Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 21 Disember 2011

Ni Patot koje hang la Midah


Oleh MUHAMMAD FAEEZ

SUNGAI RAPAT: Selepas permohonan sumbangan jersi dan peralatan sukan daripada ADUN di kawasan tersebut tidak diendahkan, PAS tampil memberi bantuan.

Pusat Khidmat PAS Dun Sungai Rapat telah meraikan serta memberi bantuan kepada mereka.

Penyerahan tersebut telah diadakan di Pejabat PAS Batu Gajah 17 Disember lalu.

Pengarah pusat khidmat tersebut, Ustaz Radzi Zainon berkata, anak-anak kecil tersebut perlu diberikan perhatian agar bakat mereka dapat dicungkil sekaligus dapat berjasa kepada Negara.

“Anak-anak ini perlu diambil perhatian agar mereka tidak terjerumus dalam gejala yang tidak bermoral,” katanya yang juga Timbalan YDP PAS Gopeng.

Tambahnya, pihak kerajaan haruslah berperanan untuk melahirkan generasi yang berintegriti.

“Tugas kerajaan bukan hanya laksanakan pembangunan negara malah pembangunan sahsiah perlu dititik beratkan,” ujar beliau.

Pemain-pemain cilik tersebut telah dilatih oleh seorang pemuda secara sukarela tanpa bantuan pihak kerajaan.

Jurulatih pemain- pemain cilik tersebut berkata, beliau sudah meminta bantuan daripada ADUN Sungai Rapat yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah Osman tetapi permohonan tersebut langsung tidak diendahkan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih, sekali sahaja saya minta bantuan daripada PAS terus dapat walapun saya tahu PAS bukan mempunyai sumber kewangan,” ujar beliau

Turut hadir ke program tersebut ialah YDP PAS Batu Gajah Ustaz Ismail Ariffin, Timbalannya, Ustaz Nuri Al-Amin dan pimpinan PAS Kawasan yang memberi sokongan.

Rabu, 14 Disember 2011

Pak Imam Majid kembali ke rahmatullah




Oleh Muhammad Faeez
SIMPANG PULAI: Pejuang kemerdekaan Abdul Majid Salleh telah kembali ke rahmatullah 14 Disember lalu di rumah anaknya Kampung Sengat, Simpang Pulai , Perak.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid meninggal menghembuskan nafas terakhir di usia 88 tahun pada jam 5 pagi selepas hampir setahun terlantar di atas katil.

Beliau pernah aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf dan Persatuan Kebangsaan Melayu Muda bersama tokoh-tokoh ternama seperti Dr Burhanuddin al Hilmy, Ahmad Boestamam dan seluruh pejuang kemerdekaan yang tulen yang lain dalam menentang British sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng pada tahun 80an dan juga pernah bertanding dalam Pilihanraya menentang presiden MCA Tan Kon Swan pada tahun 1986 di Parlimen Gopeng.

Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin ketika di temui selepas solat jenazah berkata, pemergiannya amat adalah satu kehilangan besar kerana beliau banyak berjasa kepada negara dan PAS.

“PAS sangat menghargai pengorbanan beliau dalam memperjuangkan kemerdekaan. Beliau juga banyak berjasa dengan PAS khususnya di kawasan Gopeng,” katanya.

“Saya berharap, rakyat khususnya golongan muda mencontohi pengorbanan beliau yang bersungguh-sungguh menentang British untuk memerdekakan negara ,” ujarnya lagi.

Hampir seratus orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Turut hadir ketika majlis mengebumian ialah AJK Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, Timbalannya Ustaz Misbahul Munir, Ketua Penerangan Ulama’ Negeri Ustaz Norazli Musa, dan ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai yang hadir bersongkok dan berpakaian baju melayu.



























Isnin, 12 Disember 2011

Terok beno dah Malaysia ni...!!

udah makin teruk.. tak kan komen nk nyokong lagi??
udah2 le...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLQ1XHrAEaNScs_HynfPPh5UOTAsC8TpGSJNDeme2s9tR5qoUCnWo4iXbWKhwm2OpqRIsTst83jr3cFbDurTIsGBh17e1uKdwGWMY_0WbXTFFVK1_Y7ReBwFItaznU1GUXTSnH5Hd10weD/s400/rasuah.jpg

Ideks Rasuah: Kedudukan Malaysia membimbangkan
oleh Muhammad Faeez

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan kedudukan Malaysia yang berada pada tangga ke-60 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dalam dunia adalah sebagai sesuatu yang mengaibkan dan harus dimuhasabah oleh Barisan Nasional.

Katanya, Malaysia yang dahulunya sebaris dengan Korea Selatan,Singapore dan Taiwan kini jauh ditingalkan di belakang.

“Adalah sesuatu yang pelik bilamana negara seperti Macau dan Bhutan mempunyai rekod yang lebih baik berbanding Malaysia. Saban tahun menunjukkan Malaysia semakin jatuh daripada tangga ke-36 pada tahun 2001 dan mungkin perkara ini akan berterusan menjelang tahun 2020,” katanya kepada Harakah.

Beliau menjelaskan, gejala rasuah yang berleluasa ini bakal merosakkan ekonomi negara lantas melemahkan lagi nilai mata wang Ringgit Malaysia.

“Adakah ini yang kita gelar sebagai Transformasi Berjaya sedangkan Malaysia berada di tangga ke-60 di samping mempunyai hutang sebanyak RM 437.2 billion?”, soal beliau.

Khamis, 8 Disember 2011

Jangan Tak Pegi!!!

IPOH: PAS Perak menyeru rakyat khususnya ahli parti itu ke Program Rapat Umum Pakatan Rakyat Peringkat Negeri Perak 10 Disember ini.

Rapat umum ini akan diadakan di Perkarangan Kilang Weng Lee Sawmill,Beruas Perak bermula jam 7 hingga 12 malam.

Antara pimpinan yang akan hadir ialah Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng dan Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Setiausaha Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, program besar-besaran ini diadakan untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia menggantikan tampuk pemerintahan BN yang semakin tidak relevan.

"Rakyat boleh mendengar secara langsung daripada Pimpinan tertinggi tentang tawaran Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kelak," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Beliau menganggarkan lebih 15 ribu dari seluruh negeri Perak akan hadir ke program tersebut.

"Saya menyeru semua pimpinan kawasan membantu mobilasikan program yang terbesar ini sebelum menghadapi PRU13," ujarnya.Ajijoi

Isnin, 5 Disember 2011

PAS Perak seru rakyat ke Rapat Umum

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/375531_330317606984693_100000193707179_1544268_263409797_n.jpg

oleh Muhammad Faeez

IPOH:PAS Perak menyeru rakyat khususnya ahli parti itu ke Program Rapat Umum Pakatan Rakyat Peringkat Negeri Perak 10 Disember ini.

Rapat umum ini akan diadakan di Perkarangan Kilang Weng Lee Sawmill,Beruas Perak bermula jam 7 hingga 12 malam.

Antara pimpinan yang akan hadir ialah Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng dan Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Setiausaha Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, program besar-besaran ini diadakan untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia menggantikan tampuk pemerintahan BN yang semakin tidak relevan.

"Rakyat boleh mendengar secara langsung daripada Pimpinan tertinggi tentang tawaran Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kelak," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Beliau menganggarkan lebih 15 ribu dari seluruh negeri Perak akan hadir ke program tersebut.

"Saya menyeru semua pimpinan kawasan membantu mobilasikan program yang terbesar ini sebelum menghadapi PRU13," ujarnya.

Ahad, 27 November 2011

Rabu, 23 November 2011

Universiti perlu diberi kuasa autoriti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjAc0mT7rqgnQ3Ov5RKXTB5Ge9TFhQaGNmdxd7jqjZhRk6Myd0TR2PzjJOMx1zbZFthp7NIYeCNQc-EolF2sbkjMqlPbd1gkUtM8ztGB7Q5-SI0KnFTNs03vYcdJGuFc3TjJnxuywAynco/s350/hilman+idham+blog.jpg

Oleh Muhammad Faeez

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Universiti perlu diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mentadbir sendiri tanpa kongkongan kekuasaan politik.

Bekas Pimpinan Mahasiswa UKM , Hilmi Idham berkata, Universiti perlu diberi autoriti sepenuhnya untuk menjalankan sistem pentadbiran.

Katanya, universiti perlulah bebas daripada kongkongan politik khususnya daripada parti pemerintah.

“Sapatutnya dalam usaha memartabatkan Univerisiti dan meningkatkan pencapaian mahasiswa, mereka perlulah diberikan kebebasan bersuara dan mempunyai platform sendiri untuk melontarkan sebarang pendapat di universiti masing-masing,” katanya ketika dihubungi harakah.

Tambahnya, semua pemimpin termasuk daripada pembangkang perlu diberi ruang untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan idea dengan mahasiswa tanpa sekatan.

“Mahasiswa juga perlukan pandangan dan idea daripada semua pihak, bukan hanya dikongkong di dalam satu ruang lingkup yang sempit," tegasnya.

Berhubung dengan pembatalan program membabitkanTimbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin di UIA, beliau menempelak Rektor UIA Profesor Datuk Zaleha Kamaruddin yang disifatkan tidak adil dan seakan-akan di pengaruhi oleh kuasa lain.

“Kenapa program Saifuddin ‘diganggu’ sedangkan pemimpin kerajaan lain bebas masuk ke dalam kampus? Ini menimbulkan persoalan besar,” tegas beliau yang juga setiausaha sulit Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

“Rektor jangan bersifat prejudis dalam hal ini, sepatutnya semua pemimpin termasuklah daripada pembangkang diberi ruang untuk bersama-sama dengan mahasiswa”

Saifuddin antara menteri Umno yang melawan arus dengan menyokong AUKU disemak semula ekoran keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur yang memutuskan Seksyen 15(5) sebagai menyalahi perlembagaan dan mencabul kebebasan bersuara.

Seksyen itu membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya.

Beliau juga sebelum ini mengkritik UIA bawah pentadbiran Zaleha yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari beberapa hari sebagai pensyarahnya kerana
mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Sabtu, 19 November 2011

BN nafikan hak OKU




IPOH, 19 Nov : Bapa seorang OKU kecewa kerana Kerajaan Barisan Nasional menafikan hak anaknya.

Jalaluddin, 54, berkata, anaknya, Ahmad Hadif telah mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM300 di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat Perak tetapi selepas Barisan Nasional ‘merampas kuasa’, bantuan tersebut telah ditarik balik.

Beliau sudah pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bertanya tentang permasalahan ini. Pihak tersebut berkata bantuan itu adalah di zaman Kerajaan Pakatan Rakyat dan permohonan bantuan perlu dibuat semula.

Namun, sehingga kini masih tiada jawapan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat walaupun sudah beberapa kali menghubungi pihak tersebut.

“Saya sangat terkilan kerana kerajaan sekarang meminggirkan golongan yang memerlukan seperti anak saya,” katanya ketika ditemui di gerainya di tepi jalan Simpang Changkat Larang, Gopeng bersama-sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir.

Beliau masih mengharapkan bantuan kebajikan bagi menampung keperluan harian keluarganya kerana pendapatan daripada perniagaan kecil-kecilannya tidak mencukupi.

“Saya berharap agar Pakatan Rakyat dapat mengambil alih semula pemerintahan Perak kerana kebajikan masyarakat akan lebih terbela,” ujarnya lagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir telah memberi sedikit bantuan Ahmad Hadif. Beliau kelihatan sangat gembira atas sumbangan tersebut.