Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 31 Januari 2011

Mahfuz dan Hatta masih terperangkap banjir

Dua Ahli Parlimen (MP) PAS menceritakan pengalaman ngeri mereka awal pagi tadi sehingga terperangkap dalam satu 'pulau' banjir di Pagoh.

“Kami sekarang berada di Kampung Bukit Limau Manis, Pagoh 3, Segamat. Kami telah memaklumkan kepada pihak berkuasa. Bantuan masih tidak kesampaian. Paras air semakin naik dan hujan masih turun.

Bekalan elektrik terputus. Kami sekarang tengah menumpang in satu rumah orang kampung dan dilayani dengan baik,” tulis Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli yang tersangkut di kampung tersebut bersama Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mengimbas kembali peristiwa ngeri semalam, Dr Hatta berkata beliau dan Mahfuz cuba meninggalkan Labis pada pukul 1.30 pagi, namun tidak berjaya kerana tersekat kerana kesesakan yang teruk di Segamat.

“Kami tidak boleh meneruskan perjalanan, oleh itu kami berpatah balik ke arah Labis dan mengambil jalan Felda Chempedak ke Pagoh.

Selepas mengharungi dua kawasan banjir, masalah kami bermula,” imbas Dr Hatta.

(GAMBAR: Dr Hatta bergambar dengan kanak-kanak di 'pulau' Pogoh tempat beliau terperangkap sehingga jam 8.30 malam 31 Januari. Selepas itu, belliau dibawa dengan bot penduduk kampung keluar dari situ dan dalam perjalanan menaiki Hilux. Kereta beliau terpaksa ditinggalkan di pulau 'Pogoh" ini)

Dalam perjalanan menghala ke Pagoh, Dr Hatta berkata mereka menemui lima kawasan banjir namun mereka berjaya merentasinya dengan kereta T Fortuner.

“Kawasan banjir terakhir sangat dalam airnya dan air mengalir dengan sungguh deras sekali. Air juga memasuki kereta, namun kita berjaya sampai ke kawasan tanah kering. Ia sudah 3 pagi pada masa itu,” kata Dr Hatta yang mengklasifikasikan peristiwa itu tersebut sebagai ‘sangat ngeri’.

Selepas itu, Dr Hatta dan Mahfuz membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan, dan selepas satu minit daripada tempat kejadian ngeri tadi, mereka sekali lagi bertembung dengan kawasan banjir, di mana kali ini Mahfuz, yang juga Naib Presiden PAS menasihatkan Dr Hatta untuk tidak mengambil risiko untuk mengharungi kawasan banjir keenam ini.

“Saya setuju dengan Mahfuz dan menghentikan kereta di tepi jalan berdekatan dengan dua rumah kampung yang bersuluh,” kata Dr Hatta.

Sebelum berehat sejenak di kereta, Dr Hatta sempat meletakkan satu petanda di masa gigi air berada untuk melihat perubahan paras air.

“Saya tidur nyenyak sehingga masa untuk solat subuh dan mendapati petanda yang saya letak telah hilang dan paras air hanya beberapa kaki saja daripada kereta. Subhanallah. Kami terperangkap di dalam satu pulau!” kata Dr Hatta lagi.

(GAMBAR: Mahfuz bergambar dengan keluarga angkat tempat beliau menumpang ketika terperangkap)

Namun begitu, nasib malang Dr Hatta dan Mahfuz di’offset’kan dengan layanan mesra penduduk-penduduk kampung di Kampung Bukit Limau Manis di mana mereka dijemput untuk menumpang di salah semua rumah mereka.

“Kami dijemput oleh orang kampung, menunaikan solat dan diberitahu bahawa daripada pengalaman lepas mereka, ia akan mengambil masa beberapa hari untuk paras air turun. Ahh sudahh!

Nasib baik ada bekalan elektrik untuk mencajkan Blackberry,” kata Dr Hatta yang ketika itu berasa yakin bahawa mereka akan diselamatkan oleh bantuan JKM atau pasukan Ahli Parlimen kawasan tersebut sekejap lagi.

“Saya yakin bahawa JKM atau pasukan ahli parlimen kawasan ini akan datang dengan boat untuk memberikan ikan sardin. Aku pun akan buat muka welfare tadah tangan,” tambah Dr Hatta.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, sehingga jam 2 petang tadi, menurut Dr Hatta, masih tiada orang dan pihak berkuasa yang datang menghulurkan bantuan, dan keadaan bertambah perit apabila bekalan elektrik turut terputus di kampung tersebut.

“Kami masih menunggu,” itulah mesej terakhir yang dihantar Dr Hatta dan Mahfuz kepada Harakahdaily tengah hari semalam.

BN : Banjir Naik

 Betul la cakap- cakap orang. BN ni maksudnya Banjir Naik. Habis pekan Labis dinaiki air. tapi deme tak tolong pon orang pekan. Sebab deme tau pekan ni banyak menyokong Cikgu Mala. Kelam kabut tolong orang Felda. Tapi tak ape la.. terima kenyataan.. Kemenangan akan muncul. insyaallah






Kemenangan di Tenang bukan kayu pengukur- ILHAM


SHAH ALAM 31 Jan.: Firma penyelidik bebas, Ilham Centre dalam kajiannya menyifatkan kemenangan Barisan Nasional di DUN Tenang, bukanlah kayu pengukur kepada pola sokongan masyarakat Melayu terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Pengarah Eksekutifnya, Muhamad Hisomudin Bakar ketika dihubungi Tv Selangor berkata, masyarakat Melayu di Tenang agak terpinggir dengan isu-isu semasa seraya mengakibatkan undian mereka tertumpu kepada faktor parti semata.

" Kita melihat pengundi Melayu di Tenang bagi kerajaan, ia bukanlah satu kayu pengukur untuk corak pengundian pola Melayu ke seluruh negara sebab pengundi Melayu di Tenang ini ia agak ekslusif kerana mereka tidak makan isu.

" Faktor yang kuat ialah kerana kawasan tradisi masyarakat Melayu dan Felda, mereka memilih atas dasar parti amat tinggi. Dalam kajian kita, kita mendedahkan ia meliputi 62.5 peratus," jelas Hisomudin.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang semalam kekal milik BN selepas calonnya Azahar Ibrahim berjaya meraih 6,699 undi berbanding calon PAS, Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi.

Proses pengundian semalam berjalan dalam keadaan hujan lebat tanpa henti dan banjir di beberapa kawasan pusat pembuangan undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dicadangkan untuk memanjangkan tempoh membuang undi, bagaimanapun enggan bertoleransi sehingga mengakibatkan jumlah keluar mengundi hanyalah 67 peratus walaupun suruhanjaya itu menyasarkan 80 peratus pengundi keluar untuk membuang undi masing-masing.

Malah menurut Hisomudin, kesilapan pengumuman peratusan keluar mengundi malam tadi turut membayangkan sikap tidak profesional suruhanjaya itu.

" Kami melihat sebenarnya bila keputusan undi yang dikeluarkan berbentuk 'flip flop', seolah-olah sikap SPR ini tidak profesional dalam membuat bacaan terhadap data-data yang dikeluarkan kepada pihak media.

Untuk rekod, seramai 73 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008.

Namun paling mendukacitakan, apabila SPR sebagai badan yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan fakta mengelirukan apabila sebelum itu mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi.

Bagaimanapun menjelang jam 10 malam tadi, SPR mengumumkan pembetulan peratusan iaitu 66.7 peratus atau 9,736 keluar mengundi.

Namun menurut Hisomudin, jika keadaan baik, PAS mungkin berjaya menambah undi di antara 700 hingga 800 undi.

Walaupun majoriti BN meningkat kata Hisomudin, namun BN ujarnya gagal mempertahankan undi bukan Melayu yang dilihat condong ke arah pembangkang.

" Kami melihat MCA menerima tamparan hebat sebab sepanjang pemerhatian kami di kawasan masyarakat Tionghua, bendera BN tidak kelihatan.

" Masyarakat Cina terkesan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal di bawah pentadbiran BN sekarang. Pengundi Cina ini mereka lebih kritis
berbanding Melayu," ulas Hisomudin lagi.

Tambah beliau, imej bekas menteri kesihatan itu yang terpalit dengan skandal seks turut mempengaruhi sokongan masyarakat Cina di Tenang terhadap beliau
walaupun kerusi parlimen Labis, diwariskan kepada anaknya.

Bahkan pengundi Cina juga katanya, tidak lagi terpengaruh dengan momokan MCA bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat extrem.

" Saya boleh sifatkan juga berlakunya peralihan luar biasa dengan kejayaan PAS meyakinkan pengundi bukan Melayu terhadap perjuangan mereka. Dahulunya PAS
dianggap sebagai extrem, radikal, negara Islam dan sebagainya yang dilabelkan kepada PAS,nampaknya berjaya dijelaskan kepada masyarakat Tionghua dan meningkatkan pola sokongan kepada parti berkenaan.

Sementara itu, mengulas pola pengundian masyarakat Melayu di Tenang, Hisomudin tidak menolak kemungkinan kenaikan harga getah menyebabkan pengundi mudah merasa selesa walaupun harga bahan keperluan asas meningkat naik.

" Mungkin kita boleh anggap kenaikan harga getah itu memberikan sedikit keselesaan kepada pengundi Melayu yang beranggapan begitu," kata Hisomudin.

Menurutnya lagi, jentera BN juga kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk memenangi undi masyarakat Melayu yang terang-terangan memihak kepada mereka
sehingga mengabaikan pengundi bangsa lain terutama sekali pengundi Cina yang memihak kepada parti lawan.

" Daripada segi kerahan untuk membawa keluar pengundi,kita melihat dalam keadaan banjir, jentera BN memang tenyata fokus untuk mengeluarkan pengundi Melayu berbanding dengan undi Cina," tambahnya lagi.

Justeru katanya, tidak ada penanda aras paling jelas kepada BN untuk mengukur sokongan dan keyakinan rakyat berbangsa Melayu kepada mereka.

Manakala Pakatan Rakyat pula katanya, walaupun kalah di Tenang namun ia menyaksikan sokongan bukan Melayu terus memihak kepada gagasan itu dan usaha perlu dilipatgandakan untuk meyakinkan pengundi Melayu serta bergerak dalam kesepaduan yang utuh.

" Pakatan Rakyat juga perlu bermuhasabah dan menilai semula kerana sebenarnya pola sokongan Pakatan Rakyat meningkat di kalangan pengundi bukan Melayu dan perlu menembusi keyakinan orang Melayu untuk memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang," kata Hisomudin.

" Sedikit kelemahan kepada Pakatan Rakyat ialah ia tidak wujud dalam satu wajah gabungan yang padu berdepan dengan jentera kerajaan,"tambahnya lagi.

Ahad, 30 Januari 2011

Wahai Pengundi Tenang, anda perlu tahu Hukum Undi UMNO

http://2.bp.blogspot.com/_7VANFG1LjHY/S9q-GVSoXtI/AAAAAAAAAMg/9lhVNKNo2Lc/S205/UMNGOK.jpg

Menyokong dan mengundi UMNO seolah-olah menghalalkan segala perbuatannya. Anda perlu tahu apa hukum menyokong orang yang menolak Islam sedangkan anda tahu perbuatan mereka.

anda perlu tahu...

1. UMNO kufur!!

Kufur ada 2 jenis. Kufur hakikat dan kufur nikmat.

Kufur Hakikat :

- Maksud : Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

- Contoh : * Tidak mengakui balasan diakhirat

* Menolak hukum yang terdapat dalam al-quran

Menyatakan solat fardhu merugikan masa

* Menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi.

2.Umno tolak hukum Islam

Umno masih menolak firman Allah dengan perlaksanaan dasar secular(yg memisahkan politik dari agama)…..lihat di pertengahan ayat diatas bermaksud

Kami turunkan Al-quran untuk mengajarmu segala sesuatu(social, ekonomi, politik)Cara “bersosial” diajar oleh islam….bukan mahram tidak boleh bergaul bebasCara menguruskan “ekonomi”....zakat harta, zakat fitrah bersedekah dan lain2 lagiCara “ibadah”.....solat, puasa, zakat, haji dan lain2 cara ibadahCara ber-politik/memerintah….letak syariat(suruhan) allah pada undang2 tertinggi seperti rasul’h lakukan dalam “Piagam Madinah”.

3. Adakah umno sama dengan yahudi…mari kita kaji pendapat ini…..UMNO=YAHUDI

Al-Baqarah ayat 85Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Sekular/umno mengambil sebahagian Islam apa yang menepati kehendak nafsunya dan menolak perkara yang bertentangan dengan nafsunya...= yahudi beriman(patuh) dengan sebahagian kitab taurat dan kufur/tolak dengan sebahagian yang lain sebagaimana yang telah dilakukan oleh bani israel pada zaman dahulu…..

mereka umno melakukan<>ibadah solat bagi menepati sebahagian syariah allah...<>taat beriman kepada suruhan allah untuk melakukan ibadat seperti solat puasa, haji zakat dan lain ibadah…<>tetapi dalam masa yg sama ingkar pada syariat allah yg lain seperti tidak menghukum penzina dng hukuman yg telah ditetapkan allah.<>bukankah mendenda RM5000 dan hukuman penjara tidak dinyatakan dlm al-quran hukuman tersebut….<>mengapa mereka umno sebagai org islam menerima pakai undang2 (penjara & denda)<>sudah nyata melanggar perintah allah….

ini bermakna mereka beriman/patut pada sebahagian ayat al-quran---solat dan hajidan pada masa yg sama menolak sebahagian ayat al-quran yg lain---hudud & qisassama seperti yahudi menolak sebahgian kitab taurat, dan beriman pada sebahagian yg lain

umno seperti:-1.patuh pada suruhan allah untuk beribadat, maka mereka itu mendirikan solat puasa haji zakat2.ingkar pada suruhan allah yg lain, seperti tidak menghukum penzina dng hukum allah (hudud)...

maka jadilah kamu sama seperti yahudi.....rujuk al baqarah- ayat 85Labtech tak kater pun....tapi allah yang kater dalam firman nya di atas...kalo tak mau terima, jadi kafir lah kamu....lab tech tak rugi aper2....tak percaya boleh rujuk sendiri tafsir al-quran kat umah sendiri...

Adakah benar….UMNO= KAFIR

Al-maidaah di akhir ayat 44.......dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Allah menyatakan dalam firman diatas barang sesiapa yg menolak hukuman allah, maka jadi kafir lah orang tersebut...kerajaan pusat umno(BN) menolak hukuman sebat ke atas penzina dan digantikan hukuman penjara dan denda RM5000…ini sudah jelas umno menolak hukum allah dan maka jadi kafirlah mereka yg menolak ketentuan allah….

Adakah benar…..UMNO = MAHAZALIM

Al-maidah di akhir ayat 45……dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

4.UMNO dikira Murtad?

Murtad boleh terjadi melalui tiga cara . Salah satunya melalui perkataan.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W.

renung-renungkan..fikir-fikirkan...

Hujah saya berpandukan Islam dan pengetahuan saya... syukran

Keputusan Rasmi: PAS menang gung kekalahan

Keputusan rasmi (PAS) - BN 6,596
PAS 2,698
Majoriti:3,628.
Peratus keluar mengundi 65.02 peratus.
Jumlah pengundi 9,593.

Update From Tenang!! : 8:12 :BE-END menghampiri kemenangan

PAS: 2,892.
BN 6,271.
Majoriti: -3,379.
Undi rosak: 30



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZgetN4mO-Vmnk_rMM0GLfumLbdxn1X5DctjqpaHzFRtRMhXARJDY5Y4RX1rprI1SVFvpg8eYJ4xtkVygySd48_f89rwQKr-jkhBsLeorz1ZzZiAY7aBAMqRsjbw12khYttkd5IZs5zmrv/s200/4.JPG

http://cdnmo.coveritlive.com/media/image/201101/phpL4SGJp31.png

From Tenang!! : Perayu undi PAS teruskan usaha walaupun hujan lebat

 

Saya bersama blogger yang diketuai oleh YB Khalil Idham Lim/Cina Islam, Al-Banjari Online dan Kijang59 telah melawat beberapa pusat pengundian. Kami bersama YB telah mengedar roti kepada petugas- petugas perayu undi Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus merayu undi walaupun hujan lebat tidak henti- henti. Adun Titi Serong itu tidak melepaskan peluang bermesra bersama petugas-petugas Pakatan Rakyat dan perayu undi BN serta pengundi-pengundi di pusat pengundian tersebut.


 krew Cina Islam

terus berkhidmat walaupun hujan lebat

petugas dari Selangor

unit IT Pas

YB bersama muslimat yang bertungkus lumus berjuang


bersama petugas BN yang hanya beberapa orang

YB tidak melepaskan peluang meninjau kawasan banjir

selera jelas terpancar di wajah petugas muslimat yang letih berkhidmat


puteri UMNO

Update!! : undi POS: Pas dapat 3 undi sahaja

biasa la tu..

Sabtu, 29 Januari 2011

Update from Tenang!! : Banjir semakin teruk


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjenAAbwHc-c5hZThWyWl9uEvKsgS4e5aro8y3dHM3mVXkpblWC14FsouE-X-puhNO_kkUhlvEDADtNIP4COyTWu6dCyiisu660kwgIYYwoiaP52dV0p6PT3uic2q4ZyThi4NpiVKJQLxc2/s400/banjir1.jpg

 Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.  Kawasan rumah di Ladang Labis Utara ditenggelami air kira-kira sekali dalamnya. 4 buah bot Pertahanan Awam Malaysia kini dibawa masuk di Pekan Ayer Panas bagi mengangkut pengundi terlibat banjir.

From Tenang!! : GAMBAR: Wanita UMNO merayu dari rumah ke rumah



Hujan lebat tidak henti- henti di Tenang. Ini membuatkan UMNO kelam kabut dan tak senang duduk. Kelihatan Wanita veteran UMNO pergi dari rumah ke rumah untuk merayu undi di tempat majoriti pengundi Cina..

Live from Tenang!! : Gambar Sekitar tempat mengundi


lensa Batu Gajah Mari











From Tenang!! : Hujan iringi pengundi

http://media1.malaysiakini.com/324/cf7dab301249ab7fdad4237aeb5b6563.jpg

http://media1.malaysiakini.com/324/d3ad3c1b51c03db0f9a592357c872f0b.jpg

Update From Tenang!! : Pengundian bermula, hujan berterusan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8H4Oqacz-l6pYGn75AC34_2kf-BHuAt3-0TwS6iHQJX4SFtfqbEKRVm7cZzVGpmttvMIyxGWEZrTLaxuCviZba023jpbpelDL53sIPoEmgJLPV-BM-3xhtmxyIXxVZaMS5d2ggX4tsiVU/s400/pematang3.jpg

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Hujan turun tidak henti-henti semenjak beberapa hari lalu sehingga sekarang. Terdengar cakap-cakap mulut ketika membeli sarapan tadi, terdapat beberapa pusat pengundian sudah dinaiki banjir.

From Tenang!! : Hujan lebat tanpa henti


kempen diteruskan pada waktu hujan semlam

Hujan lebat tanpa henti sejak semalam memungkinkan beberapa tempat disekitar DUN Tenang akan banjir. Keadaan ini sudah pasti akan memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi.

Adakah nostalgia keputusan mengejut di Pilihanraya Kecil Parlimen Arau pada suatu ketika dulu akan terjadi di Tenang? Pada pilihan itu, semua pihak menjangkakan calon BN pada pilihanraya tersebut akan menang mudah. Tetapi kejutan berlaku apabila BN kalah mengejut kepada calon PAS.

Adakah Cikgu Mala akan memeranjatkan puak rejim UMNO/BN? nantikan dan doakan...

DS Nizar nyanyi 'The moon is my heart' bersama masyarakat Tionghua

LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.

Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).

Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.

Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.

Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.

Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.

From Tenang!! : Panas! Cantiknya Shahrizat tutup aurat



Sharizat Jalil ni sebenarnya cantik. Korang je selalu kutuk die. Ha Ha Ha. Kan ayu bile pakai tudung tu. Tapi yangg tak ayunya UMNO bagi persepsi palsu kepada orang felda yang Sharizat ni memang pakai tudung sejak dulu. Walhal, sejak bilo dio pakai tudung?

Jumaat, 28 Januari 2011

Gelagat Puteri Umno ‘perasan’, Srikandi lapor polis

LABIS: Srikandi KEADILAN malam semalam membuat laporan polis berikutan kamera kepunyaan salah seorang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dirosakkan dua ahli Puteri Umno di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku ketika anggota AMK itu sedang merakam gambar kugiran muzik sebelum dua ahli Puteri Umno melalui kawasan berhampiran dan ‘perasan’ atau menyangka gambar mereka diambil, sedangkan lensa di hala ke arah kugiran.

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Ismail, berkata ahli Puteri Umno itu kemudian dikatakan menepis kamera berkenaan hingga terhempas dan mengalami kerosakan teruk.

Beliau berkata, kedua-dua ahli Puteri Umno itu kemudian dikatakan beredar meninggalkan kawasan itu tanpa memohon maaf atau membayar ganti rugi.

“Kami memanggil kedua-dua Puteri Umno itu untuk penjelasan tetapi tidak diendah. Dua anggota polis yang berada di tempat kejadian turut sama memanggil mereka tetapi gagal, malah tangan seorang anggota turut ditepis,” katanya.

Berikutan itu, Siti Aisyah membuat laporan di balai polis Labis. Puteri Umno itu turut berbuat demikian.

“Srikandi dan Puteri Umno kemudian bersetuju menarik balik laporan, sebaliknya mereka menuduh kononnya ‘persentuhan fizikal’ dan penggunaan kata-kata kesat dalam laporan mereka,” katanya yang bercadang membuat dua lagi laporan.

PAS yakin, Cina bersama dengan Pakatan

LABIS, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin masyarakat Cina di Dun Tenang akan bersama Paktan Rakyat pada pilihan raya kecil itu esok.

Berucap pada majlis makan malam anjuran DAP malam tadi, beliau yakin sokongan lebih besar akan diberikan kaum itu berbanding Pilihan Raya Umum lalu.

“Pada 2008, kaum Cina telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. PAS dan DAP menang di kawasan Cina, harap kemenangan selepas ini lebih besar.

“Saya yakin pengundi Cina akan melakukan kerja menumbangkan Barisan Nasional untuk anak tangga menuju Putrajaya,” lapor portal The Malaysian Insider.

Tambahnya, hasrat utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP adalah untuk membela nasib rakyat semua kaum yang ditindas kerajaan BN selama ini.

“Pakatan yang diajar oleh Islam dinamakan tahaluf (kerjasama politik). Dalam satu negara, kita berpakat menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.

“Kita berpakat dalam perkara asas yang sama. Umno Islam duduk dalam BN, barisan ini berbaris bukan berpakat... Umno tidak konsisten dan tak tunjuk perangai baik depan orang bukan Islam.. Ini tidak selesai masalah,” katanya.

“Kita perlu mengajar pengundi memahami dengan betul perbezaan antara PAS dan Umno dan perbezaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

“Orang melihat secara zahir Umno Islam dan Pas Islam... PAS tegakkan Islam sepertimana dalam al-Quran dan Umno anggap Islam hanyalah agama rasmi dalam Perlembagaan (Persekutuan) yang digubal British. Islam adalah sekular, Ini beza PAS dan Umno.

“Dalam politik yang dianjurkan Islam adalah berbeza dengan (Islam) yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional, tiada masalah kita berbilang bangsa tinggal di tanah air, kita menolak politik perkauman,” katanya menjelaskan perbezaan.

Sehubungan itu jelasnya, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat yang telah terbukti di beberapa buah negeri yang diperintah memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.

“Selamanya kita berpakat di atas persetujuan mengekalkan keadilan dan menolak yang zalim, adil untuk semua, tolong rakyat tanpa mengira kaum.

“Boleh tanya orang Kelantan, orang bukan Islam macam mereka diberi hak yang sama. Di Terengganu juga begitu, kita selesaikan tanah di Kampung Baru," kata bekas menteri besar Terengganu itu.

39 peratus pengundi Dun Tenang adalah terdiri daripada masyarakat Cina.

Pengundian diadakan esok. Kempen akan berakhir secara rasmi tengah malam ini.

Turut berucap pada majlis itu ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Calon PAS, Normala Sudirman akan berdepan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

From Tenang!! : Aksi Puteri UMNO!!





Lensa Batu Gajah Mari dapat 'shoot' gambar Puteri UMNO dengan gaya yang 'sopan' lagi 'beradab' serta menjaga tatatusila aurat. Gambar ini diambil ketika Calon PAS bersama Ustaz Idris ahmad berkempen dan bersarapan di tempat orang UMNO berkubu iaitu di bersebelahan Pejabat UMNO Bahagian Labis.

Memang nampak begitu wara' dan alim' orang UMNO ni... tahniah... hehehe..


From Tenang !! : Makkal Sakhti yakin 60% pengundi India sokong Cikgu Mala

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita40/makkalsakhtikanan.JPG- 75 peratus pengundi Cina sedia mengundi PAS
LABIS - Presiden Parti Makkal Sakhti Malaysia, R. Kannan yakin 60% pengundi India di DUN Tenang akan mengundi calon PAS, Normala Sudirman.

Beliau yang ditemui Buletinonline dekat Markaz Operasi PAS disini berkata, para petugas partinya telah berkampung selama lebih dua minggu di DUN terbabit.

Menurutnya, apabila petugas Makkal Sakhti bertemu dengan pengundi-pengundi India dibawah, majotinya dikampung Tenang Jaya dan mendapati. pengundi kaum India takut menyatakan sokongan secara terbuka.

(Gambar - R. Kannan (kiri) ketika ditemui Buletinonline malam semalam)

Mereka sebenarnya, kata beliau bukan tidak menyokong PAS namun mereka bimbang kepada ugutan dan disisikan dari mendapat bantuan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Selangor, Ng Suee Lim berkata 75% pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sudah bersiap sedia untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Felda Cemplak disini semalam.

Ng yang fasih bertutur dalam bahasa 'Jawa' berkata, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat diseluruh negeri itu.

Katanya wakil-wakil rakyat dari parti DAP telah menyokong peruntukkan tersebut membukti bahawa parti itu bukan sebuah parti yang anti Islam.

Beliau menempelak sebenarnya parti MCA lah yang menghina Islam dan hukum-hakam Islam.

Katanya, MCA menjadi 'sesat' kerana berkawan Umno/BN berbanding dengan DAP yang dapat memahami hukum-hakam Islam apabila bersama PAS dan PKR dalam muafakat Pakatan Rakyat.

From Tenang!! : Munajat Perdana di Dataran Cikgu Mala



Penyokong PAS telah menagadakan Munajat Perdana di Dataran Cikgu Mala. Munajat itu diadakan pada pukul 4 pagi tadi. Ruangan dataran itu telah dipenuhi penyokong PAS.