kita telahpun dijenamakan sebagai negara islam namun di mana letaknya pengsianya dari segala aspek? Dalam membentuk sesuatu ada 2 method yang kita boleh pilih. Kita analogikan dengan perbuatan ingin menunjukkan air milo kepada kawan kita. Pilihan pertama kita mengambil mug milo percuma dan mengatakan ini adalah air milo.(walaupun di dalamnya mungkin hanya air bio aura je.) Pilihan kedua adalah kita buat dahulu air milo itu di dalam mug nescafe. Kita tunjukkan kepada kawan kita. Ini adalah airi milo. Bila sampai satu masa yang sesuai kita tuangkan ke dalam mug milo yang tersedia. Hakikatnya ianya masih terisi dengan air milo bukan?
Pandangan aku yang kerdil di gelanggang siasah ini merasakan pilihan kedua ini yang cuba dilakukan oleh pimpinan PAS. Substance nya masih sama cuma jenamanya berubah atas dasar kedinamikan jemaah itu sendiri. Prinsipnya masih sama cuma perlaksanaannya sedikit diharmonikan dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain. Memetik kata2 Ustaz Asri di webnya.
“Politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana. Namun, prinsipnya kekal. Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam”
Begitu juga kata2 Tn Guru Hj Hadi..
“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.
Inlah yang terjadi di Malaysia. Meletakkan jenama Negara Islam sebagai satu jenama sempena rakyatnya yang majoritinya adalah umat islam. Namun kita selidiki di mana perlaksanaannya di medan masyarakat? Islam itu hanya diletakkan sebagai nama semata2.
Negara kebajikan adalah satu istilah yang menjadi titik temu antara PAS PKR dan DAP. Dalam memacu perubahan di Malaysia titik temu seperti ini amat penting. Namun harus diingat prinsip dan dasar utama masih kekal. Semoga suatu masa nanti air milo di dalam mug nescafe ini mampu di tuang ke dalam mug milo.
Cukup sekadar ini sedikit ulasan aku di atas isu2 yang berlegar di media berat sebelah BN kini. Mereka memanipulasi kenyataan dan cuba mengelirukan masyarakat bahawa PAS telah mengubah prinsipnya. Perlu jelas disini bahawa prinsipnya masih kekal hanya penjenamaan yang berubah seperti yang telah aku nyatakan di atas. Semoga sedikit ulasan ini mampu memperjelas fikrah korang dan terutamanya juga kepada aku yang bersama dengan Jemaah Islam PAS ini.
Wallahualam..
Jumaat, 10 Jun 2011
Video Seks Mat Sabu la pulak.. alahai Umno
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.
Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.
“Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen,” katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.
Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: “Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama.”
Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.
Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad – yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru – dengan judul ‘Skandal Seks Mat Sabu’.
Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.
‘Bagi saya tanya dulu’
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.
“Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu,” katanya ringkas.
Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, “tindakan melampau” itu membuktikan bahawa “budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang”.
Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.
“Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini,” katanya.
Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu.
Menurut Zuraida, “penyebaran melampau” VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.
“Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini,” katanya.
Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti.
Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.