Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 4 Disember 2009

PKR hargai pengakuan maaf DAP

demokrasi93.blogspot.com

TELUK INTAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak melahirkan rasa penghargaan ke atas tindakan DAP yang memohon maaf secara terbuka di atas perbuatan beberapa pemimpin mereka yang memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang mengkhianati Pakatan Rakyat (PR).

Naib Pengerusinya, Madzi Hassan berkata, perbuatan itu seharusnya diberi pujian memandangkan mereka mengakui kesilapan perbuatan mereka itu.

Menurutnya, isu ini sengaja diperbesar-besarkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dengan cuba mengaitkan perbuatan memijak gambar sebagai sentimen perkauman.

“Mereka cuba menggambarkan seolah-olah orang Cina menjatuhkan maruah Melayu sedangkan isu sebenar adalah untuk menunjukkan kebencian rakyat kepada ahli politik yang tidak bermaruah.

“Itulah sikap pemimpin UMNO yang terdesak menggunakan sentimen perkauman untuk mempengaruhi pemikiran rakyat,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian, kelmarin.

Madzi berkata, UMNO dan BN sebenarnya mahu mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu Biro Tata Negara (BTN) yang melanda mereka sekarang.

Menurutnya, isu BTN sebenarnya merupakan isu perkauman yang gagal dijawab oleh pemimpin-pemimpin UMNO sehinggakan mereka terpaksa mencari alternatif untuk menutup isu itu.

Katanya, pemimpin-pemimpin UMNO dan BN perlu menghentikan provokasi melampau mereka untuk merosakkan hubungan kaum di negara ini jika benar mereka berpegang pada gagasan Satu Malaysia.

Madzi yang juga Ketua Cabang Bagan Datoh berkata, tindakan protes merupakan sesuatu yang biasa bagi sebuah negara demokrasi untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu tindakan.

“Apa yang telah berlaku seharusnya menjadi pengajaran kepada pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan mengkhianati rakyat,” katanya.

Tiada ulasan: