Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 29 Mac 2013

TERKINI! Kak Midah mengelabah dengan Tamrin malam ni!


Aku dapat maklumat pelbagai usaha Umno buat untuk gagalkan ceramah Dato Tamrin Ghaffar dan lain2 yang dijadualkan berlangsung di Taman Tasek Permai malam ni berdekatan rumah Kak Midah.

Laporan polis dan bantahan dah dibuat oleh pihak Kak Midah dan tuan rumah sudah didatangi oleh adik Kak Midah, Zura. Sekarang dikhabarkan pihak Umno sedang dapatkan tandatangan semua penduduk kampung.

Ternyata Umno khususnya Kak Mida mengelabah dengan kehadiran Dato' Tamrin dan tidak mengamalkan sistem demokrasi! Umno penakot!!!!

Jom datang malam ni kita gegorkan kak Midah!

Wahai kak midah comei.. jangan le takut.. ekeke..


Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!

Umno Penakot!!




































Rabu, 20 Mac 2013

Calon PAS Dun Sungai Rapat


oleh Al-Hussyen

Kepada bakal pengundi DUN Sungai Rapat, inilah bakal calon PAS anda.Rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan kerana ramai yang telah mengenalinya kerana Radzi Zainon ini jenis yang tak duduk diam ~ jenis yang aktif dan lasak dengan aktiviti kemasyarakatannya. 
Harap berikan feedback anda dengan memberikan komen-komen untuk saya majukan kepada beliau.Janganlah ada yang nak maki hamun kepadanya, kesian dia; kerana Radzi Zainon ni jenis yang bersopan santun, bahasanya pun lembut.

Orangnya pun masih muda dan bertenaga.Tambah lagi handsome ...Tidak ada siapa yang mampu menafikannya, malah Hamidah Osman sendiri terpaksa mengakuinya.Begitulah hebatnya anak muda intelek PAS ini ~ Radzi Zainon.
Pastinya anda sekalian tidak akan menyesal jika mengundinya nanti. Cer dengo ucapannya dan amati ucapannya melalui rakaman berikut: 

Selasa, 19 Mac 2013

Gila Jahat puak-puak tu!

Ibu tunggal Ara Payung.. Hamidah peduli ke?


14 Mac 2013- Ara Payung
Isu ibu tunggal yang masih terabai di DUN Sungai Rapat bukan pertama kali didedahkan walaupun kerajaan negeri giat berkempen berkenaan kejayaan agenda kebajikan BN dan UMNO negeri Perak.
Di Ara Payung masih ada ibu tunggal yang memiliki dapur yang cukup dhaif dan uzur malah bumbung rumah yang tidak mampu melindunginya dan anak-anaknya daripada hujan lebat.
Puan Maimunah Mohd Nor yang menetap di setinggan Ara Payung sejak tahun 1980an hanya kini menerima geran beralamat PT 22341 RPT Ara Payung walaupun dengan hak milik sementara 99 tahun.
Bumbung rumahnya hanya kelihatan 'normal' selepas dibantu secara gotong royong oleh pihak PAS Kawasan Batu Gajah pada tahun 2012 yang lalu.
'Makcik kerap menonton TV dan meilaht mudahnya bantuan di terimaoleh insan di negeri lain..katanya dibantu oleh perdana menteri, bagaimana keadaan makcik ini, hingga kini YB ADUN tidak pernah menjengah..hanya usaha ketua kampung sahaja yang ada itu pun tiada usaha pihak tertentu bantu makcik sekeluarga menggantikan dinding dan bumbung yang uzur ini ", luah Puan Maimunah semasa kunjungan Penerangan MTD dan Ketua Pilihanraya Muslimat Batu Gajah Puan Fauziah.
Antara masalah lain beliau adalah air yang kerap bah apabila hujan lebat di hadapan rumahnya. Semasa kunjungan dibuat, tiang-tiang rumah beliau reput dimakan anai-anai, dapur tiada dinding, dan beberapa papan dinding yang mampu rebah dengan hanya ditolak dengan tangan.
Usaha pihak PAS Batu Gajah hanya sekadar kemampuan sebuah parti pembangkang yang tiada dana tetap membantu rakyat. Namun ia bukan alasan untuk PAS tidak membantu rakyat. Sikap proaktif PAS Batu Gajah perlu diteladani oleh UMNO yang hanya ghairah merebut kerusi tetapi mangabaikan rakyat sendiri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat
Bumbung yang diganti oleh PAS Batu Gajah. Jika ianya peruntukan kerajaan pasti lebih sempurna dan berkualiti.

Rabu, 13 Mac 2013

Rumah sebelah pusat khidmat pun Kak Midah pinggirkan!



13 Mac 2013- Kg Sg Terap
Rupanya slogan tiada terpinggir tiada tertinggal hanyalah omong kosong BN dan UMNO apabila rumah usang yang hanya sekitar 10 meter dari Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat Kg Sg Terap tiada pembelaan sewajarnya.
Cik Amalina Bt Abd Samad (38 tahun) yang hanya seorang diri menetap rumah bernombor Lot 57618 berkata bahawa beliau telah menetap di situ sejak tahun 1970an lagi dan keadaan rumah semakin uzur dengan bumbung yang bocor, dinding tepi pecah dan berlubang dan dapur yang uzur.
Puan Fauziah (Ketua Pilihanraya Muslimat Baru Gajah) berkata pihak Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat telah mengunjungi rumah ini beberapa minggu yang lepas dan berharap PAS dapat membantu mengusahakan saluran bantuan yang sesuai untuk Amalina.
Amalina yang pernah bekerja sebagai pekerja am kilang kini di sara oleh adik beradik beliau. Beliau  menceritakan bahawa ada pihak pernah mengusahakan dana sebanayak RM 35 000 untuk membina rumah yang sempurna untuk beliau tetapi hanya beberapa ribu sahaja yang diluluskan mengakibatkan bantuan itu terbantut hingga sekarang. Lebih malang ada penyokong UMNO yang menegur beliau kerana berusaha mendapatkan bantuan bukan melalui pusat khidmat UMNO.
Sedangkan sewajarnya YB Datuk Hamidah perlu menjadi insan pertama menghulurkan bantuan memandangkan beliau hanya berpejabat selang beberapa pintu dengan rumah uzur ini. Sehingga kini tiada bantuan membaiki rumah ditawarkan oleh beliau daripada pihak UMNO Batu Gajah. Terbukti slogan UMNO selama ini hanya tong kosong.
Keadaan rumah ini lebih buruk apabila hari hujan kerana ruang tamu akan basah. Beberapa lampu dan pendawaian tidak berfungsi akibat hujan yang merosakkan kemudahan tersebut.
Amalina juga menyatakan sewajarnya pihak UMNO tidak boleh memarahi beliau jika menerima bantuan lain kerana beliau rakyat biasa. UMNO perlu mencermin muka sendiri dan membantu beliau secepat mungkin jika benar menunjuk contoh sebagai pembela rakyat. Malah ribuan ringgit yang dihabiskan mengajurkan program membazir di Arena Square Batu Gajah yang hanya beberapa meter daripada rumah ini juga mengecewakan beberapa jiran Amalina.
Saudara Radzi Zainon Penyelia Pusat Khidmat PAS Dun Sg Rapat yang dihubungi melalui telefon menyatakan kesediaan PAS berusaha mendapatkan dana sewajarnya untuk beliau walaupun PAS adalah parti yang serba kekurangan daripada aspek dana.
Pihak PAS Kawasan Gopeng dan Batu Gajah menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat yang masih serba kekurangan sebegini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat
kak Fauziah (kiri) bersama Cik Amalina Abd Samad

Pejabat Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat di Kg Sg Terap
Laluan hadapan rumah ini yang membayangkan kawasan kuat UMNO

Ahad, 10 Mac 2013

Umno Sungai Rapat miskin tak ada premis sendiri!



9 Mac 2013- Gopeng

Beberapa bukti gambar yang lain berkenaan isu penyalahgunaan dewan orang ramai di parlimen Gopeng mulai dikumpul.

Terbaru, gambar penyalahgunan Bagunan  KEMAS  di Taman Bersatu Simpang Pulai oleh UMNO dengan dijadikan sebagai Bilik Gerakan BN.

Saudara Hazimin Bin Basah  Exco Dewan Pemuda PAS Gopeng yang bertanggung jawab menyelia kegiatan UMNO sekitar Simpang Pulai berkata, UMNO patut dihalau keluar daripada dewan KEMAS kerana KEMAS adalah milik kementerian. kemneterian adalah di bawah kerajaan persekutuan bukan milik parti BN.

 "Kerja bilik gerakan dalah kerja kepartian, mengapa begitu tidak tahu malu ahli UMNO semua?" jelas beliau.

Tuan Haji Abd Rahim pula menyatakan bukan setakat di Pengkalan Pegoh dan  Simpang Pulai, malah Dewan Orang ramai Kg Sri Kinta juga dijadikan 'faraid' kepada ahli UMNO. 

"PAS Kawasan Gopeng menyelar tindakan tidak bermoral UMNO di seluruh Malaysia umumnya dan di parlimen Gopeng khasnya. Kami menganggap UMNO parti temberang sebagai parti mampu menjaga kebajikan rakyat sedangkan premis sendiri pun sanggup menyalahgunakan harta awam. UMNO adalah parti yang paling tidak tahu malu. Adakah parti pemerintah di Britain dan Amerika berkelakuanm sebegini terhadap harta awam?" , jawab YDP PAS kawasan Gopeng ini apabila ditanya berkenaan perbandingan parti pemerintah di sini berbanding di luar negara.

UMNO pernah dihalau keluar daripada Dewan Orang Ramai Sg Rokam pada tahun 2008 dan PAS akan mengambil tindakan serupa termasuk membuat laporan polis. 
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat