Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 31 Disember 2009

DAP desak lupus yuran sekolah


http://www1.nst.com.my/NST/Saturday/Frontpage/2442773/insidepix1

BUNTONG – Kerajaan digesa melupuskan pembayaran yuran sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran berkata, meskipun fakta menunjukkan yang negara telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, tetapi masih terdapat ramai murid-murid miskin yang memerlukan bantuan.

“Setiap tahun semasa sesi sekolah baru bermula, terdapat ramai ibu bapa yang masih bimbang dan mencari wang untuk membiayai keperluan persekolahan anak-anak mereka.

“Ini bukan sesuatu baru dan harus disedari oleh ramai wakil rakyat yang dipilih, sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR),” katanya selepas majlis penyampaian bantuan pakaian dan kelengkapan persekolahan kepada 76 murid-murid miskin dari Kampung Chan Thye Lee.

Menurut beliau, yuran adalah sesuatu yang tidak begitu membebankan ibu bapa namun masih terdapat golongan terutamanya yang berpendapatan rendah ia adalah suatu perkara yang membebankan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu juga berkata, kepayahan amat dirasai apabila ada kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah pada tahun yang sama.

Justeru, beliau mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya mengadakan satu sistem di mana pelajar sekolah rendah yang telah mencapai prestasi akademik cemerlang dibenarkan untuk melangkah setahun depan untuk mengikuti pembelajarannya.

Selain itu, beliau juga meminta supaya Kementerian Pelajaran supaya memastikan bahasa ibunda diajar di semua sekolah kebangsaan tidak mengira bilangan pelajar daripada satu kaum, tetapi minat pelajar tersebut.

Tiada ulasan: