Umno Mahu PAS Lupakan Kisah Silam Demi Perpaduan Umat Islam 
Oleh SUSAN ALBERT KASSIM
 KUALA  LUMPUR: Umno terus membuka pintu perpaduannya dengan PAS apabila  mengajak parti pembangkang itu melupakan memori silam antara kedua-dua  parti yang berseteru sejak tahun 1970-an sehingga mengakibatkan  perpecahan umat Islam.
KUALA  LUMPUR: Umno terus membuka pintu perpaduannya dengan PAS apabila  mengajak parti pembangkang itu melupakan memori silam antara kedua-dua  parti yang berseteru sejak tahun 1970-an sehingga mengakibatkan  perpecahan umat Islam.Ketua  Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kejadian itu sudah lama  berlalu dan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti yang terlibat dalam  pertikaian politik pada waktu berkenaan sudah tiada.
"Pemain politik yang terlibat dalam insiden itu sudah tiada. Ia membabitkan pemimpin veteran pada waktu itu.
"Kita tak  tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang  dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya pada  sidang media di sini Selasa.
Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977 sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Kelantan jatuh.
Terdahulu, Ahmad mengadakan  pertemuan dengan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendengar  pandangan mereka terhadap situasi politik, ekonomi, sosial dan kebajikan  di negara ini yang turut dihadiri Jawatankuasa Pemandu Majlis  Perundingan Melayu yang mewakili 165 NGO.
Jelas Ahmad, beliau mahu PAS  menganggap barisan kepimpinan BN sedia ada sebagai kumpulan baru yang  tiada kaitan dengan peristiwa itu.
"Datuk (Seri) Najib (Tun Razak),  Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tak terlibat begitu juga ahli Majlis  Tertinggi. Sekarang kita melalui transformasi baru, kita ada pemimpin  baru. Jadi lupakanlah yang lama," tegasnya.
Mengulas mengenai PAS yang mahu  terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad  berkata, Umno masih membuka pintu kepada komponen Pakatan Rakyat itu  menyertai Barisan Nasional demi memperjuangkan parti Melayu dan  perpaduan umat Islam.
"Semua orang tahu usaha untuk  menyatupadukan kedua-dua parti masih boleh diteruskan. Kita harus  berfikiran positif...tak semestinya seseorang itu akan bersikap begitu  selamanya," katanya.
Menurutnya, jika PAS mahu berbincang, kerjasama itu amat dialu-alukan kerana pintu rundingan antara kedua-dua tidak tertutup.
Tegasnya, walaupun pucuk  kepimpinan PAS yang baru rata-ratanya didominasi oleh golongan edrogan  dan Anwarisme usaha menyatupadukan Umno dan PAS tetap tidak akan  berkubur.
"Saya tak melihat perkara  seperti itu akan berlaku. Saya anggap calon pada pemilihan kali ini  sebagai positif. Kami masih boleh berbincang apabila melibatkan perkara  berkaitan Palestin dan pendidikan," ujarnya. - mStar
    
 
 
 
  
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan