13 Mac 2013- Kg Sg Terap
Rupanya slogan tiada terpinggir tiada tertinggal hanyalah 
omong kosong BN dan UMNO apabila rumah usang yang hanya sekitar 10 meter
 dari Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat Kg Sg Terap tiada pembelaan 
sewajarnya.
Cik Amalina Bt Abd Samad (38 tahun) yang hanya seorang diri menetap 
rumah bernombor Lot 57618 berkata bahawa beliau telah menetap di situ 
sejak tahun 1970an lagi dan keadaan rumah semakin uzur dengan bumbung 
yang bocor, dinding tepi pecah dan berlubang dan dapur yang uzur.
Puan Fauziah (Ketua Pilihanraya Muslimat Baru Gajah) berkata pihak Pusat
 Khidmat PAS DUN Sg Rapat telah mengunjungi rumah ini beberapa minggu 
yang lepas dan berharap PAS dapat membantu mengusahakan saluran bantuan 
yang sesuai untuk Amalina.
Amalina yang pernah bekerja sebagai pekerja am kilang kini di sara oleh 
adik beradik beliau. Beliau  menceritakan bahawa ada pihak pernah 
mengusahakan dana sebanayak RM 35 000 untuk membina rumah yang sempurna 
untuk beliau tetapi hanya beberapa ribu sahaja yang diluluskan 
mengakibatkan bantuan itu terbantut hingga sekarang. Lebih malang ada 
penyokong UMNO yang menegur beliau kerana berusaha mendapatkan bantuan 
bukan melalui pusat khidmat UMNO.
Sedangkan sewajarnya YB Datuk Hamidah perlu menjadi insan pertama 
menghulurkan bantuan memandangkan beliau hanya berpejabat selang 
beberapa pintu dengan rumah uzur ini. Sehingga kini tiada bantuan 
membaiki rumah ditawarkan oleh beliau daripada pihak UMNO Batu Gajah. 
Terbukti slogan UMNO selama ini hanya tong kosong.
Keadaan rumah ini lebih buruk apabila hari hujan kerana ruang tamu akan 
basah. Beberapa lampu dan pendawaian tidak berfungsi akibat hujan yang 
merosakkan kemudahan tersebut.
Amalina juga menyatakan sewajarnya pihak UMNO tidak boleh memarahi 
beliau jika menerima bantuan lain kerana beliau rakyat biasa. UMNO perlu
 mencermin muka sendiri dan membantu beliau secepat mungkin jika benar 
menunjuk contoh sebagai pembela rakyat. Malah ribuan ringgit yang 
dihabiskan mengajurkan program membazir di Arena Square Batu Gajah yang 
hanya beberapa meter daripada rumah ini juga mengecewakan beberapa jiran
 Amalina.
Saudara Radzi Zainon Penyelia Pusat Khidmat PAS Dun Sg Rapat yang 
dihubungi melalui telefon menyatakan kesediaan PAS berusaha mendapatkan 
dana sewajarnya untuk beliau walaupun PAS adalah parti yang serba 
kekurangan daripada aspek dana.
Pihak PAS Kawasan Gopeng dan Batu Gajah menggesa pihak berwajib 
mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat yang masih serba 
kekurangan sebegini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat
kak Fauziah (kiri) bersama Cik Amalina Abd Samad
Pejabat Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat di Kg Sg Terap
Laluan hadapan rumah ini yang membayangkan kawasan kuat UMNO
 
 
 
 
 
8 ulasan:
wow!!!! kak fauziah selepas menjanda ni semakin bergaya... mungkin dh 'insaf' kot...(dpt tiket masuk syurga... mudah2an insyaallah... tapi yg xsronoknye... kenyataan tu macam xbetui je... dptkan maklumat dgn fakta yg betul... pastu baru cerita kat orang ramai.... tak baik le kak fauziah buat camtu... walaupun dh dapat 'tiket' belum tentu dapat masuk lagi.. mana tau terserandung ke... kata org perak terjombab... nak tanya sikit boleh tak kak fauziah.... hutang amanah ikhtiar dh setel ke.... mudah-mudahn2 elok le lancar bayarannye..
cam penah dengo je citer ni... xsilap aku mahu 2-3 th lepas kes ni... xsilap jgk si amalina ni bila masa tinggal sorang2... adiknye dh xduk skali ker... tu le bila dh dapat bantuan baikpulih... (susah payah org2 umno ... anak sape le.. yg mengerojekannye nk bagi si amalina tu hidup selesa..) alih2 xnak.. tolak bantuan tu.... patutnye bersyukur le klu dh dapat bantuan... skurang2nye kurang le rasa beban... jgn menolak rezeki takut2 xdatang lagi rezeki tu.... yg sedihnye org lain plk yg dipersalahkn... sendiri mau ubah.. baru boleh berubah...
sambung skit lagi... terlupa plk... lain bantuan yg dapat sepanjang-panjang tahun duk kat situ taknak ke komplain... ce komplain banyak kali dh dapat bantuan... ataupun kata saya taknak le... bagi le kat orang yg lebih memerlukan...
sebelah pejabat midah.hidup umno,hidup melayu,melayu midah.....
nk tengok pencacai UMNO meroyan! Tengok le komen di atas.Dr org yg sama tp beratur komen ny.YB ny mengkaya kn adik beradik ny,yg dia hidup mcm tu juga,SAMDOL pny pencacai!
Ustaz don masuk pass? entahlah Lihat Lihat ermmm
cer soroh akak tu tutup rambutnya dulu.....kekkekeke
hamPAS
gadis seksi kena rogol insaflah?? Lihat lihat
Catat Ulasan