Perbincangan diantara Calon PAS Radzi Zainon dan wakil Hamidah..
Hamidah bertambah sakit hati apabila calon bebas yang menjadi orang
kuat beliau suatu ketika dahulu iaitu Saudara Mior bersalam mesra dengan
Radzi Zainon
Inilah adik Midah yang terkenal "Langsi"nya...merampas mikropon lalu
menyatakan kepada hadirin bahawa debat ini tiada permit dan batal..
Kekecohan mula berlaku apabila mereka terjerit-jerit dan melaungkan perkataan provokasi..
Orang ramai menanti dengan penuh sabar...
Beginalah wajah-wajah macai Hamidah yang terjerit-jerit dan cuba
melakukan provokasi supaya keadaan menjadi tidak tenangdan debat ini
dibatalkan..
Lihatlah wajah sunggul Hamidah Osman yang seperti kerisauan dan ketakutan sebelum berlangsungnya debat tersebut...
Segalanya hampa...apabila Hamidah Osman dan gerombolannya tergesa-gesa meninggalkan tempat perdebatan malam tadi..
Malam tadi telah diadakan "Debat SAR" di Maju Rapat dalam DUN Sungai
Rapat yang telah mendapat sambutan sebegitu hebat,apabila kedua-dua
penyokong calon bersorak lantang..bagi penyokong Radzi Zainon mereka
bertakbir...manakala bagi penyokong Kak Midah mereka sentiasa
menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita"..yang dah muak apabila didengar..
Midah bersama gerombolannya hadir sekitar jam 10.00 malam,mereka hanya
berkumpul dihadapan tempat ceramah sambil bersorak dan menjerit nama
Radzi Zainon..Apabila moderator debat mempelawa Midah untuk naik ke
pentas,tiba-tiba mereka menjerit mengatakan tiada permit,sedangkan
permit telah diberikan oleh pihak keselamatan pada 25 April 2013 ( Lihat Salinan Permit mengadakan aktiviti ceramah di bawah ini )
Tiba-tiba Midah dan gerombolannya meroyan dengan menjerit mengatakan
program debat itu tiada permit..bangangggnya puak-puak nii..kalau takda
permit dah lama pihak keselamatan menghalau para hadirin ditapak
program,sebab ada permitlah malam tadi juga diadakan ceramah yang
disampaikan oleh ustaz Faizal.
Keadaan menjadi kelam kabut apabila pihak Midah dan gerombolannya
menjerit-jerit mahu melakukan provokasi dan atas dasar bangang mereka
yang menjerit mengatakan tiada permit,puak gerombolan ini beredar dengan
tergesa-gesa meninggalkan tempat program.
Segalanya seperti sudah dirancang...mereka hanya hadir untuk menutup
kemaluan mereka sekiranya tidak hadir..apabila dilihat wajah Midah
kelihatan tidak selesa dan gabra..maklumlah perkara sebenar akan
diketahui umum,jadi untuk tidak dikatakan "Bacul" mereka hadir dan
tergesa-gesa balik sebelum berdebat..Inilah YB Sungai Rapat yang "Cakap
Tarak Serupa Bikin" dan mengada-ada alasan tiada permit semata-mata
takut segala fitnah mereka selama ini akan diketahui umum..Apa yang
penting manusia seperti ini sudah tidak layak menjadi YB selepas PRU13
ini,