KUALA LUMPUR, 16 Jun: Bukan senang hendak mendapat liputan di media  perdana mengenai aktiviti pembangkang di negara ini, kata Ahli  Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
“Nampaknya program Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai ini mendapat  liputan yang meluas di kaca televisyen dan dada akhbar,” katanya kepada  Harakahdaily.
Justeru, katanya sekalung tahniah diberikan kepada pemilik media, kerana mengiklankan program tidak berbayar.
Katanya, program Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sudah  pun berjaya walaupun belum sampai masanya, kerana ia mendapat ulasan  yang meluas oleh pemimpin BN.
Ini, ujarnya adalah tanda aras kejayaan rakyat yang hendak memulih sistem demokrasi di negara ini.
Menurutnya, setakat hari ini lebih daripada 400 laporan polis yang  dibuat oleh Umno, cuma berlainan nama untuk menggagalkan tuntutan  rakyat.
Katanya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar selaku Timbalan Ketua Polis Negara  telah memberi amaran untuk membuat tangkapan awal sebagai usaha untuk  menakutkan rakyat.
“Kita harapkan supaya pihak polis jangan dipandang oleh rakyat hanya  untuk menjaga keselamatan Umno, bukan keselamatan negara, bertindaklah  secara profesional, bukan emosional,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan kenapa demonstrasi kepala lembu di Shah Alam  tidak ada gangguan.
“Setitik air pun tidak disembur kepada mereka, sedangkan ini adalah demo  yang berbentuk perkauman dan penghinaan kepada agama, ia boleh terbakar  negara.
“Cuba bayangkan jika demo itu dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat,  sudah pasti mereka yang terlibat disumbat di dalam ISA,” ujarnya lagi   . HARAKAHDAILY
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
                      -
                    
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan 
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan 
sek...
9 tahun yang lalu
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan