Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 30 Disember 2012

Calon BN udah bocor wehhh!

Dipetik dari http://perakitedaily.blogspot.com/2012/12/panas-calon-bn-di-larut-kubu-gajah.html


Mungkin kerana calon2 sebelum ini tidak lagi tergolong dalam kategori calon boleh menang@ winnable candidate menyebabkan Umno terpaksa mengambil langkah selamat dengan menampilkan muka2 baru di Parlimen Larut,DUN Kubu Gajah dan Selama pada pru ke 13

Berikut adalah senarai nama2 calon tersebut ;
(Maklumat tepat dari sumber dalaman Umno,salah satu daripada dua nama yang disebutkan dalam setiap kawasan akan terpilih sebagai calon)

Nampak gayanya tersingkirlah YB bagi ke tiga-tiga kawasan tersebut sebagai calon buat sepenggal lagi..Ini termasuklah Ketua Umno Larut merangkap YB Sampah Selonggok DUN Kubu Gajah,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin..

Kenapa aku katakan si Raja Ahmad ni YB Sampah selonggok..?
Blogger OrangNi ada butirannya (klik di sini)

Selasa, 25 Disember 2012

GEMPAR!! Anak tuan rumah tempat ceramah diugut!

anak kepada tuan rumah tapak program ceramah, Cikgu Nazri yang juga bekas AJK Umno Gopeng petang tadi selepas diugut oleh seorang pemuda yang dipercayai ahli Umno.

Katanya, Pemuda tersebut, Zulkhairi Bin Rami telah memasuki kawasan rumah dan mengatakan sekiranya ceramah itu diteruskan,  dia tidak akan bertanggungjawab.

Beliau risau ada agenda tertentu dan kemungkinan yang akan terjadi apa2 insiden malam esok.



Isnin, 24 Disember 2012

Ceramah di Batu Gajah esok mungkin kecoh!

Ceramah bersama Bekas Naib Presiden Felcra, Dato Ramli Buyong di Kg Sri Indah, Sungai Terap Batu Gajah esok mungkin kecoh apabila anak kepada tuan rumah tempat ceramah yang juga bekas AJK Umno Gopeng, Cikgu Nazri telah dihubungi oleh seorang individu.

Menurutnya,  beliau dikatakan telah diugut jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah di kawasan itu. individu itu kata tanggung sendiri jika berlaku kekecohan esok.

ianya menggambarkan seolah olah ada perkara yang akan berlaku esok.

cikgu Nazri yang baru menyertai PAS kemungkinan akan membuat laporan polis tentang ugutan itu.

Pihak PAS sudah pun memohon permit dan memaklumkan tentang program tersebut. sebentar tadi Naib YDP Sudah pun menghubungi OCPD utk memaklumkan berita ini.

Esok jom kita turun beramai ramai tunjukkan kekuatan kita. ternyata kak midah gentarrrr!


Isnin, 17 Disember 2012

Dongeng Setinggan Sifar Kak Midah: Kes Setinggan di Ara Payung masih wujud!

Oleh: Nuruddin Bashah (http://landskapsiasah.blogspot.com/)


DUN Sungai Rapat- Ahad, 9 Disember 2012
PAS Kawasan Batu Gajah telah bertidak proaktif  dengan melancarkan operasi Skuad Basmi Setinggan Batu Gajah kali kedua. Pada sekitar bulan Februari yang lalu, skuad ini telah banyak membantu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat  (PAS) yang diterajui oleh bakal calon PAS Ustaz Radzi Zainon.
Melalui kunjungan mereka ke Kampung Muhibbah Ara Payung kali ini mereka berjaya mengesan dua kes setinggan yang juga belum menerima apa-apa geran daripada kerajaan walaupun YB Hamidah Osman memberi janji akan menyelesaikannya sekitar 2 bulan seleps pendedahan pertama dibuat. baca di sini

Janji ADUN Sungai rapat kian diperbicarakan di peringkat akar umbi masyarakat kerana selepas lawatan pihak ADUN dibuat di beberapa rumah di Telok Pedang dan Ara Payung untuk menunjukkan respon atas pendedahan pihak Skuad Basmi Setinggan Batu gajah, YB Datuk Hamidah belum menunaikan janji untuk menyelesaikan kesemua isu setinggan di sini.

Menurut En Mokhyi bin Mukhlis beralamat  Lot 273 beliau telah menetap di kawasan sekitarnya semenjak 1980-an lagi .
Sekarang beliau menetap di Kg Muhibbah, Ara Payong di mana tanah tersebut tidak mempunyai geran.Tanah tersebut terletak bersebelahan dengan Taman Bersatu-Kg. Ara Payong.
Rumah beliau sebelum ini terletak di kawasan Taman Bersatu ,apabila pembangunan Taman Bersatu dilaksanakan,beliau telah berpindah pula ke rumah yang beliau menetap sekarang. Keadaan beliau kelihatan diperkotak katik dan tidak menentu. 
Justeru, beliau tidak putus-putus berusaha untuk memohon geran tanah tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya atau dalam ertikata lain,tidak diluluskan permohonan tersebut.
Difahamkan permohonan telah dibuat setelah beliau berpindah ke tapak rumah beliau sekarang dan dari dokumen Pembayaran Permohonan Tanah Kerajaan Mukim Sungai Trap bertarikh 8 Januari 1993.
 Manakala En Ramasamy A/L Kamachi beralamat  Lot 275 merupakan menantu kepada En. Baskar A/L Krishnan yang menetap di Lot 276. Mereka bermustautin selama  hampir 40 tahun.
Adalah difahamkan permohonan telah dibuat setelah beliau berpindah ke tapak rumah beliau sekarang dan  dokumen Pembayaran Permohonan Tanah Kerajaan Mukim Sungai Trap beliau bertarikh 8 Jun 1990.
Pihak Skuad yakin bahawa Pihak ADUN Sg rapat pasti akan hadir ke rumah-rumah berkenaan selepas siri pendedahan ini kerana itu sahajalah yang mampu dilakukan oleh UMNO Gopeng yang dipimpin oleh Datuk hamidah iaitu hanya responsif kepada setiap kerja amal PAS dan Pakatan rakyat sahaja tanpa idea bernas mempelopori tugasan membantu rakyat.
Mereka telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima bantuan Pakatan Rakyat jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir semula negeri Perak. Malah kelesuan dan kehampaan terserlah di wajah mereka menandakan putusnya harapan mereka terhadap janji manis para pemimpin UMNO yang tidak berjiwa rakyat.
Skuad Basmi setinggan berazam untuk melakukan beberapa siri pembongkaran lagi selepas ini. 

Muhammad Nuruddin Bashah
MEDIA Sungai Rapat.

Resit Akaun Terima Wang PTD bagi Permohonan Tanah Mokhyi bin Mukhlis 08/01/1993
Borang Permohonan Mokhyi bin Mukhlis
Kedudukan Lot Tanah
Resit Akaun Terima Wang PTD bagi Permohonan Tanah Ramasamy A/L Kamachi 08/05/1990
Borang Permohonan Ramasamy A/L Kamachi

Ahad, 9 Disember 2012

Kaum Tionghua majoriti tak sokong Kak Midah

Sebelum tu aku nak kabo sikit pasai posting sebelum ni pasai program Fiesta tu. Yang suruh aku bantai tu blogger Umno, Ahli PCT.. tapi dia cakap jangan bagi tau identiti dia. dia suruh rahsiakan... x main la fitnah2.. janganlah samakan aku dengan Umno... Hahaha...

____________________________________________________________________


SUNGAI RAPAT: PAS Kawasan Gopeng telah berjaya menganjurkan program ramah mesra bersama kaum tionghua hasil kerjasama dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak yang diwakili oleh Naib Ketuanya, Richard Wong.

Program yang turut disertai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Ustaz Radzi Zainon tersebut diadakan di sekitar Taman Taufik, Sungai Rapat pada 3 Disember lalu.

Program edaran risalah dan santuni rakyat ini mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat yang majoritinya berbangsa Tionghua.


Ketua Penerangannya, Omar Nasarudin Din berkata, dalam program kali ini, pihaknya fokus kepada sasaran kaum Tionghua iaitu bangsa kedua teramai di DUN Sungai Rapat yang ditandingi oleh PAS.

Menurutnya, dalam situasi sekarang, sokongan Tionghua terhadap PAS semakin meningkat berbanding semasa pilihanraya ke 12 yang lalu.

Kata beliau, setiap kali menganjurkan program bersama kaum tersebut, sudah pasti akan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan ini menjadikan Umno sangat risau dengan sokongan pengundi cina yang semakin berkurang terhadap mereka.

Sementara itu, Richard Wong ketika ditemui berkata, kaum Tionghua tidak lagi takut kepada PAS dan ini sangat berbeza daripada situasi dahulu.

Beliau yang juga AJK DHPP Pusat berkata, kaum Cina tidak lagi menganggap PAS sebagai ancaman kerana mereka sudah lagi tidak tertipu dengan dakyah Umno yang cuba menakutkan orang bukan Islam terhadap PAS.

“PAS wajib menerangkan apa itu PAS, dan apa sebenarnya perjuangan Islam kepada Mereka.

“Mereka mahu mengenali Islam dan ini adalah tanggungjawab ahli PAS untuk berdakwah kepada mereka,” katanya kepada Harakah yang turut bersama-sama dalam program tersebut.

PANAS! Fiesta anjuran Kak Midah x ada orang datang!


 Fiesta Apa ni? hahaha!

Aku dapat banyak komplen daripada orang Batu Gajah termasuk orang Umno dan Blogger Umno tu sendiri pasai program Fiesta Wanita dan Keluarga 2012 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Dato' Hamidah Osman di Arena Square, Batu Gajah.

Program tersebut berlangsung selama 10 hari bermula 3 hari lalu iaitu 6 Disember hingga 16 Disember 2012. Tetapi program tersebut langsung tak dapat sambutan. Aku kerap lalu tengok suasana program tu. Memang lengang! Langsung tak ada orang.

Banner merata tempat dah gantung termasuk banting. Itu pon kos dah beribu ringgit.

Semalam aku nampak satu kereta pasang speaker buat hebahan di merata tempat, mungkin tu kaedah terdesak nak tarik orang datang program tersebut tapi nampak gayanya tak berjaya.

Ade sorang makcik bagi tau aku, peniaga komplen kene bayo mahal (RM1000 sewa tapak rasanya) tapi orang x mandang. Dia kata mungkin sikit lagi semua peniaga bungkus balik. 

Tadi aku sembang dengan blogger Umno (tak perlu bagi tahu nama dia kot), dia cakap pergi la Arena Square, ada point untuk balun Umno.

Dia cakap, dia x leh balun sebab dia terikat. Program tu katanya membazir dan perabih duit rakyat. Takde pulangan yang berbaloi langsung.

Di sebelah malam semalam, dia g konsert kat situ. Lengang xde orang datang (blogger tu cakap 2-4 orang je). Aku dengo pon terkejut. padahal tu program bawah kerajaan negeri!

Persoalan aku, Berapa kos program tersebut? Kenapa program ini tak berjaya?

Aku nak Kak Midah jawab! Dan mungkin boleh ditanya oleh ADUN PR di Sidang Dun yang akan berlangsung tak lama lagi.

Blogger Umno ni cakap, mungkin Hamidah tak akan bertanding di Sungai Rapat dah. Aku pon dapat maklumat yang sama, Kak Midah xde tempat dah.. Ramai berebut nak jadi calon.

Selasa, 4 Disember 2012

Kalau harap Kak Midah, entah bila le nk tolong

Radzi Zainon, nama yang tidak asing malah meniti di bibir penduduk Sungai Rapat dan Batu Gajah, telah menyumbangkan masa sehari bersama penduduk kawasan DUN Sungai Rapat pada Ahad 2 Disember 2012 yang lepas.

Seawal jam 8 pagi beliau menamatkan operasi menyantuni rakyat pada waktu asar.
Pada jam 8.30 pagi beliau telah dijemput untuk merasmikan program berkhatan beramai-ramai di UPU Pengkalan Barat. Proses berkhatan pula dijalankan oleh Yang Berbahagia Dr Khairudin Dato' Abd Malik pemilik premis Klinik At Taqwa merangkap Setiausaha Agong Sekreteriat Pakatan Rakyat Perak. 

Majlis meriah dengan kerjasama 4 anggota bomba yang hadir memancut air kepada semua peserta.
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat juga mengambil kesempatan mengedar kalnder khas yang bercetak maklumat Pusat Khidmat dan aktiviti PAS Kawasan Gopeng.

Perarakan peserta khatan pada pagi tersebut dihangatkan  dengan iringan para petugas PAS dan paluan kompang daripada Persatuan  Kompang Persatuan Belia Desa Aman. Program sebegini saban  tahun diadakan.

Pusat Khidmat kemudiannya pada jam 10.30 menyertai  program bantuan bumbung rumah warga miskin di Kampung Muhibbah Ara Payungiaitu di  Rumah Mohd Nazir atau dikenali sebagai Saudara Chiki. 

Kerjasama Dewan Pemuda PAS Batu Gajah mencari maklumat dan menyusun strategi bantaun amat dihargai oleh pihak Pusat Khidmat.

Beliau telah memohon bantuan sejak tahun 1990an lagi tetapi tiada layanan sewajarnya. Zink rumah beliau  telah lama reput dan  terseksa sepanjang musim hujan. 

Dengan kos sebanyak RM 1000 proses  penukaran zink baru menjadi kenyataan dan beliau amat bersyukur dengan bantuan ihsan Pusat Khidmat yang diselia oleh Ustaz radzi Zainon.

Bantuan ini adalah hasil kerjasama Pusat Khidmat dan PAS Batu Gajah. Yang menjadi tanda tanya rakyat mengapa hal sebegini tidak mendapat langsung perhatian daripada pihak ADUN Sg Rapat datuk hamidah Osman? Malah menurut saudara Chiki tiada bantuan daripada pihak ADUN singgah ke rumah beliau.

Kini saudara Chiki telah menaikkan bendera PAS di rumahnya. 
Aktiviti Ustaz radzi diteruskan pada 11.45 dengan menghadiri kenduri aqiqah di rumah En Adnan Razali Taman Desa Perlancongan. 

Pada 12.15 tengahari pula beliau dan rombongan  menghadiri majlis pertunangan anak ahli jemaah surau En Rahim di Taman desa Perlancongan juga dan diteruskan agenda pada jam 1.30 tengahari dengan menghadiri majlis khatan anak ustaz Azman di Taman Pulai Jaya. 

Program sehari Pusat Khidmat tamat dengan program santai kedai kopi di Mogopleks bermula jam 3.15 hingga asar.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat
MEDIA Sg Rapat