"Ekoran  beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan  KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka  menjelaskan seperti mana berikut :
Sewaktu  saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,  saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah  KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap  baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan  Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana  Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati  dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.
Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.
Oleh  itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu  supaya tidak membuat andaian yang  tidak menentu dan berharap dapat  menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan  dan nama baik pihak istana.
Terima kasih. Wassalam."
1 ulasan:
peliklah tgna ni, kenapa nama nasha tak disebut. tergantung ni. ni mesti kenyataan tgna di sediakan di kl, kah kah kah
Catat Ulasan