Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 20 Disember 2009

“Sekarang baru (Barisan Nasional) nak ‘pinang’ semula... kita tolak sebab kita kenal siapa mereka,” Nik Aziz

Keikhlasan Pas dikhianati

SHAH ALAM - Dalam ucapan pada penutup Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyingkap kembali pengalamannya ketika Pas menyertai Perikatan pada 1967.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ketika itu Pas dalam keadaan tenat tetapi Perikatan tidak menerima penyertaan mereka dengan ikhlas sebaliknya mengkhianati parti itu.

“Sekarang baru (Barisan Nasional) nak ‘pinang’ semula... kita tolak sebab kita kenal siapa mereka,” katanya.

Beliau berkata, pentadbiran BN sekarang ini semakin teruk sehingga tidak mempedulikan demokrasi dan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Terasa jijik untuk mendekati UMNO dan mudah- mudahan dalam PR tiada perangai negatif seperti yang dilakukan oleh UMNO.

“Kita tinggal UMNO, kita tinggal BN dan buat benda yang baru demi kepentingan rakyat,” katanya.

Pas pernah menerima pelawaan Perikatan (kini BN) pada 1967 di bawah pimpinan Presidennya, Datuk Asri Muda tetapi dikeluarkan daripada parti itu pada 1978 didakwa cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor.

Nik Aziz berkata, beliau cuba menggunakan kemampuan yang ada untuk menjaga kepentingan rakyat.

“Saya bertanggungjawab dunia akhirat bermula saya ditugaskan untuk pegang amanah,” katanya.

Beliau berkata, konvensyen ini membuatkan beliau mendapat ‘nafas baru’ yang bersesuaian dengannya untuk terus mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan.

“Saya rasa seperti berada dalam dunia baru, yang bersesuaian dengan pengajian, akidah dan agama saya,” katanya.

Tiada ulasan: