Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 29 September 2009

Kasut tertulis corak seakan nama Allah

demokrasi93.blogspot.com
KUALA KRAI – Seorang bapa terkejut apabila sepasang kasut yang dibeli untuk anak lelakinya sebelum hari raya lalu tertulis corak seakan nama Allah.

Mahadi Ali, 43, berkata, beberapa hari sebelum hari raya, isterinya telah ke kedai kasut berdekatan pasar untuk membeli keperluan hari raya termasuk membelikan kasut raya untuk anak kedua mereka, Mohd Fikrirullah, 10.

Menurutnya, kasut itu dibeli dengan seorang peniaga dengan harga RM18 dan ketika itu mereka tidak perasan corak yang tertulis pada kasut tersebut sehinggalah mereka pulang ke rumah.

“Pada mulanya isteri saya tidak perasan mengenai corak tersebut sehinggalah dia pulang ke rumah dan melihat dari dekat kasut tersebut.

“Kemudian barulah dia memaklumkan saya mengenai kemusykilannya terhadap corak kasut tersebut. Selepas itu saya bertanyakan kepada beberapa orang rakan dan ustaz, mereka bersetuju bahawa corak tersebut adalah nama Allah,” katanya.

Katanya, beliau amat kesal kerana pengilang yang membuat kasut tersebut tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam dan sesuka hati mencetak corak sedemikian.

Mahadi berkata, pihak berwajib perlu membuat pemantauan agar perkara berkaitan sensitiviti umat Islam ini diambil berat dan tidak diambil mudah oleh pengilang yang mencetak sesuka hati.

“Saya kesal dengan ketidakprihatinan pengilang yang melakukan percetakan tersebut yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Saya harap pihak berwajib akan mengambil tindakan agar nama Allah ini tidak diperlekehkan sesuka hati dicetak pada kasut,” katanya.

Katanya, dia akan membuat tindakan susulan dengan merujuk perkara tersebut kepada pihak pejabat agama dan pihak kepenggunaan untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka agar perkara ini tidak sewenang- wenangnya dijadikan bahan cetakan.

Tiada ulasan: