Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 19 Julai 2011

Berita perlu sampai kepada masyarakat- Ustaz Nuri

oleh: Faeez Azahar

Lujnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Perak telah merencana strategi untuk memperkasakan lujnah tersebut. Ketuanya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, masalah utama PAS ialah kegagalan menyampaikan berita ke akar umbi. Oleh yang demikian, Pelbagai strategi akan digerakkan untuk merealisasikan matlamat supaya berita sampai kepada masyarakat.

Baru-baru ini, lujnah tersebut telah menjalankan satu bengkel penerangan. Matlamatnya ialah untuk mengumpul dan merencana strategi serta program yang efektif dan berkesan. Bengkel ini disertai oleh ketua penerangan disetiap kawasan, ketua dewan-dewan, dan blogger- blogger terpilih. Pelbagai idea dan cadangan telah dilontarkan oleh peserta bengkel tersebut seterusnya dibincangkan untuk dilaksanakan.

"Cadangan dari akar umbi sangat penting dan perlu diambil perhatian'' kata Ustaz Nuri yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Gajah. Lujnah Penerangan amat penting dan melibatkan lujnah-lujnah yang lain. Fikiran rakyat sudah diracuni oleh media massa yang menyampaikan berita- berita yang tidak benar serta sentiasa memburuk-burukkan Pakatan Rakyat teruma Pas.

"Kita perlu bekerja keras menyampaikan berita kepada masyarakat supaya rakyat tidak tertipu dengan agenda jahat BN melalui media massa dan bersedia dengan PRU 13 yang akan datang," tegasnya lagi.


Peserta Bengkel bergambar bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Haji Razman Bin Haji Zakaria selepas tamat program. Program yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat At-Toif, Kuala Kangsar.

Tiada ulasan: