Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 14 Disember 2011

Pak Imam Majid kembali ke rahmatullah




Oleh Muhammad Faeez
SIMPANG PULAI: Pejuang kemerdekaan Abdul Majid Salleh telah kembali ke rahmatullah 14 Disember lalu di rumah anaknya Kampung Sengat, Simpang Pulai , Perak.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid meninggal menghembuskan nafas terakhir di usia 88 tahun pada jam 5 pagi selepas hampir setahun terlantar di atas katil.

Beliau pernah aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf dan Persatuan Kebangsaan Melayu Muda bersama tokoh-tokoh ternama seperti Dr Burhanuddin al Hilmy, Ahmad Boestamam dan seluruh pejuang kemerdekaan yang tulen yang lain dalam menentang British sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng pada tahun 80an dan juga pernah bertanding dalam Pilihanraya menentang presiden MCA Tan Kon Swan pada tahun 1986 di Parlimen Gopeng.

Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin ketika di temui selepas solat jenazah berkata, pemergiannya amat adalah satu kehilangan besar kerana beliau banyak berjasa kepada negara dan PAS.

“PAS sangat menghargai pengorbanan beliau dalam memperjuangkan kemerdekaan. Beliau juga banyak berjasa dengan PAS khususnya di kawasan Gopeng,” katanya.

“Saya berharap, rakyat khususnya golongan muda mencontohi pengorbanan beliau yang bersungguh-sungguh menentang British untuk memerdekakan negara ,” ujarnya lagi.

Hampir seratus orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Turut hadir ketika majlis mengebumian ialah AJK Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, Timbalannya Ustaz Misbahul Munir, Ketua Penerangan Ulama’ Negeri Ustaz Norazli Musa, dan ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai yang hadir bersongkok dan berpakaian baju melayu.



























1 ulasan:

speakforperak berkata...

sila link blog saya, terima kasih

YB V.Sivakumar

http://speakforperak.blogspot.com/