Pas calonkan Zulkefly
PORT DICKSON – Pas malam tadi mengumumkan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar sebagai calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Pengumuman calon Pas untuk merampas kerusi DUN Bagan Pinang yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dekat pejabat DAP Teluk Kemang, di sini.
Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Turut serta, Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abas dan Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook yang juga Ketua Pembangkang Negeri Sembilan.
Pemilihan Zulkefly, 45, yang juga seorang ahli perniagaan berkelulusan Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali gus menamatkan desas-desus yang kuat bahawa beliau adalah calon yang akan bertanding bagi mewakili parti berkenaan pada pilihan raya kecil itu.
Beliau yang pernah bertugas sebagai Pengurus Pembangunan Bisnes Telekom memegang jawatan Pesuruhjaya negeri sejak 2007 dan pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya negeri selama dua tahun pada 2005.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lalu, Zulkefly bertanding di DUN Lenggeng dan mendapat 4,270 undi, tetapi tewas di tangan Mustafa Salim (BN) dengan majoriti 1,285.
Bilangan undi tersebut bagaimanapun dikatakan meningkat berbanding PRU-11 pada 2004 apabila pada tahun itu, Zulkefly mendapat 2,406 undi dan tewas di tangan Datuk Ishak Ismail (BN) dengan majoriti 3,942.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan