Senarai Blog Saya
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar - Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam bertempat d...8 tahun yang lalu
JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....
Sabtu, 25 Februari 2012
Lebih 1000 hadir himpunan anti Lynas di Bukit Merah
Zambry bagi alasan bodoh.. ternyata penakot!!!
Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin tentang kenyataan Dr Zambry yang menyarankan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berdebat dengan Adun Behrang yang melompat parti, Jamaluddin Radzi dan bukannya dengan beliau atas alasan Adun bebas itu sudah lama menyatakan kesudian untuk berdebat.
Katanya, kenyataan tersebut memperlihatkan dirinya tidak mempunyai wawasan dan kurang matang dalam memberi respons tentang cadangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
“Cadangan Pemuda PAS untuk menyatukan kedua-dua pemimpin tersebut bermatlamat untuk memberi ruang kepada mereka melontarkan idea dalam mempimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Perak ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada Harakahdaily.
Melihat kenyataan Zambry, beliau berkata, pemimpin utama BN Perak tersebut tangkas mengalih isu dengan mencadangkan Nizar berdebat dengan Adun Bebas yang telah melompat parti.
“Adakah Adun Bebas tersebut sebagai mewakili BN Negeri Perak?
"Adakah juga Adun Bebas tersebut adalah ketua parti komponen BN Perak?” ujarnya.
Menurutnya, debat atau forum adalah pentas bagi kedua-dua tokoh yang mengetuai BN Perak dan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
“Adakah rasional Datuk Seri Zambry menyerahkan wawasan mentadbir kerajaan negeri kepada Adun yang telah melompat partinya?” soal beliau.
Jelasnya, PAS Perak menasihatkan agar Zambry berani dalam perkara itu dan hendaklah matang dan profesional dalam memberi alasan untuk mengelak berdebat dengan Nizar.
“Mengalihkan isu dengan memberi cadangan yang tidak masuk akal adalah sangat memalukan kerana isu ‘pokok’ yang dicadangan oleh Pemuda PAS Perak adalah ingin memperlihatkan kedua-dua tokoh ini membicarakan wawasan untuk mentadbir semula kerajaan negeri jika mendapat mandat daripada rakyat pada PRU13 nanti,” jelasnya.
Katanya, itulah yang ingin dilihat oleh rakyat, parti manakah yang mempunyai wawasan atau usaha untuk membangunkan rakyat di Perak.
PAS Perak, katanya sekali lagi melihat dolak-dalik Zambry sebenarnya kerana sedar BN Perak yang telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 dahulu masih mengamalkan penyelewangan dan kronisme.
Tambahnya, Zambry idak perlu bimbang jika BN Perak telah benar-benar bersih dan rajin bekerja dalam membantu rakyat tanpa ada usaha menindas rakyat.
“Zambry perlu menyahut peluang dan ruang ini bagi membuktikan usaha yang telah dilakukan oleh BN benar-benar berkesan.
“Dan mungkin sebenarnya rakyat masih ingin meneruskan usaha dan kerja Pakatan Rakyat yang terhenti selama 11 bulan sahaja oleh kerana sikap ketidakperikemanusiaan BN yang merampas kuasa kerajaan yang dipilih oleh rakat,” jelasnya.
Isnin, 20 Februari 2012
Hamidah 'jaja' aurat
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
*mungkin Hamidah belum baligh kot, tu sebab tunjuk ketin die...
Kalau ye pon nak jenguk rakyat usah le tunjuk ketin tu... dosa.. aku x tego aku dosa pulak... dah le semalam saje buat kecoh masa kt masjid.. saja je nk cari pasai.. nak bantu, bantu la.. usah le perli.. duit semua tu duit rakyat... bukan duit Dato' ye... dato' tu kelulusan ape je pon... kalau x jadi Adun idak nye kaya mcm sekarang... bukan nk kutok, bukan nk fitnah, bukan nak aibkan.. nak bagi pengajaran...
Kalau boleh blogger Sungai Rapat udah2 la fitnah PAS.. Aku pon kamu nak fitnah.. aku x dapat ape weh.. sekupang pon x dpt...
Selasa, 14 Februari 2012
Rabu, 8 Februari 2012
Jumaat, 3 Februari 2012
Rabu, 1 Februari 2012
Ganggu Ceramah PAS: Umno seperti bersifat kebudak-budakan
BATU GAJAH: Sikap kebudak-budakan Umno terserlah di mata rakyat apabila sekali lagi mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah Pakatan Rakyat di UPU Kampung Pisang, Batu Gajah, 1 Februari lalu.
Lebih 1000 orang membanjiri tempat ceramah PAS manakala hanya 250 orang sahaja hadir ke program Umno yang tanpa permit.
Kebanyakan yang hadir ke ceramah Umno kelihatannya lebih tertarik dengan jamuan makan percuma, baju percuma dan wang saguhati. Malah ada yang sanggup tunggu hingga ke penghujung program semata-mata untuk pengumuman keputusan cabutan bertuah.
Umno kelihatan tidak senang program ini kerana dihadiri oleh dua nama besar ketika ini iaitu Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Bekas Pelakon dan Pelawak Sdr Bob Lokman.
Nizar dalam ucapannya menempelak Adun kawasan tersebut, Dato’ Hamidah Osman yang menonjolkan sikap kebudak-budakan.
“Kenapa perlu mengganggu ceramah kami? Tak boleh ke buat di hari yang lain? Soal beliau.
Katanya, Hamidah seolah olah menggambarkan beliau dalam keadaan terdesak untuk mengekalkan kemenangan di DUN tersebut.
Walaupun diganggu dengan lagu dan pembesar suara namun program tersebut berjalan dengan lancar dengan bantuan pihak anggota keselamatan Polis dan Unit Amal.
Program tersebut turut dihadiri oleh Adun Teja YB Chang Lih Kang, Bendahari Pemuda PAS Perak Ustaz Fakhrulrazi dan pimpinan PAS Kawasan.
Ustaz Radzi Zainon sebagai pengerusi majlis
Abg Bob menunjukkan kepakarannya
Ustaz Fakhrulrazi banyak menrangkan tentang isu nasional seperti NFC dan wang zakat
Kehadiran Ikon Rakyat
YB Xhang Lih Kang menerangkan tentang dakwaan fitnah Anwar iktiraf Israel
Anak muda bersemangat tidak berganjak walaupun hujan lebat
bersemagat walaupun tidak berkemah