KUALA LUMPUR - Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) menjangkakan  peningkatan harga bahan mentah bagi industri pembinaan tahun ini, namun  masih pada tahap yang berpatutan.
Presidennya, Kwan Foh Kwai, berkata persatuan itu menjangkakan peningkatan itu kurang daripada 10 peratus.
"Jika kenaikan harga bahan mentah lebih daripada 10 peratus, peserta industri akan mencari sumber alternatif.
"Harga  bahan mentah sentiasa ditentukan oleh kuasa pasaran, walaupun akan ada  kenaikan harga tetapi dalam peratusan yang berpatutan," katanya kepada  pemberita selepas upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU)  antara MBAM dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini semalam.
Mengenai  prospek industri bagi 2011, Foh Kwai berkata, MBAM yakin tahun ini  menjanjikan keadaan yang baik, disokong oleh pelaksanaan projek di bawah  Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi  (ETF).
Sementara itu, menyentuh mengenai MoU yang ditandatangani  semalam, beliau berkata, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk  menghasilkan program-program pendidikan dan latihan bagi industri  pembinaan.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
                      -
                    
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan 
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan 
sek...
9 tahun yang lalu
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan