Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 29 Ogos 2013

PANAS! Pensyarah Kisdar disyaki merogol!




Nizar menyatakan, seorang pensyarah telah disyaki merogol seorang pelajar pada awal Ramadhan lalu dan kini sedang dalam siasatan polis.

"Kejadian ini bukanlah pertama kali, saya difahamkan sebanyak empat kes berlaku membabitkan pensyarah yang sama namun sehingga hari ini belum ada tindakan yang diambil oleh pihak kolej terhadap pensyarah tersebut," jelasnya.

Baca selanjutnya: http://perakitedaily.blogspot.com/2013/08/rogol-nizar-gesa-ambil-tindakan.html

Isnin, 26 Ogos 2013

Hamidah dan Tekun

Selamat Maju Jaya buat Dato' Hamidah Osman. Setelah lama menunggu, akhirnya dapat juga jawatan. Moga dengan penuh ketekunan menjaga Tekun itu penun amanah!

__________________________________
_______________________


TEKUN sasar lebih banyak peluang kepada wanita

August 20, 2013, Tuesday

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) menyasarkan untuk memberi lebih banyak peluang kepada usahawan kecil dari golongan wanita menjelang akhir tahun ini.
Pengerusi baharu TEKUN Nasional, Datuk Hamidah Osman berkata melalui program mentor-mentee sebagai contoh, sasaran itu yakin dicapai sekali gus meningkatkan jumlah usahawan wanita berbanding golongan lelaki.
“Saya belum diberikan taklimat sepenuhnya (oleh TEKUN Nasional). Tapi saya merancang untuk memberi peluang lebih banyak kepada wanita. Setahu saya tidak ramai wanita terlibat dengan bidang keusahawanan.
“Jadi saya hendak buka ruang seluas-luasnya kepada mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Aidilfitri Tekun Nasional di sini semalam yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Hamidah dilantik menjadi pengerusi agensi bantuan pinjaman kewangan itu baru-baru ini menggantikan Datuk Suraya Yaacob yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Kedah.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO berkata tiada masalah untuk pihaknya memberikan lebih banyak peluang kepada golongan wanita kerana umum mengetahui golongan itu lebih mudah membayar pinjaman perniagaan berbanding lelaki.
Jelasnya, usahawan kecil dari golongan ibu tunggal juga turut akan diberikan perhatian dan ruang dalam usaha memajukan ekonomi dan pendapatan mereka.
Hamidah menambah peluang yang hadir diharap dapat memperkasakan golongan wanita selain meningkatkan taraf hidup mereka. — Bernama

Selasa, 20 Ogos 2013

Ara Payong bina akar parti Islam PAS

Pada 28 Julai 2013 yang lalu, tertubuhlah Pusat Aduan dan Khdmat Masyarakat PAS  UPU Ara Payong di Batu Gajah. Pastilah ADUN baru YB Radzi zainon sebagai penyelianya.
Pusat khidmat ini ditubuh atas inisiatif ahli PAS Batu Gajah yang berkhidmat bagi DUN Sungai Rapat. Ia suatu tekad di kalangan penduduk temptan yang benar-benar ingin membina akar yang kukuh bagi khidmat PAS di UPU yang pernah menjadi deposit tetap UMNO Gopeng dan Batu Gajah.
Peningkatan undi di DUN Kubu UMNO ini juga memberangsangkan. Insya Allah dalam PRU-14 seluruh rakyat kawasan ini akan terus memberi sokongan kepada Parti Islam. dalam masa yang sama PAS perlulah menunaikan janji untuk bersama rakat dan membala rakyat atas wazan keadilan dan kesaksamaan kemakmuran negeri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi ADUN Sungai Rapat






Ahad, 4 Ogos 2013

Bubur Lambok Ustaz Radzi hari ini!


Jangan lupa ambil bubur lambok hari ini.
Lokasi: Bazar Ramadhan Batu Gajah
Jam: 5.00 Petang
Bersama Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon

Khamis, 1 Ogos 2013

Silverite projek gajah putih

IPOH: PAS Negeri Perak kesal berikutan pelaburan sejumlah RM 14.49 Juta pada tahun 1998 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi membina Kompleks Silveritage Galleria yang bertujuan untuk menjadikannya sebagai Pusat Budaya Utama Negeri Perak ibarat projek ‘gajah putih’.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Salman Saleh berkata, mengikut tujuan asalnya, kedudukannya yang strategik di mana ia terletak di jalan utama merupakan satu-satunya pusat pelancongan komersil bagi menonjolkan seni dan tradisi Perak kepada para pelancong.

Katanya, cadangan projek berubah itu apabila Kompleks Silveritage Galleria dijadikan terminal bas setelah dipindahkan dari Medan Kidd oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2004.

"Kini, terselah lagi kegagalan pembangunan di Kompleks Silveritage Galleria setelah Terminal Bas dipindahkan pula di Meru Raya oleh Kerajaan Negeri Perak.

"Bagi kami penyelesaian aset milik PKNP hanya bersifat pembaziran semata-mata," katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Pemuda PAS Perak itu berkata, PAS Perak mengharapkan PKNP tidak mengambil jalan mudah untuk menjual asetnya jika melalui jalan buntu di masa yang akan datang.

PAS Perak katanya mendesak Kerajaan Negeri memberikan penjelasan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada bulan Ogos ini nanti.

"Kami ingin tahun apakah pelan jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan aset penting dan berstrategik tersebut tidak terlepas begitu sahaja.

"PAS Perak cukup bimbang jika langkah Kerajaan Negeri Perak membenarkan usahasama dengan lain-lain pihak yang akhirnya akan merugikan pelaburan yang selama ini dibuat terhadap pembangunan Kompleks Silveritage Galleria," jelasnya lagi.

http://perakitedaily.blogspot.com/2013/07/silverite-projek-gajah-putih.html