Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 30 September 2009

Mahathir paling kecewa BN calonkan Isa

demokrasi93.blogspot.com

PORT DICKSON – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah ahli UMNO yang p aling sedih dan kecewa apabila Barisan Nasional (BN) tetap mencalonkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, sebagai pemimpin UMNO yang berpengalaman hampir 20 tahun, Dr Mahathir sudah pasti kecewa apabila mengetahui pemimpin yang disabitkan kesalahan politik wang dicalonkan mewakili BN.

“Walaupun Tun (Dr Mahathir) pernah menyarankan secara terbuka supaya BN tidak mencalonkan seseorang yang mempunyai kesalahan politik wang, namun ia tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan BN yang bertindak mencalonkan Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.

“Ahli UMNO yang paling kecewa ialah Tun kerana segala nasihat dan pandangan beliau tidak diendahkan pimpinan Pusat kerana Tun beranggapan mencalonkan seorang pemimpin yang pernah disabitkan kesalahan politik wang turut memberi kesan negatif kepada parti,” katanya selepas pada majlis memperkenalkan calon dari Pas di Pusat Perhubungan Pakatan Rakyat (PR) di Batu 9, Jalan Pantai Telok Kemang, dekat sini, malam kelmarin.

Menurutnya, pengumuman Mohd Isa sebagai calon yang terbaik menggambarkan UMNO tidak mengotakan janji terhadap perwakilan dan masyarakat untuk memerangi gejala politik wang.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini berjanji akan memerangi gejala politik wang sekadar janji apabila UMNO melantik pemimpin yang pernah disabitkan kesalahan terbabit.

“Inikah tindakan yang sepatutnya diambil UMNO dalam usaha membuktikan janji kepada rakyat, adakah UMNO sudah ketandusan pemimpin atau tidak diberikan peluang,” katanya.

Malam kelmarin, calon PR dari Pas iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta beberapa pemimpin Pusat PR tepat jam 10.35 malam

Azmin berkata, masyarakat kini sudah bijak menilai siapa yang harus dipilih untuk menjadi wakil rakyat adakah pemimpin yang disabitkan kesalahan politik wang atau pemimpin muda yang mewakili semua kaum dan masyarakat.

“Calon PR adalah pemimpin yang bermula di peringkat bawah dan mendapat sokongan padu daripada PR negeri dan Pusat jadi laksanakan amanah yang diberikan dalam memastikan hak semua bangsa dan agama terpelihara,” katanya.

Rakyat perlu buat pilihan tepat: Presiden PAS


MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengharapkan agar para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan membuat pemilihan tepat bagi memilih wakil rakyat terbaik untuk mereka.

Menurutnya, pengundi perlu membuat penilaian dengan sebaik-baiknya bagi memastikan calon dipilih benar-benar memenuhi tuntutan rakyat, sebagaimana negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi bersih.

“Terpulang kepada BN (Barisan Nasional) nak pilih siapa (calon mereka) kerana itu hak mereka, tapi kita yakin calon kita adalah bersih dan amanah serta mampu memikul tanggungjawab untuk memimpin rakyat.

“Insya-Allah, kita telah pilih calon terbaik dari segi khidmat yang mampu diberi kepada masyarakat Bagan Pinang dan sekiranya terpilih menjadi ADUN, kita yakin beliau mampu memainkan peranan yang besar,” katanya ketika mengunjungi mangsa ribut di sekitar Kampung Pengkalan Berangan, di sini, semalam.

Menurut Abdul Hadi, calon Pas, Zulkefly Mohd Omar yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan berpendidikan adalah seorang yang amanah kerana pernah bekerja dengan Pusat Zakat Selangor selain mempunyai rekod bersih dalam mengendalikan kewangan.

“Peluang untuk kita (Pas) menang sangat baik kerana kita sudah mencapai kemajuan di kawasan itu.

“Cuma kita masih lagi mempersoalkan undi pos kerana ia masih tidak telus, terdapat pengundi yang tidak mengundi tetapi kertas mereka diundi,” katanya.

Ketika ditanya tentang kesahihan dakwaan itu, Abdul Hadi berkata, beliau mempunyai bukti dan ada pihak yang sanggup memberi kenyataan.

Terdahulu di PORT DICKSON Abdul Hadi menyifatkan kemenangan calon Pas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang akan menentukan hala tuju pemerintahan baru Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Sembilan.

Menurutnya, lapan kemenangan pilihan raya kecil terdahulu membuktikan masyarakat sememangnya inginkan perubahan dalam pemerintahan kerajaan baru yang diterajui PR.

“Pas yakin dengan calon berpengalaman dan kemenangan yang dicapai terdahulu dalam pilihan raya kecil akan membantu PR untuk memerintah Negeri Sembilan.

“Masyarakat sememangnya ingin perubahan dalam pemerintah peringkat Pusat dan Negeri, jadi laksanakan tugas diamanahkan sebaik mungkin demi kepentingan masyarakat berbilang bangsa dan kaum,” katanya.

DAP akan bantu PAS di Bagan Pinang

demokrasi93.blogspot.com

TELUK KEMANG – Semua petugas DAP akan bertumpu kepada Pusat Penyelaras DAP yang dilancarkan di Batu 9 Jalan Teluk Kemang disini kelmarin. Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Hing berkata pusat tersebut

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/DunBaganPinang5%20069.jpgakan menjadi penyelarasan semua gerakerja kempen DAP bersama Pakatan Rakyat.”Ia akan jadi pusat penyelaras bagi pilihanraya kecil bagan Pinang,

”ahli DAP seluruh negara akan bertumpu ke kawasan ini,”katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran pusat tersebut.

Menurutnya, PRK Bagan Pinang merupakan satu pilihanraya yang sengit yang memerlukan semua petugas Pakatan Rakyat bekerja keras untuk mencapai kemenangan.

Katanya, DAP Terengganu akan menurunkan 10 orang petugas yang akan membantu kempen pilihanraya tesebut selepas penamaan calon.

Menurutnya jentera DAP tlah turun padang menemui pengundi bersama-sama jentera Pakatan Rakyat dari PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

”Selepas kematian bekas wakil rakyat (BN)iviti untuk menggerakkan jentera telah dilakukakan termasuk aktiviti tuun padang dilakukakn bersama PAS dan Kedailan,

”Kita berharap ia akan mendatangkan hasil yang baik untuk memenangi pilihanraya kcil DUN Bagan Pinang,”ujarnya.

Pemimpin UMNO ditangkap kerana dadah... ape cer???

demokrasi93.blogspot.com
KUALA TERENGGANU
– Sudah tiba masanya rakyat ngeri Terengganu khususnya dan satu Malaysia amnya menolak UMNO dan Barisan Nasional kerana kepimpinannya korup, rosak akhlak dan moral.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/hanafiahnew.jpgPengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Ramly@Mat berkata demikian ketika menghubungi Buletinonline semalam.

Beliau berkata demikian setelah menerima SMS (Sistem Pesanan Ringkas) dari seorang penduduk di Kemaman yang melaporkan pemimpin UMNO Bahagian Kemaman telah ditangkap kerana menagih dadah.

”Saya menerima SMS dari seorang penduduk, kemudian saya mengesahkan dengan beberapa jawatankuasa DUN Chukai,

”Memang sah, kepimpinan utama pemuda UMNO Bahagian Kemaman ditangkap kerana menagih dadah,”ujarnya.

Menurut beliau, mereka yang ditangkap adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahmad Tarmizi Johar dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Japilus Ismail.

Katanya abang Japilus yang turut ditangkap disyakki menjadi pengedar dadah tersebut dan ketiga-tiga mereka merupakan pimpinan pelapis yang telah dididik oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, yang juga adalah Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Haji Hanafiah menyifatkan Ahmad Said turut gagal melahirkan kepimpinan UMNO yang bersih kerana menurutnya Ahmad sendiri turut dikaitkan dengan masalah-masalah sosial yang berkenaan.

Oleh yang demikian, beliau menyeru semua rakyat Terengganu dan Malaysia supaya bersama-sama kepimpinan Pakatan Rakyat yang bersih dari masalah korupsi, bebas keruntuhan akhlak dan tinggi moralnya.

”Sudah masanya Terengganu dan Satu Malaysia di pimpin oleh kepimpinan yang dapat menjadi contoh dan tauladan dan melaksanakan amanah dengan penuh ikhlas,

”dan juga sudah sampai waktunya rakyat membuat perhitungan yang betul dengan menolak UMNO dan Barisan Nasional,”jelasnya.

Sehubungan itu, agensi Bernama turut melaporkan, polis telah menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.

BN tandus pemimpin berintegriti: Mahfuz

demokrasi93.blogspot.com
SHAH ALAM - Pemilihan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang membuktikan Barisan Nasional (BN) ketandusan calon yang mempunyai kredibiliti dan integriti.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemilihan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga menunjukkan BN tidak konsisten dalam usaha membanteras amalan politik wang dan rasuah.

“Tahniah kepada BN yang berjaya mengumumkan Isa sebagai calon. Bagi mereka inilah calon yang bersih, berkredibiti dan berintegriti.

“Inilah calon yang terbaik di mana pernah dihukum oleh parti kerana terlibat dalam amalan rasuah. Dalam hal ini kita bangkitkan isu integriti bukanlah soal peribadi,” katanya kepada :Sinar Harian:, di sini semalam.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Isa Samad sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober ini.

Mahfuz berkata, pemilihan Isa membuktikan UMNO ‘hanya hangat-hangat tahi ayam’ dalam usaha memilih pemimpin yang benar-benar berintegriti, begitu juga dengan mengekalkan Datuk Seri Ali Rustam sebagai Menteri Besar Melaka.

“UMNO tidak perlu mengadakan perhimpunan agung pada Oktober ini untuk membincangkan pindaan perlembagaan UMNO jika masih kekalkan calon tidak bersih sebagai pemimpin,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan Isa sebagai calon pemimpin merupakan satu penghinaan kepada pengundi di Bagan Pinang terutama ahli-ahli UMNO.

“Harap rakyat tidak membiarkan diri mereka dihina oleh UMNO dengan memilih calon pemimpin yang memalukan. Jangan biarkan diri dihina oleh UMNO dan terjebak ke kancah hina,” katanya.

Biodata Calon PAS

Nama : Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)
Nama Isteri : Saeiah bt Tarmizi
Bilangan Anak


:


6 orang (4 Lelaki 2 Perempuan)



Latar Belakang Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Sains (Master In Science – Corporat Communication), Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) UiTM


Latar Belakang Politik Dalam PAS
  • Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )
  • Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005 – 2007)
  • Mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2003 – 2005)
  • Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (2001 – 2005)
  • Mantan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 – 2005)
  • Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 – 2004)
  • Mantan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1999 - 2001)
  • Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban (1998 – 2000)


Latar Belakang Kerjaya
  • Pengarah Urusan / Konsultan Syarikat L & R Enterprise Sdn.Bhd
  • Mantan Pengurus Kanan (Perniagaan) – IS Technologies Sdn.Bhd (1999 – 2004)
  • Mantan Ketua Bahagian (Market Planning-C & B) – Telekom Malaysia
  • Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat Pusat Zakat Selangor
  • Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom
  • Mantan Biro Perkhidmatan Angkasa


Latar Belakang Organisasi NGO
  • Pengerusi No Incinerator Broga (Negeri Sembilan-Selangor)
  • Penasihat Persatuan Penduduk Tiang / Sri Petaling, Jelebu Negeri Sembilan
  • Penasihat Kelab Penyokong PAS (Mantin, Ulu Branang,Broga)
  • Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan
  • Penasihat Persatuan Penjaja Ayam (Pasar Seremban)
  • Penasihat Jawatankuasa Bertindak Getco, Jeleb

Selasa, 29 September 2009

BEBERAPA KENYATAAN MENGHINA ISLAM OLEH PEMIMPIN UMNO


Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:


i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:


“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”


Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.


ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.


Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:


“Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”


Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.


Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.

demokrasi93.blogspot.com
Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?


Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?


Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.


Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.


Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.


Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.


Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.


Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?


Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).

Kasut tertulis corak seakan nama Allah

demokrasi93.blogspot.com
KUALA KRAI – Seorang bapa terkejut apabila sepasang kasut yang dibeli untuk anak lelakinya sebelum hari raya lalu tertulis corak seakan nama Allah.

Mahadi Ali, 43, berkata, beberapa hari sebelum hari raya, isterinya telah ke kedai kasut berdekatan pasar untuk membeli keperluan hari raya termasuk membelikan kasut raya untuk anak kedua mereka, Mohd Fikrirullah, 10.

Menurutnya, kasut itu dibeli dengan seorang peniaga dengan harga RM18 dan ketika itu mereka tidak perasan corak yang tertulis pada kasut tersebut sehinggalah mereka pulang ke rumah.

“Pada mulanya isteri saya tidak perasan mengenai corak tersebut sehinggalah dia pulang ke rumah dan melihat dari dekat kasut tersebut.

“Kemudian barulah dia memaklumkan saya mengenai kemusykilannya terhadap corak kasut tersebut. Selepas itu saya bertanyakan kepada beberapa orang rakan dan ustaz, mereka bersetuju bahawa corak tersebut adalah nama Allah,” katanya.

Katanya, beliau amat kesal kerana pengilang yang membuat kasut tersebut tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam dan sesuka hati mencetak corak sedemikian.

Mahadi berkata, pihak berwajib perlu membuat pemantauan agar perkara berkaitan sensitiviti umat Islam ini diambil berat dan tidak diambil mudah oleh pengilang yang mencetak sesuka hati.

“Saya kesal dengan ketidakprihatinan pengilang yang melakukan percetakan tersebut yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Saya harap pihak berwajib akan mengambil tindakan agar nama Allah ini tidak diperlekehkan sesuka hati dicetak pada kasut,” katanya.

Katanya, dia akan membuat tindakan susulan dengan merujuk perkara tersebut kepada pihak pejabat agama dan pihak kepenggunaan untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka agar perkara ini tidak sewenang- wenangnya dijadikan bahan cetakan.

ADUN Galas kembali selepas rawatan di China

demokrasi93.blogspot.com
GUA MUSANG –Setelah beberapa bulan menjalani rawa:tan di sebuah hospital di China, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Chek Ha-shim Sulaima telah pun kembali ke tanah air.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Galas, Hussin Embong berkata, Chek Hashim berada dalam baik dan lebih bertenaga daripada sebelumnya dan bakal mendapatkan rawatan susulan selepas sebulan di China.

Menurutnya, beliau mengajak masyarakat untuk turut sama-sama mendoakan kesejahteraan Chek Hashim seterusnya dapat kembali melaksanakan tugasnya seperti sedia kala.

“Lebih kurang 1000 penduduk Gua Musang hadir menyambut Kepulangan Chek Hashim di Pejabat DUN Galas pagi ini (semalam).

“Kita berharap, selepas ini Chek Hashim dapat melaksanakan tugasnya seperti sedia kala dengan dibantu jentera parti daerah dan juga MTD,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Aidilfitri Pas DUN Galas bertempat di pekarangan pejabat DUN Galas, semalam.

Hussin berkata, sehingga kini beliau bersama jentera parti membantu Chek Hashim melaksanakan tugas, biar pun Chek Hashim berada di luar negara beberapa bulan untuk menjalani rawatan.

Menurutnya, sepanjang ketiadaan beliau, segala tugas yang memerlukan autoriti Chek Hashim dibantu oleh Penyelia Parli-men, Dr Zulkifli Mohamad.

“Sementara itu, perma-salahan rakyat seperti untuk memohon bantuan kecil seperti sumbangan dan seba-gainya mereka hanya perlu berjumpa dengan MTD.

“Ketiadaan Chek Ha-shim tidak bermakna rakyat permasalahan rakyat terbiar begitu sahaja, justeru mereka yang bermasalah boleh mengetengahkan permasalahan mereka,” ka-tanya.

Ibrahim ‘lawan tauke’, pakar lompat parti




KUALA TERENGGANU - Setiausaha Pas Terengganu, Yahaya Ali meminta Ibrahim Ali mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum menyuruh pemimpin tertinggi parti itu meletak jawatan dengan alasan sudah terlalu uzur untuk memimpin.

:Yahaya berkata, Ahli Parlimen Pasir Mas itu langsung tidak berhak meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan kerana beliau bukan berada dalam kalangan barisan kepimpinan tertinggi parti itu.

“Siapa dia (Ibrahim) untuk suruh Tok Guru (Nik Aziz) lepaskan jawatan, dia langsung tidak ada kena mengena dengan Pas, selain individu mengambil kesempatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.

:Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ibrahim meminta Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan dan memberi laluan orang baru menerajui parti itu dengan alasan kesihatan serta umur Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

:Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas memberi reaksi itu selepas Nik Abdul Aziz mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan bahawa beliau perlu lepaskan jawatan kerana tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti berkenaan.

:Mengulas lanjut Yahaya berkata, kenyataan Ibrahim secara jelas menggambarkan sikap ‘kacang lupakan kulit’ dan ‘melawan tauke’ selepas Pas memberi peluang bertanding atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Pasir Mas.

Sehubungan itu katanya, krisis antara Pas dan Ibrahim harus dijadikan teladan kepada parti supaya perkara sama tidak berlaku pada masa akan datang.

“Kita jadikannya sebagai sempadan, dalam politik banyak perkara boleh berlaku dan Pas mempunyai banyak pengalaman berharga apabila menjalinkan kerjasama dengan ramai pihak termasuk UMNO, kini pakatan pembangkang.

“Walau apa pun yang terjadi, kita tidak boleh berasa kecewa sebab itu dinamakan politik, selain menjadikannya sebagai pengajaran,” katanya yang turut menganggap Ibrahim sebagai pakar lompat kerana kerap kali bertukar parti.
Pas calonkan Zulkefly

PORT DICKSON – Pas malam tadi mengumumkan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar sebagai calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Pengumuman calon Pas untuk merampas kerusi DUN Bagan Pinang yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dekat pejabat DAP Teluk Kemang, di sini.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Turut serta, Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abas dan Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook yang juga Ketua Pembangkang Negeri Sembilan.

Pemilihan Zulkefly, 45, yang juga seorang ahli perniagaan berkelulusan Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali gus menamatkan desas-desus yang kuat bahawa beliau adalah calon yang akan bertanding bagi mewakili parti berkenaan pada pilihan raya kecil itu.

Beliau yang pernah bertugas sebagai Pengurus Pembangunan Bisnes Telekom memegang jawatan Pesuruhjaya negeri sejak 2007 dan pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya negeri selama dua tahun pada 2005.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lalu, Zulkefly bertanding di DUN Lenggeng dan mendapat 4,270 undi, tetapi tewas di tangan Mustafa Salim (BN) dengan majoriti 1,285.

Bilangan undi tersebut bagaimanapun dikatakan meningkat berbanding PRU-11 pada 2004 apabila pada tahun itu, Zulkefly mendapat 2,406 undi dan tewas di tangan Datuk Ishak Ismail (BN) dengan majoriti 3,942.

Isnin, 28 September 2009

Sape calon PAS di Bagan Pinang???


Dewan Harian PAS pusat akan bermesyuarat petang ini untuk memuktamad pemilihan calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober depan.'

Nama calon tersebut akan diumumkan malam ini bertempat di markas PAS Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Had Awang.

Calon BN pula akan diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini di Markas Gerakan BN di Batu 6, Bagan Pinang.

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Mesyuarat petang ini akan memuktamadkan pemilihan untuk diumumkan malam ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga ditanya sama ada mesyuarat itu akan turut membincang teguran Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak.

Menurut Dr Hatta, setahu beliau, ia tiada dalam agenda mesyuarat petang ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Ramli yang juga yang dipertua PAS kawasan tersebut, adalah antara tiga calon PAS yang disebut-sebut akan dipilih bertanding dalam pillihan raya kecil tersebut.

Dua lagi nama yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri itu, Kassim Tahir.

Manakala BN pula besar kemungkinan mencalonkan ketua Umno bahagian Teluk Kemang, Tan Seri Isa Samad.

Sehingga ini, beliau mendapat sokongan padu Umno bahagian itu untuk dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

sekitar Rumah Terbuka DS Nizar Jamaluddin














Nizar masak kuey tiaw goreng




Hari terakhir Ops Sikap 20: Korban meningkat 261 kes

SESAK... Keadaan di plaza tol Lebuh Raya Cheras menghala ke Petaling Jaya sesak setelah warga kota kembali bekerja selepas bercuti selama seminggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri minggu lalu. Tinjauan mendapati keadaan jalan raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Sungai Besi dan Jalan Duta kembali sesak kerana warganya kembali bekerja seperti biasa di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Korban jalan raya yang dicatatkan dalam Ops Sikap ke-20 yang berakhir semalam berjumlah 261 orang sejak ia dilancarkan 13 Sept lepas.

Jumlah kematian yang dicatatkan itu bertambah berbanding Ops Sikap ke-17, yang diadakan sempena perayaan Aidilfitri tahun lepas, yang melaporkan 208 kematian.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata pada hari terakhir Ops Sikap ke-20 semalam, sebanyak 23 kematian direkodkan.

Pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai korban dengan 12 kematian, diikuti lapan pengguna kereta dan tiga melibatkan pejalan kaki, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada 931 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 388 kes, diikuti jalan persekutuan (284), jalan negeri (152), lebuh raya (68) dan jalan-jalan lain (39 kes).

Dalam operasi semalam, sebanyak 9,826 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-20 diadakan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri. Ia membabitkan kira-kira 2,000 penguatkuasa termasuk polis, bomba dan ambulans. BERNAMA

Kelab penyokong harap pengundi Melayu berubah


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/Yau%20Con%20Seng%201.JPGTELUK KEMANG - Rakyat perlu membuat perubahan setelah 52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah Negara khususnya di Negeri Sembilan.

Masyarakat tionghua dan India pula telah bersedia membuat perubahan dan diharapkan para pengundi Melayu turut serta menolak Umno-BN dalam pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang, 11 Oktober ini.

Setiausaha Politik Khas kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Encik Yau Con Seng berkata 52 tahun BN memerintah gagal membela rakyat.

Katanya, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat tionghua akan membuat perubahan memilih Pakatan Rakyat.

“Kita (tionghua) sudah faham dengan perjuangan PAS melalui slogan ‘PAS For All’ dan akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

“52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional memerintah Negara dan taraf kehidupan rakyat tidak banyak berubah,” ujarnya ketika ditemui, semalam.

Beliau melahirkan rasa kebimbangan terhadap pengundi Melayu yang masih disifatkan tidak banyak berubah.

“Masa untuk kita (rakyat) berubah telah tiba dan saya harap pengundi tionghua seramai 1,500 orang semua mengundi PAS.

“Kita (tionghua) jangan beri satu undi pun kepada calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.

“Saya harap pengundi Melayu pun sedia untuk buat perubahan kerana pengundi Cina dan India sudah ‘berani’ (berubah),” jelasnya.

Menurutnya, masyarakat tionghua kini tidak takut lagi dengan ‘hudud’ kerana telah diberi penjelasan.

Katanya, undang-undang hudud hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam di Negara ini.bulletinonline.

demokrasi93.blogspot.com

Ahad, 27 September 2009

Isu cat, pembangkang tidak terlibat








IPOH – Isu simbah cat di papan iklan yang memaparkan gambar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zamb ry Abdul Kadir dan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hangat diperkatakan sama ada di peringkat masyarakat sehinggalah ke pemimpin politik.


Tidak ketinggalan pemimpin pembangkang yang rata-rata mengutuk keras tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung mencemari kemuliaan Ramadan. Memang tidak dinafikan, ramai beranggapan tindakan ini didalangi oleh pihak pembangkang tetapi yang jelas mereka bersimpati dengan keadaan sedemikian.

Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming berkata, walau apa pun orang bercakap dan membuat tohmahan kepada pakatan pembangkang kononnya tindakan berkenaan didalangi mereka, yang pasti pihaknya tidak terlibat.

Katanya, pakatan pembangkang menafikan perbuatan itu kerana ia tidak melambangkan imej profesionalisme parti yang selama ini memperjuangkan ketelusan serta integriti dalam cara pentadbiran kami.

“Kita tidak akan sesekali menggunakan taktik kotor semata-mata untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada mana-mana pihak. Pakatan pembangkang amat mementingkan toleransi serta hormat-menghormati antara satu sama lain tidak kira kawan mahupun lawan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Kor Ming yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis juga mengingatkan Dr Zambry supaya mengambil iktibar dari peristiwa berkenaan.

Menurutnya, ini adalah amaran daripada pihak tertentu, barangkali masyarakat setempat yang tidak puas hati cara peralihan kuasa antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

“Ini juga memperlihatkan bahawasanya masyarakat benci terhadap beliau kerana sanggup merampas negeri ini mengikut jalan yang salah serta juga dalam masa sama mengkhianati mandat kepercayaan masyarakat.

“Lagipun, papan iklan yang dipaparkan itu, saya yakin menggunakan wang rakyat serta dalam konteks ini sudah semestinya satu pembaziran berlaku bilamana wang rakyat digunakan untuk promosikan diri sendiri bukannya membantu rakyat,” katanya.

Bagi Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Chang Lih Kang pula berkata, bagi pihak PKR, kami juga menentang dan tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan.

Katanya, perbuatan ini dilihat sebagai satu amaran kepada Dr Zambry supaya beliau lebih sedar yang rakyat tidak suka kepadanya.

“Saya percaya dan yakin, perbuatan ini bukan didalangi oleh pihak pakatan pembangkang serta ia bukan cara cara kami (PR) untuk menunjukkan tanda protes.

“Paling penting, Dr Zambry perlu lebih rasional dan sedar diri serta mengambil langkah perlu bagi menangani masalah ini supaya ia tidak terus berlarutan kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi sebagai seorang ketua negeri,” katanya.

Menjelang PRK Bagan Pinang; Mohamad Sabu Beri Amaran Kepada Menteri Pertahanan










BAGAN PINANG – Institusi ketenteraan masih lagi dihormati kerana tugas-tugas yang dilaksanakan samada di dalam dan di luar negara, semasa aman mahupun semasa darurat.

Institusi tersebut dihormati kerana masih tidak terlibat dengan sbarang politik kepartian sebagaimana institusi lain yang telah dipergunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Namun begitu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu memberi amaran kepada Dato’ Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan mengheret angkatan tentera Malaysia ke kancah politik.

”Tetapi kita nampak sekarang institusi ketenteraan cuba diheret ke dalam politik sekarang oleh Menteri Zahid Hamidi, cukup jahat Menteri ini,

”saya beri amaran, kalau apa-apa berlaku di Malaysia, Zahid Hamidi bertanggungjawab,”katanya ketika menyampaikan ceramah penerangan pra pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang di Kampung Sirusa, disini semalam 26 September.

Menurutnya, Zahid Hamidi telah menggunakan tiga helikopter tentera ketika merasmikan mesyuarat agong UMNO Bahagian Jasin.

”Baru ni dia pergi rasmi (mesyuarat)UMNO (Bahagian) Jasin, dia (Zahid) guna tiga helikopter tentera, itu program UMNO (bukan program kerajaan atau tentera),
http://www.buletinonline.net/images/stories/banner/PRKBaganPinang2%20017.jpg
”Apakah Zahid Hamidi nak bawa tentera seperti berlaku di zaman Suharto,”soalnya.

Katanya, Suharto telah menggunakan tentera untuk mengawal dan memaksa rakyat supaya mengundi parti Golkar.

Mukaddimah kepada perbuatan ’ala’ Suharto, kata Mohamad, telah dilakukan oleh Zahid dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan Permatang Pasir yang lalu.

”Mukaddimahnya, Zahid Hamidi dah mula buat, iaitu dia turun(kan) pasukan kebajikan tentera di Manek Urai, dituruti kemudiannya di Permatang Pasir,”tegasnya.

Beliau (Mohamad Sabu) mempersoalkan, mengapa Zahid mengarahkan tentera untuk membuat kerja-kerja kebajikan dalam masa pilihanraya.

”kalau nak turun pasukan, nak bina rumah, nak gali parit, nak gali jambatan, kenapa tidak di (buat) masa luar pilihanraya?,

”(sebagai contoh) masa sekarang, pilihanraya tidak ada di Jelebu, pergilah buat sana, di Gerik ramai orang miskin, rumah tak siap, (sepatutnya) kebajikan angkatan tentera Zahid bawa ke sana!,”katanya.

Katanya, Zahid cuba untuk mencampuradukkan tentera dalam arena pertarungan politik memberi ingatan kepada sesiapa sahaja perisik tentera

Sekaligus, beliau turut membuat gesaan tersebuka supaya prisik tentera yang hadir dalam Majlis ceramahnya, memberitahu para Jeneral, tindakan Zahid itu tidak mengutungkan negara.

”Perisik tentera yang hadir pada malam ini (beri) ingat kepada Jeneral-jeneral, apa yang dibuat oleh Zahid itu tidak menguntungkan negara (ada masa hadapan),”katanya.

Ceramah yang diadakan sempena perasmian dan pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Tak Ada Pilihanraya Tak Mandang Menteri ?

demokrasi93.blogspot.com

http://www.buletinonline.net/images/stories/banner/PRKBaganPinang3%20023.jpgBAGAN PINANG – ADUN Lukut, Negeri Sembilan, Ean Yong Tin Sin berkata jentera Pakatan Rakyat sudah mula begerak tanpa menunggu hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, partinya akan menyokong sepenuhnya siapa sahaja calon Pakatan Rakyat yang akan dinamakan oleh PAS.

”Kita sudah bersama-sama berjalan dan melawat kepada banyak kampung termasuk ladang dan kampung baru di seluruh Bagan Pinang,

”inilah sudah menunjukkan semangat yang bgitu tinggi (dikalangan Pakatan),”katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Eidul Fitri yang dianjurkan oleh PAS Negeri Sembilan di kampung Bagan Pinang, semalam.

Menurutnya Rakyat di Bagan Pinang dan Teluk Kemang kini boleh melihat menteri-menteri kerana adanya pilihanraya kecil. sehingga kini sudah tiga orang Menteri Tionghua.

Sebaliknya, sebelum ini, tidak berlaku pilihanraya kecil, susah rakyat untuk melihar muka menteri.

”Kalau tak ada pilihanraya kecil, penduduk-penduduk Bagan Pinang susah lah nak jemput menteri-menteri,”ujarnya.

Justeru beliau menyeru semua rakyat yang susah agar meminta peruntuan dan bantuan sebanyak-banyaknya dari menteri-menteri yang datang, tetapi mengundi PakatanRakyat dalam pilihanraya yang akan diadakan pada 11 September akan datang.

Pakatan akan perjuang gaji minima RM900 untuk pekerja estet

demokrasi93.blogspot.com
TELOK KEMANG, 28 Sept: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa gaji buruh ladang di Malaysia, termasuk di beberapa estet di sini adalah tidak adil dan akan memperjuangkan gaji minima RM900 untuk mereka.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas semalam mendesak kerajaan Malaysia melaksanakan polisi gaji minima RM900 untuk rakyat, bukannya memberika duit raya bermotif politik kepada peneroka Felda semata-mata.

�Duit raya yang Najib (Perdana Menteri) umum itu gula-gula politik untuk ambil hati pengundi estet di sini. Sedangkan rakyat mahu polisi (gaji),� tegas Kamarul selepas bertemu rakyat Ladang Atherton, disini.

Tambahnya lagi, isu gaji minima tersebut telah lama dibangkitkan penduduk setempat, bersama-sama badan bukan kerajaan JERIT, tetapi kerajaan dan anak syarikatnya (GLC) iaitu Sime Darby tidak pernah ambil peduli.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar mempersoal tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri menurunkan para pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meredakan isu gaji minima itu.

Image(Gambar:Penduduk Ladang Atherton dan petugas Pakatan berjanji akan menyokong Pakatan dalam pilihan raya ini)

�Mengapa hari ini (waktu pilihanraya kecil), baru pegawai-pegawai mereka turun nak selesaikannya, sedangkan rakyat mempersoal gaji yang tidak adil ini sejak sebelum 1999 lagi,� katanya.

Beliau turut meminta kerajaan jujur menyelesaikan isu-isu kebajikan tersebut, bukannya asyik bermain wayang dengan slogan 1Malaysia sahaja.

Adun Port Dickson Bandar, M. Ravi (PKR) menegaskan bahawa gaji pekerja estet di Negeri Sembilan rata-ratanya di bawah paras kemiskinan.

�Dari tinjauan yang dibuat, rata-rata pekerja estet bergaji RM400, sedangkan kita (PR) tuntut dari Sime Darby (serta) kerajaan Umno dan BN gaji maksimum RM900 sebulan,� jelas M. Ravi.

Image(Gambar:Zulkefly, Pesuruhjaya PAS NS)

Katanya lagi, sistem bayaran upah mengikut hari mengakibatkan buruh-buruh estet pernah mendapat gaji RM80 sebulan, apabila musim hujan berlaku.

Adun Rahang M. K. Arumugam (DAP) yang menyertai aktiviti turun bertemu rakyat tersebut pula berkata, isu gaji minima ini perlu disampaikan secara dari rumah ke rumah kerana buruh terbabit hanya didedahkan dengan media arus perdana sahaja.

�Kita perlu tahu, buruh-buruh kerja perih (dan) tidak ada masa untuk akses internet dan sebagainya. Mereka hanya lihat berita berat sebelah dalam tv1, tv2, tv3 sahaja,� katanya.

Adun Lukut Ean Yong Tinsin (DAP) yang ditemui kemudian mahu isu gaji minima ini menjadi isu teras PR, walaupun ianya membabitkan minoriti rakyat India.

�Saya puas hati, bila Pakatan serius nak perjuangkan isu ini. Ya�ini isu minoriti penduduk estet, tapi semua (pemimpin) kita boleh turun bersama,� katanya.

Image(Gambar:Petugas PAS Selangor berumpa dengan pengundi)

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Kontijen PAS Selangor Cikgu Jaafar Samsudin bersama lebih seribu jentera dan ahli Kelab Penyokong PAS sedia diturunkan bergilir-gilir; demi menjelaskan isu tersebut.

Dalam sidang Parlimen lepas, PR mendesak kerajaan mesyaratkan gaji minima buruh sebanyak RM800 sebulan, tetapi Menteri berwajib menegaskan ianya suatu yang mustahil.

Tetapi, Kabinet baru-baru ini mengumumkan gaji minima untuk warga asing sebanyak RM800 sebulan.

Taarif pendapatan isi rumah di bawah paras keminkinan era 1970an adalah RM450. Taarif pendapatan isu rumah di bawah paras kemiskinan sekarang adalah RM900.

Hanya kerajaan PR Selangor mendefinisikan pendapatan di bawah RM1500 sebagai rakyat yang layak menerima bantuan kerajaan negeri.

Perjuangan isu gaji minima RM900 yang diperjuangkan oleh rakyat di sini dipercayai akan mencalarkan slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak � Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. harakahdaily

Tak payah le layan 'si katak' tu

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan menteri besar itu supaya ahli parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.

Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.

"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya.

Nik Aziz gesa 'Si Katak' letak jawatan



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali perlu meletakkan jawatannya susulan dengan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti tersebut.

“Saya minta dia keluar...yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya.

Sebelum ini, menjawab cabaran Nik Aziz, Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Pasir Mas menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Mas kecuali jika diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.


Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua UMNO Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam UMNO seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat

Ketika ditemui di kediamannya semalam, Menteri Besar Kelantan itu berkata, dalam keadaan kini, tiada guna Ibrahim mengekalkan jawatan itu jika masyarakat memandang lekeh kepada beliau.

“Lebih baik dia letak jawatan... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas yang undi dia dan memenangkan dia, hanya sedikit orang UMNO mengundi dia,” katanya.

Selain itu katanya, beliau tidak peduli sekiranya Ibrahim kembali bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon bebas dan Pas akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya tersebut.

Terdahulu, Nik Aziz berkata, beliau tidak bimbang jika Ibrahim meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Pemuda Pakatan lancar jentera di Bagan Pinang



demokrasi93.blogspot.com
TELOK KEMANG, 27 Sept: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan �gendang perang� pilihan raya lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengen melancarkan jentera pemuda Pajatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang semalam, 26 September.






Ketiga-tiga ketua sayap pemuda parti komponen PR hadir dalam majlis perasmian dan pelancaran jentera serta pejabat gerak-gempur bersepadu pemuda parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident) dalam pilihan raya kecil ini selepas kemenangan demi kemenangan sebelum ini.

Manakala Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar, yang menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan Umno dan BN di kubu mereka ini.

Ketiga-tiga mereka juga menyeru semua pemuda Pakatan agar turun beramai-ramai ke sana terutama di hari penamaan calon 3 Oktober ini bagi memberikan sokongan moral kepada calon Pakatan dari PAS itu.

Pilihanraya kecil ini akan diadakan 11 Oktober ini selepas kematian Adun BN baru-baru ini.

Pakatan telah menyerahkan kepada PAS untuk meletakkan calon bagi pihak gabungan tiga parti itu dalam pilihanraya kecil ini selepas calon PAS bertanding dalam pilihan raya lalu.

30 peratus pengundi di sini adalah India dan Cina yang dijangka akan memihak kepada Pakatan manakala 30 peratus lagi pengundi pos yang bakal dikawal BN.

Perebutan kini adalah terhadap 40 peratus pengundi Melayu yang bakal menentu Pakatan atau BN yang akan menang dalam pilihan raya kecil ini. - Buletinonline. _

Sabtu, 26 September 2009

Aku bangge dapat PEMIMPIN mcm ni..

demokrasi93.blogspot.com


DS NIZAR MENYEMBELIH LEMBU



NIZAR BERSAMA-SAMA MENOLONG TOLAK LORI YG TERSANGKUT




NAJIB BOLEH KE BUAT MMCM NI????

ZAMBY BOLEH KE???