Senarai Blog Saya
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar - Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam bertempat d...8 tahun yang lalu
JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....
Ahad, 31 Julai 2011
Wah... cantiiknya Kak Jat bertudung... hehe
Perutusan Pesuruhjaya PAS Perak sempena Ramadhan al Mubarak
Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan seluruh bumi umat Islam di dunia ini.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT, PAS Perak akan memimpin rakyat Perak kearah keredhaan Allah SWT
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.
Ustaz Abu Bakar Hussain
Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.(Pesuruhjaya PAS Perak)
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan seluruh bumi umat Islam di dunia ini.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT, PAS Perak akan memimpin rakyat Perak kearah keredhaan Allah SWT
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.
Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)
Sabtu, 30 Julai 2011
Gerak kerja yopTV dilancar
Jumaat, 29 Julai 2011
Ketua Pemuda PAS Batu Gajah Kemalangan
Ketua Dewan Pemuda PAS Batu Gajah, Ustaz Abdullah Adam kemalangan sebentar tadi. beliau telah melanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas. Kejadian berlaku di jalan ke Chankat Larang.
Beliau baru sahaja balik dari mesyuarat di Pejabat Perhubungan Negeri. Alhamdulillah, beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan. Tetapi keretanya rosak teruk dibahagian hadapan.
UMNO masih berada di zaman mesin taip
Mengapa begitu lembab polis bertindak? Itupun setelah menerima sumpah seranah rakyat akibat terlaku mengikut telunjuk UMNO.
Malangnya, filem BERSIH 2.0 versi UMNO diketawakan rakyat. Lebih-lebih lagi melihat lagak begitu bersungguh pegawai atasan Bukit Aman menjadi "penglipur lara" kepada 300 media untuk ceritakan kembali kisah 9hb. Julai.
Ini zaman IT dan teknologi. Nampaknya PDRM masih ketinggalan zaman akibat terlalu jadi "hamba UMNO".
Jika Peristiwa Memali 1985 , bolehlah polis dan media UMNO seperti Utusan dan RTM "menggoreng-goreng" rakyat. Dulu mana ada internet dan You Tube. Rakyat termakan tipu muslihat UMNO.
Barangkali PDRM masih merasakan hari ini adalah seperti hari-hari tahun 70 an dan 80 an. Iaitu pemikiran rakyat boleh dikawal dan di"basuh".
Inilah hakikatnya apabila melihat klip video arahan polis dan UMNO. Gaya penyiaran, edit dan persembahan jauh ketinggalan dari apa yang tersiar dalam You Tube.
Begitu juga fakta yang diberikan oleh polis tentang perlanggaran keatas Mat Sabu. Kesilapan fakta amat memalukan polis. Iaitu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Pegawai Bukit Aman cuba mengalih isu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Beliau menyatakan bukan Pajero yang melanggar Mat Sabu. Sedangkan dalam laporan Mat Sabu pada hari kejadian, kereta Wira polis yang melanggarnya.
Adakah Pengarah Keselamatan Bukit Aman belajar dari mantan IGP Musa yang mengubah-ubah tarikh dalam kes Anwar 1998? Biasalah...anak ikut bapa kencing berdiri!
Teringat ketika Malaysia sibuk-sibuk dengan zaman sibernya....masih ada lagi Balai Polis pakai mesin taip...mesin taip tua! "
Oleh: tokpepijat
Khamis, 28 Julai 2011
ANUGERAH IBRAHIM ALI, ANUGERAH OMAR DIN MANA?
Memetik laporan Malaysiakini, Ibrahim Ali berkata, "Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program, kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya. "Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.
Siapa yang terlalu bodoh untuk cemburu dengan manusia bernama Ibrahim Ali ini? Apa kehebatan `raja katak' dari Pasir Mas ini? Kerusi Parlimen Pasir Mas yang beliau tidak segan silu duduki sekarang pun adalah hasil `ehsan' dari PAS Kelantan. Jika tidak, mungkin Ibrahim Ali tidak berada di Parlimen hari ini atau mungkin beliau sekarang menjawat jawatan Siak Masjid di kampungnya. Kita tidak lupa Ibrahim Ali pernah hilang deposit bertanding di dalam Pilihanraya sewaktu beliau menggunakan `jenama Ibrahim Ali' sahaja.
Hebatkah Ibrahim Ali yang hanya sekadar terlolong-lolong di depan TV kununnya untuk mengumpulkan puluhan ribu orang-orangnya untuk berdepan dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 09 Jul yang lalu? Pada hari perhimpunan tersebut, di mana `tokoh hebat' ini? Andainya ada `katak' yang hadir berhimpun pada hari tersebut, nescaya banyak yang `mati katak' akibat dipijak oleh puluhan ribu peserta BERSIH.
Oleh sebab itu, tidak pelik ramai yang terpinga-pinga mengapa harus UiTM mewujudkan anugerah Ibrahim Ali? Jika orang seperti beliau boleh dijadikan nama anugerah, sudah tentu Omar Din dari Silat Lincah itu pun boleh digunakan namanya untuk anugerah. Ini adalah kerana `level' Ibrahim Ali dan Omar Din setaraf. Jika Ibrahim Ali ada kerusi Parlimen Pasir Mas, Omar Din pun ada `kerusi' khusus untuk beliau juga. Jika Ibrahim Ali `garang dan hebat' di depan TV sebelum Perhimpunan BERSIH yang lalu, apa kurangnya si `Pendekar Mustar' itu?
Nampaknya perangai perasan ini tidak habis-habis melanda Ibrahim Ali. Mungkin sebab itu beliau tidak mahu kosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas kerana beliau `perasan' bahawa majoriti rakyat di Pasir Mas setia dan menyokong beliau. Kita berharap Ibrahim Ali kurangkan sikit lawak jenaka bodohnya itu menjelang Ramadhan nanti kerana kita takut `termuntah' terlalu banyak apabila mendengar beliau bercakap./ wfauzdin.blogspot.com
Rabu, 27 Julai 2011
Inilah jawapan "Apa selepas 9 Julai"
Isnin, 25 Julai 2011
Presiden KIMMA perbodohkan Najib?
Aku menyiarkan berita tersebut di dalam artikel yang bertajuk “ Ini barulah dikatakan BOHONG!” kerana bagi aku ianya berita bohong pasal kenyataan Ahmad Maslan dan Presiden KIMMA dalam satu berita itu bercanggah.artikel berkenaan sila baca di (SINI)
Ahmad Maslan mengatakan 1,263,177 tandatangan berjaya dikumpul tetapi diakhir berita pula Presiden KIMMA mengatakan sebanyak 108,000 ribu tandatangan berjaya dikumpul sejak majlis pelancaran awal 16 Jun lalu.. dua angka yang jauh berbeza tu..
Dan seorang sahabat yang telah menurunkan tandatangan mendakwa setiap orang yang lalu dikawasan dimana kain putih itu dibentang untuk ditanda tangan dipaksa untuk menandatanganinya..
Memang benar rupanya apa yang sahabat aku itu dakwa.. diberita dibawah mengesahkannya.. bacalah..
1.2 million signatures for Najib a ‘farce’
KUALA LUMPUR: The once dormant Indian Muslim Congress of Malaysia (Kimma) has now become an active force in the political arena under the stewardship of its new president Syed Ibrahim Kader.
Recently, the party launched its “One Million Signatures” campaign to show support for Prime Minister Najib Tun Razak and to back his 1Malaysia programme.
According to Kimma officials, the campaign initiated together with the National Islamic Development Foundation (Yakin), also headed by Syed Ibrahim, took place at 212 locations nationwide.
Syed Ibrahim called the campaign a great success since 1.2 million signatures were collected.
However, a source claimed that there is a twist to the story.
“What happened at Masjid India where the campaign kicked off is far different from the statements made by Kimma leaders,” he said.
According to him, Kimma members hung a long white cloth along the street and allegedly told passers-by to ink their names without revealing the reason.
“Not only Malaysians but several hundred foreigners also signed their names on the cloth,” said the source, who was present during the launch.
He also urged Kimma to reveal all the other 211 places where the campaign took place.
“If it is true, please come forward and show the evidence, like photographs and videos,” he asked.
Targeted areas
Despite numerous attempts, Syed Ibrahim could not be reached for comment.
Previously, Syed Ibrahim was reported as saying that the campaign, launched on July 18, saw a positive start when 100,000 signatures were collected in a single day in Jalan Masjid India and the Bukit Jalil National Stadium.
He said more than 2,000 Kimma members were at shopping centres and bus terminals nationwide to collect the signatures.
“We targeted high traffic areas like shopping centres to collect the signatures. In the Federal Territory alone, there were 15 locations,” he had said.
The signatures were later handed to Najib when the premier returned home from his overseas visit on July 22.
Kimma has also unfurled a banner containing the signatures of “1.2 million Malaysians” at the airport to show their support for Najib.
Free Malaysia Today
Ahad, 24 Julai 2011
Wartawan Utusan akui tulis berita tanpa semak
KOTA BHARU, 24 Julai: Seorang wartawan Utusan Malaysia mengakui tidak menemui plaintif sebelum menyiarkan berita disifatkan berunsur fitnah terhadap pemimpin PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki.
Yuspisman Asli, 39 kini Ketua Biro Utusan Cawangan Kelantan mengakui perkara itu ketika ditanya peguam plaintif, Mohamad Hanipa Maidin (gambar) pada perbicaraan kes saman Misbahul terhadap Datuk Khalid Mohd dan Utusan Melayu Bhd di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.
Hanipa sebelum itu mahu kepastian sama ada wartawan berkenaan menghubungi Misbahul atau menemui sekretariat muktamar atau pengerusi tetap bagi mendapat kesahihan sebelum berita itu ditulis.
Mingguan Malaysia pada 3 Jun 2007 dalam laporan di muka hadapan menggunakan tajuk “Dewan Ulama PAS ibarat tin kosong – Perwakilan”.
Berita mengenai muktamar terbabit disiarkan dengan dakwaan wakil Perak, Misbahul Munir berkata, Dewan Ulama hanya hidup dalam kepompong mereka sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutamanya ketika berdepan dengan pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam.
“Kepimpinan ulama yang dicanang oleh parti PAS tidak harus hanya menjadikan tin kosong melalui kewujudan Dewan Ulama, apabila aktiviti mereka lebih tertumpu di surau dan markas,” katanya dalam laporan berita tersebut.
Dalam writ samannya plaintif menyebut berita disiarkan di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia itu dibuat dengan niat jahat dan bertujuan mensensasikan berita fitnah.
Perbicaraan kes itu diadakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Khalid dan Utusan diwakili peguam Azhar Arman Ali.
Sebelum kes itu difailkan di mahkamah peguam plaintif telah menghantar notis supaya Utusan meminta maaf bercara bertulis dalam tempoh tujuh hari.
Defendan juga dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dalam masa tujuh hari sebagai ganti rugi, namun pihak defendan gagal berbuat demikian.
Oleh itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan perintah menarik balik tuduhan fitnah dan ucapan minta maaf daripada kedua-dua defendan.
Ketika prosiding pada 5 Julai lalu Misbahul memberi keterangan di mahkamah terhadap tuntutan saman tersebut.
Dalam keterangannya Misbahul memberitahu beliau tidak berucap langsung atau menjadi pembahas pada muktamar kali ke-53 yang diadakan di Putik, Pengkalan Chepa.
Penerbitan berita fitnah tersebut menyebabkan maruahnya tercemar sehingga meletak dirinya di kancah kebencian dan kehinaan pada pandangan masyarakat.
Hanipa berkata, biar pun Yulpisman menganggap berita itu sebagai kritikan membina dalam keterangan hari ini, namun dalam berita yang disiarkan tidak menggambarkan situasi tersebut.
Menurutnya berita berkenaan tambah hangat apabila diulas pula Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehari selepas itu, yang digambarkan Utusan terus mempertahankan berita tidak betul.
“Dalam kes ini plaintif telah dilihat memburukkan PAS apabila berkata, Dewan Ulama PAS ibarat ting kosong.
“Berita itu kemudian disebarkan melalui Utusan dengan edaran sehingga 400,000 naskah bertujuan bagi menarik perhatian ramai,” katanya.
Prosiding kes tersebut masing-masing menampil seorang saksi iaitu Misbahul bagi pihak plaintif dan Yuspisman (defendan).
Penghujahan kes berkenaan akan disambung pada 26 September hadapan
Jumaat, 22 Julai 2011
Panas!! Exco Pemuda UMNO dedah siapa PAPAGOMO!
ditulis oleh: Tun Faisal Ismail bin Aziz
Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.
Khamis, 21 Julai 2011
Padan muka Puak UMNO Penang!!
Malah Suruhanjaya Pilihanraya pun tidak boleh menyatakan ianya ada kaitan dengan pancing undi bila tidak ada mana-mana pilihanraya sekarang.
Kemungkinan besar kerajaan PR tidak akan mengadakan pilihanraya bersama dengan BN sekiranya dijalankan tahun kerana mandate rakyat adalah untuk lima tahun.
Sungguh tidak waras dan tidak bertanggungjawab untuk BN dan UMNO mentakrifkan pemberian wang untuk meraikan tambahan cahaya mata kepada Pulau Pinang kepada rakyat sebagai amalan rasuah kerana pemberian wang kepada rakyat memang tindakan mana-mana kerajaan yang baik di dunia.
Sebelum ini, Kerajaan PR Pulau Pinang dikutuk keras melakukan rasuah berikutan kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 “one-off” urusan jenazah kepada waris warga emas pada 2010 demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri.
Ekoran tuduhan BN, saya telahpun menjemput Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang menyaksikan pemberian wang RM 100 kepada warga emas ataupun RM1,000 “one-off” urusan jenazah.
Sehingga hari ini saya tidak pernah ditangkap ataupun disiasat pun melakukan rasuah kerana berikan wang kepada rakyat.
Tuduhan rasuah oleh BN untuk mensabotajkan program penghargaan emas nyata gagal dengan kadar pendaftaran warga emas kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telahpun mendaftarkan diri.
Masyaallah: zalimnya!!
BERSIH 2.0, 9 Julai lalu. Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari,sekali gua
tengok,dah macam askar Israel yang menzalimi penduduk Islam Palestin.
Apa bezanya..??Yang gua lagi pelik..apa hal Mat Polis hanya melihat sahaja mereka
bersolat..?? mungkin dalam Keuzuran beb..ha3
Apa yang penting PAS terbukti berjaya mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa
istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.
Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.
Syabas kepada anak-anak muda ini ......!!
Rabu, 20 Julai 2011
Terkencinglah hang Najib oii!!
Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.
Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.
Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.
Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.
Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.
Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.
Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.
Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.
Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.
Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.
Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.
Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.
Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.
Malam esok, Bourdon dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.
Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.
"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.
Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.
Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.
Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.
“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.
Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.
"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaram itu. -HD
Selasa, 19 Julai 2011
Berita perlu sampai kepada masyarakat- Ustaz Nuri
Lujnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Perak telah merencana strategi untuk memperkasakan lujnah tersebut. Ketuanya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, masalah utama PAS ialah kegagalan menyampaikan berita ke akar umbi. Oleh yang demikian, Pelbagai strategi akan digerakkan untuk merealisasikan matlamat supaya berita sampai kepada masyarakat.
Baru-baru ini, lujnah tersebut telah menjalankan satu bengkel penerangan. Matlamatnya ialah untuk mengumpul dan merencana strategi serta program yang efektif dan berkesan. Bengkel ini disertai oleh ketua penerangan disetiap kawasan, ketua dewan-dewan, dan blogger- blogger terpilih. Pelbagai idea dan cadangan telah dilontarkan oleh peserta bengkel tersebut seterusnya dibincangkan untuk dilaksanakan.
"Cadangan dari akar umbi sangat penting dan perlu diambil perhatian'' kata Ustaz Nuri yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Gajah. Lujnah Penerangan amat penting dan melibatkan lujnah-lujnah yang lain. Fikiran rakyat sudah diracuni oleh media massa yang menyampaikan berita- berita yang tidak benar serta sentiasa memburuk-burukkan Pakatan Rakyat teruma Pas.
"Kita perlu bekerja keras menyampaikan berita kepada masyarakat supaya rakyat tidak tertipu dengan agenda jahat BN melalui media massa dan bersedia dengan PRU 13 yang akan datang," tegasnya lagi.
Isnin, 18 Julai 2011
Anugerah K.A.T.A.K
KUALA LUMPUR, 19 Julai: Bekas pelajar Uiniversiti Teknologi Mara (UiTM) membantah tindakan universiti itu yang mahu menawarkan Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar cemerlangnya.
Dalam satu surat kepada Harakahdaily, seorang alumni kampus itu, Hatri Asmawi berkata tindakan menerima anugerah itu hanya akan memburukkan nama universiti itu sahaja.
Ia memandangkan latar belakang dan perjuangan Ibrahim Ali yang terlalu ekstrim, mementingkan bangsa tanpa memperdulikan sensitiviti kaum lain.
"Sebagai seorang alumni UiTM yang prihatin, saya amat tidak bersetuju jika anugerah ini diteruskan.
"Sekiranya anugerah ini diberitakan, graduan UITM lain akan menjadi mangsa kepada diskriminasi akibat dari anugerah dari seorang rasis," katanya.
(Gambaran kartunis terhadap anugerah Ibrahim Ali)
UiTM semalam dilaporkan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Anugerah berkenaan menawarkan wang RM5,000 yang ditaja oleh presiden pendesak Melayu, PERKASA itu sendiri kepada dua orang pelajar cemerlang yang mempunyai prisip yang jelas dan konsisten memartabatkan bangsa.
Masing-masing mereka akan mendapat RM2,500.
Antara kriteria lain pelajar tersebut:
-Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus.
-Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
-Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM.
Difahamkan idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri.
Mengulas lanjut, Hatri berkata tindakan itu juga akan mencemarkan visi dan misi UiTM sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan pelajar-pelajar yang berbilang bangsa dan agama yang mementingkan muhibah sesama kaum dan sesama rakyat Malaysia.
"Anugerah ini juga akan menyebabkan institusi UiTM akan dipandang serong oleh industri-industri domestik yang selama ini memandang tinggi graduan UiTM yang serba boleh dan berprestij tinggi.
"Saya berharap usaha yang keras perlu dilakukan untuk menghalang anugerah ini dari diteruskan," tegasnya.HARAKAHDAILY
Prof. Aziz Bari : Rakyat Tertunggu - Tunggu Video PDRM
"Sama juga dengan video... jika video itu sudah disunting, dipotong dan sebagainya (tetapi) kita harap jangan begitulah,"kata Aziz kepada Tv Selangor.Muhyiddin sebelum ini berkata, media dalam dan luar negara dilihat melakukan tohmahan kepada pihak polis dengan hanya menyiarkan rakaman video pihak polis
menyuraikan orang awam.
Namun katanya, video-video yang dipamerkan tidak pula memuatkan tindakan para peserta yang sengaja melakukan provokasi dan bertindak ganas membaling batu.
Hakikatnya hujah Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu ada asasnya apabila Berita Minggu pada 10 Julai lalu memaparkan watak seorang peserta yang disifatkan ganas dengan memanipulasi tindakan peserta itu pada hari kejadian.
Abdul Razak Endut, individu yang dipaparkan gambarnya di muka depan akhbar itu dikatakan bertindak membalas serangan pihak polis ke atas orang awam. Malah beliau didakwa membawa pisau dan membaling batu ke arah polis.
"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,"ujar beliau.
Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.
"Dan saya fikirkan kalau bahan-bahan bukti itu ada, sudah lama dikeluarkan.. tak perlu tunggu lama sehingga sekarang setelah diserang, dikritik bertubi-tubi belum ada yang kita lihat. Begitu juga tuduhan polis tembak air ke hospital,itu sudah banyak dikemukakan bukti dan nampaknya selepas itu kerajaan dan polis cuba pula buat siasatan lain.
"Kalau mereka ada (bukti) mereka boleh keluar lebih awal lagi sebelum mereka diserang. Sebenarnya sebelum himpunan Bersih itu pun pihak polis telah dikecam dan dikritik begitu hebat. Jadi mengapa perlu tunggu lama untuk mengeluarkan bukti yang ada,"kata Aziz.
Namun ujar beliau, jika polis berani bertindak menyunting mahupun menokok tambah video sedia ada, ia hakikatnya boleh menjadi boomerang kepada PDRM sendiri. “ Bukti-bukti seperti itu bukan saja tak menyakinkan tetapi menjadi boomerang juga boleh menjauhkan lagi imej pasukan polis.
Dr Lo lo : Perjuanganmu akan diteruskan!!
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalung al Faatihah buat al Marhumah Yb. Dr Lo' Lo' Dato' Hj Ghazali yang telah kembali ke rahmatillah. Semoga ruhnya tergolong dari kalangan hamba Allah yang solehah. Jua takziah buat keluarga al Marhumah, mudah - mudahan tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Sungguh, bukan hanya keluarga terdekat merasai kehilangan tetapi ia turut dirasai oleh ahli jamaah [PAS], rakan - rakan seperjuangan dari Pakatan Rakyat malah pemergiannya jua merupakan satu kehilangan besar bagi Parlimen Malaysia dan seluruh rakyat, khasnya yang diwakili beliau dari kawasan parlimen Titiwangsa.
2. Dr. Lo' Lo' adalah antara nama besar dipersada politik tanahair. Mewakili PAS membawa risalah perjuangan Islam guna membebaskan ummah dari belenggu kezaliman dan penindasan regim sang penguasa yang rakus di takhta. Lantang, berani dan tegas antara sifat beliau sepanjang beliau menggalas amanah perjuangan ini. Namun uniknya, sifat keibuan terus terserlah, membuatkan kehadhiran beliau ke tengah medan perjuangan ini sangat dirasai dan kini pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar dan sukar dicari ganti.
3. Saya mempunyai rekod peribadi yang sangat menarik sepanjang saya mengenali beliau di pentas perjuangan ini. Kesimpulan yang boleh saya rumuskan di sini ialah beliau seorang pejuang yang sungguh berdisiplin dan gigih serta tegas dengan prinsip perjuangan. Perjuangannya mesti diteruskan dan ia menjadi teladan istemewa buat generasi muda menongkah arus jahiliah moden hari ini.
4. Isu Kampung Baru yang gigih dan teguh diperjuangkan oleh beliau antara isu yang melonjak nama beliau ke peringkat nasional dan mula dihormati oleh masyarakat meskipun dari luar parti.Kesungguhan beliau bagaikan tiada tara dan sempadan. Bahkan saat bergelut dengan penyakit yang mengancam nyawanya, beliau tega menyembunyikan resah dan derita diri sendiri untuk terus menampilkan wajah ceria, berani dan serius memperjuangkan hak rakyat agar bebas dari belenggu penderitaan dan kesengsaraan akibat kerakusan sang tirani.
5. Biarpun berkerusi roda, biarpun beliau mengetahui perkelanaan beliau di bumi fana ini telah berada di perhentian akhir, beliau terus tabah dan menggagah diri untuk hadhir ke Muktamar PAS ke 57 baru - baru ini yang berlangsung di Dewan Hj Fadzil Mohd Noor, KUIZM Taman Melewar. Ia melambangkan peribadi beliau sebagai seorang pejuang, seorang serikandi yang sukar untuk mengalah sekalipun berdepan dengan situasi yang sedemikian.
6. Perjuangan beliau mesti diteruskan. Kesungguhan beliau mesti diteladani. Kelantangan beliau mesti dicontohi. Keberanian beliau mesti diwarisi oleh anak - anak muda hari ini untuk mendepani cabaran dan halangan sebuah perjuangan. Al Faatihah buat al marhumah.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Kalau anda ada maruah.. letaklah jawatan!!!
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Kumpulan rakyat yang majoritinya "majoriti senyap" terus menyatakan pendirian mereka mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan. |
Ahad, 17 Julai 2011
Pemuda merencana pelbagai program
Dewan Pemuda PAS Batu Gajah merencana pelbagai program untuk mendekati golongan masyarakat khususnya gologan muda. Ketuanya Ustaz Abdullah Adam berkata,” Dewan Pemuda haruslah perlu bergerak lebih aktif lagi dalam gerakan dakwah ini untuk memastikan seruan Islam sampai ke segenap lapisan masyarakat.”
Aktiviti-aktiviti yang berkesan serta boleh menarik minat golongan muda perlu diadakan dengan lebih kerap supaya mereka mendekati PAS. Baru-Baru ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan anak muda Batu Gajah. Dewan Pemuda telah diwakili oleh ahli jawatankuasa dan turut disertai oleh Ketua Penerangan PAS Perak Ustaz Nuri Al-Amin dan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah Haji Ismail Ariffin.
Ustaz Abdullah Adam berkata “ golongan muda masa kini mudah didekati melalui aktiviti sukan seperti mengadakan pertandingan dan perlawanan persabatan.” “Pada masa yang sama, strategi dakwah mudah digerakkan dan lebih berkesan.” Ujarnya lagi.